Lembut vs Pondan

Aku terpanggil untuk buat post ini harini sbb sahabat aku seorang ni post pasal isu “lelaki lembut”. Diskriminasi sesetengah masyarakat terhadap golongan lelaki lembut ni aku akui mmg ada.. bahkan dari kalangan keluarga.. dia menjadi sangsi dengan agama kerana dia menganggap agama ini yg menyiksa dia dilahirkan begitu.. betul aku akui haram hukumnya “seorang lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki” dari status2 dia yang aku baca.. jelas aku faham dia sangat terkesan dengan diskriminasi masyarakat sekeliling dan keluarga terhadap dia.. dia dicaci dan dihina..

tp yang aku tak berapa nak faham beberapa ostat ostajah ekspress ni menghukum orang.. asal nampak dia jalan melenggang “konfem pondan”.. kalau nampak dia lemah lembut “konfem pondan”.. kalau nampak dia duduk kepit jalan kepit suara kepit”konfem pondan” .. ape tah lagi aku yang bertetek besar bontot lebar ni.. tapi alhamdulillah aq dilahirkan sekali dengan hati yang tebal sikit.. so aq x kisah sangat ape org cakap bukan kau bayarkan duit kreta aku ke ptptn aku ke..

tp yg aku kesiankan…..

Ade segelintir kawan2 aku ni.. malu… ye lah.. mak bapak mana tak malu klau anak “x sempurna” kan.. ade yang gigih nak jalan kangkang2 buat suara besar.. semata2 nak puaskan hati org sekeliling takut kena caci.. lagi2 kalau ajak dtg umah.. “nnti jangan lembut2 sangat bapak aku bising” padahal sama2 lembut ni.. for me as long kau tahu batas2 kau sebagai seorang islam.. selagi kau x keluar pakai skirt.. pakai baju kurung.. pakai tudung.. dahhh.. kau tahu nak jaga maruah keluarga.. ape org sekeliling cakap tu persetan kan.. cari redha Allah.. bukan redha manusia.. klau nak puaskan hati semua org.. mmg susah.. biarlah kau nak melenggang ke.. kepit2 ke.. asalkan kau tahu batas2 kau sebagai seorang islam..

for me, aku dah lali ape yg org sekeliling cakap.. “mak2 tu laki ke perempuan?” Aku hanya bg senyuman jer (senyum itu kan sedekah).. cuma yerlah kekadang marah tu ade la jugak klau org yg kita kenal.. or baru nak kenal cakap “cuba keraskan sikit suara tu” .. ” gagah sikit jalan tu” “kau makan hormon ke?”… tp aku taw ade yg tanya2 gitu sbb dalam kepala hotak dye tu penuh curiosity.. mungkin dia baru jumpa org mcm ni ke.. atau pon bini dia burok ke.. (tiberrr)… as long kau tak berpakaian seperti perempuan.. thats it kau lelaki bukan pondan…

for me mudah.. anggap lah ini sebagi satu jihad.. Allah menguji hamba2nya kerana dia tahu kemampuan hamba2 nya.. “kita” bertuah sbb dah dilahirkan dengan jihad ini.. cuma berbalik pada diri kita jer.. kita mampu lawan atau kita terus kecundang… aq x penah buat status mcm ni sebelum ini.. mlm ni aku betul2 rasa nak tulis ni sbb aku nak org2 yg suka judge n discriminate tahu.. “golongan ini” bukan pondan.. pondan tu bapak kau sbb lahirkan kau… ahahahaha

– mardhatillah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit