Lepasan Madrasah Tapi Dayus

Assalamualaikum, anda semua mesti tertanya dengan tajuk yang saya tulis di atas. Aku kenalkan nama aku zaki( bukan nama sebenar) berumur 25 pernah masuk madrasah 7 tahun yang lepas, tulisan ini untuk memberi pengajaran akan realiti madrasah sebenar.

Dulu aku masuk madrasah tahfiz atas keinginan sendiri ingin mendalami ilmu agama, tapi disebabkan salah faham dengan pengetua madrasah aku berhenti daripada belajar disana. Aku masuk madrasah ketika umur aku baru lepas ambil spm.

Salah faham antara aku dan ustaz pengetua di sana, pada satu hari ustaz memanggil kawan aku untuk bertemu dengannya. Tapi aku tak tahu ustaz suruh kawan aku bertemu dengannya jadi sebelum bertemu ustaz aku dan kawan aku berborak cerita hala tuju masing-masing. Perlukah kami meneruskan madrasah atau sambung diploma.

Dalam kekeliruan, aku mendapat satu idea bertanya pada ustaz tentang masa depan aku. Jadi aku terus pergi pada ustaz selepas ustaz memberi jadual tugas pada budak madrasah yang lain. Kawan aku yang sepatutnya bertemu ustaz selepas ustaz serahkan jadual pun follow belakang aku.

Aku mengajukan persoalan dan kekeliruan aku, tapi aku amat terkejut bila tiba-tiba raut wajah ustaz berubah. Dia marah aku dan dia hampir saja maki aku tapi aku cuba hadam apa yang sebenarnya telah berlaku. Dialog yang aku ingat di bawah

“Zaki, kau boleh tak berhenti belajar madrasah ni!!!”

Serius aku terkejut beruk sebab ustaz cakap macam tu

“Kau tanya pendapat kawan kau, patut tak kau berhenti madrasah kau telah buatkan pelajar lain rasa ingin keluar madrasah dengan pertanyaan kau”

“Lepas tu aku nak jumpa kawan belakang kau ni dulu, tapi kau tak ada adab potong barisan terus kau jumpa aku”

Serius wei sentap bila ustaz marah aku dengan muka bengis lagi.

Aku sedar aku ada buat kesilapan contoh kalau ambil cuti aku akan ambil lama sikit cuti daripada yang sepatutnya. Sebab aku tak biasa lagi duduk madrasah. Tapi bila ustaz cakap dalam keadaan marah minta aku berhenti aku terus lemah semangat nak belajar kat sana.

TEngahari tu juga aku packing bag nak terus balik ke rumah dan berhenti daripada belajar. Ustaz terkejut bila tengok aku dah siap packing semua barang nak balik.

Dia dengan riyak terkejut tanya kenapa nak berhenti, dia seolah-olah menyesal dengan percakapan dia yang sebelum ni.

Aku tanpa banyak bunyi aku salam ustaz madarasah dan minta maaf pada semua ustaz lalu aku berhenti senyap-senyap ketika pelajar lain sedang tidur. Tak ada satu pun pelajar yang tahu aku berhenti.

Kisah aku berhenti cuma aku, ustaz dan kawan aku je yang tahu punca sebenar kejadian. Aku berhenti setelah 5 bulan belajar di madrasah. Mak aku terkejut tengok aku bawa beg dan alas tidur ke rumah. Aku cakap aku dah kena buang dari madrasah, mak aku terkejut lalu menelefon ustaz madrasah. Ustaz cakap dia minta maaf dia pun terkejut kenapa dia tergamak suruh aku berhenti madrasah dia menyesal sangat.

Tapi aku ingatkan kisah ni berhenti setakat ini, rupanya ada sambungan lagi.

Aku ditawarkan belajar tingkatan 6, aku cuba kejar dan dapatkan 4 Flat dalam STPM. Setiap hari aku belajar sampai ke malam dan siap kan semua tugasan yang cikgu beri. Tapi baru 3 minggu aku masuk tingkatan 6. Ujian seterusnya berlaku.

Aku gaduh dengan ayah aku berpunca daripada adik aku yang cuba mengganggu aku study. Ayah aku tengah demam tiba-tiba adik aku menangis. Dengan tak semena-mena aku ditumbuk oleh ayah aku dan dipukul dengan hanger. Kemarahan aku meledak sebab tension sangat jawab soalan biologi.

Buat pertama kali aku maki ayah aku, aku cakap dia B*BI, bodoh orang tua tak guna dan sebagainya. Aku berdendam dengan ayah aku sebab aku tak nak pun masuk form 6 tapi dipaksa kalau boleh aku nak masuk politeknik atau kolej tapi dihalang oleh ayah aku even permohonan aku telah diluluskan. Jadi aku bersumpah pada diri aku, aku akan gagalkan STPM.

Kejahatan aku tak berhenti setakat ni, ada sekali tu aku guna handphone kakak aku nak telefon kawan sebab kerja sekolah nak siapkan. Tapi kakak aku marah dan mengamuk, dia serang aku. Aku yang mula naik hangin terus pegang kepala dia dan menghantukkan kepala dia ke dinding sampai berdarah. Ada lagi yang jahat pernah aku buat, aku bertumbuk macam aku tumbuk seorang lelaki dekat kakak aku yang lain.

Selepas aku habis STPM, aku memang tahu STPM aku akan gagal. Tapi entah kenapa aku rasa pelik, aku rasa kenapa aku jadi sejahat-jahat manusia. Sebelum ni baik je aku tak pernah jadi manusia sejahat macam ni. Padahal aku lepasan madrasah.

Jadi aku luahkan pada kawan aku daripada A sampai Z apa yang berlaku, dia cakap mungkin disebabkan ilmu kau tak berkat belajar di madrasah. Jadi kau yang baik berubah jadi jahat. Aku tak nafikan memang aku ada cakap ustaz buang aku daripada madrasah.

Jadi aku telefon ustaz dan minta maaf aku cerita apa yang telah berlaku pada aku ketika di STPM dan dia maafkan aku.

Aku pun dah minta maaf pada adik beradik aku yang dulu aku pukul. Aku peluk diorang dan cium pipi diorang minta maaf. Diorang terharu sebab tak sangka aku minta maaf pada diorang dengan cara paling romantik.

Aku sekarang berniaga online, sebab aku tahu kalau aku kerja pun gaji banyak mana je dengan keputusan STPM. Aku tak menyesal tapi aku jadikan sejarah aku tu sebagai pengajaran untuk aku tidak ulangi kesilapan aku.

Tapi mak aku kali ni request lagi untuk aku sambung belajar di madrasah. Aku cakap aku tak nak, sebab dulu sebab madrasah lah aku jadi jahat sampai hantuk kepala kakak aku ke dinding. Aku rasa mustahil kali kedua akan belajar disana selepas semua yang berlaku.

Apakah pendapat reader patut tak aku ikut cakap mak aku dan sambung belajar? Feel free to comment

PS: Madrasah baik tapi disebabkan ilmu tak berkat berhenti dengan cara teruk tu yang buatkan aku jadi jahat. Itu kesimpulan yang aku boleh ungkapkan. Jadi make sure ibu bapa yang dah masukkan anak ke madrasah jangan bagi diorang berhenti selagi diorang tak habis belajar di sana. Banyak budak madrasah jadi jahat bila diorang dibuang daripada madrasah semuanya sebab keberkatan tak ada.

– Karkun

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *