Lepas Belajar Tak Semestinya Semua Indah

Terima kasih andai luahan aku diluluskan. Luahan ini berkenaan perjalanan aku, lepas zaman belajar di IPTA.

Masa awal-awal dulu, anggapan aku, lepas belajar, boleh kerja, dapat gaji, boleh beli macam-macam. Semuanya indah dalam kepala.

Bila dah harungi, baru tahu kepayahan dia macam mana. Betapa looser nya aku mencorakkan career aku sendiri.

End up, rezeki aku hanya cukup makan. Tetap aku bersyukur. Course aku bukan bidang profesional atau bidang kritikal. Boleh kata pentadbiran Am je secara umum.

Sepanjang aku habis belajar, laluan aku tak mudah. Banyak cabaran.

Awal dulu, pernah kena tipu juga, antaranya masuk skim cepat kaya, masuk program bitcoin, program pelaburan emas. Banyak duit aku lebur masa tu.

Sampai lah nak masuk 2022 ni pun, pencapaian aku belum stabil sebenarnya. Lepas habis belajar, dalam setahun lebih aku cari pekerjaan.

Bermacam interview dan tempat aku redah dan aku sepenuhnya atas kudrat sendiri. Orang susah lagipun. Tiada kenderaan, interview mana-mana pun, kadang-kadang jalan kaki, kadang-kadang pengangkutan awam.

Dalam sibuk mencari pekerjaan, dalam masa yang sama, aku perbaiki diri aku, komunikasi aku, perbaiki resume aku.

Pernah join segala peluang latihan program anjuran kerajaan dan swasta. Pernah juga memohon jawatan kerajaan, agensi, PBT, SPA lagi. Setahun lebih ye aku jobless.

Duit keluar punya banyak, duit masuk memang tiada. Nak masuk tahun kedua, aku terpaksa terima pekerjaan sebagai telesales.

Aku pernah terbaca sebelum ni, mengenai confession someone yang burn out dengan pekerjaan telesales ni kerana tiada minat. Memang tersangat lah sama situasi aku.

Cuma bezanya aku bertahan dalam pekerjaan ni dan tak dibayar komisen. Hanya gaji tetap. Sedar tak sedar, nak dekat 5 tahun dah aku kerja sekarang ni.

Sebelum ni, dah 3 syarikat dan telesales aku yang terbaru ni, jual produk insurans melalui outsource company.

Lupa nak bagitahu, kerja aku sekarang ni memang contract based, jawatan aku, kontrak diperbaharui setiap tahun tanpa ada peluang untuk diserap sebagai pekerja tetap. Sebab ini adalah company outsource.

Jadi kelebihan dia hanya office hour dengan gaji pokok, tapi ada baucar tunai sebagai reward kalau achieve target. Tu sahaja.

Aku tak nak memilih pekerjaan kerana di umur yang dah cecah 30 ni, dengan skills yang tak seberapa,

Dan mungkin tiada kualiti added value lain yang aku ada, mana lah mampu bersaing dengan graduan baru atau mereka yang lebih berpengalaman.

Skill aku yang ada hanyalah kerjasama kumpulan atau teamwork. Lagipun, teringat balik kesusahan waktu mencari kerja lepas belajar dulu sangatlah susah.

Mungkin kerana pointer aku bukanlah cemerlang. Bidang pun bukan bidang kritikal. Lambakan graduan pun berlambak, jadi aku tak boleh terlampau memilih kerja.

Pesan aku kepada yang sudi terima, yang mana sedang belajar atau ada saudara, keluarga yang sedang belajar tu, buanglah anggapan kehidupan selepas belajar itu mudah. Bergantung juga pada rezeki masing-masing.

Pada usia yang agak lewat ni pun, aku baru sedar yang sepatutnya, kita jangan belajar untuk mencari kerja. Tapi belajarlah untuk mencipta kerja.

Kini, aku sedang berusaha untuk keluar dari zon selesa aku ni. Aku cabar dan paksa diri.

Tindakan pertama aku ni adalah menjinakkan diri dengan perniagaan dropship. Walaupun agak lewat nak mula, tapi mohon doakan aku terus cekal.

– Bukan007 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *