Aku Singa, sudah berkahwin dan ada seorang anak. Hanya lepasan SPM, dulu pernah bekerja tapi tahu tahulah kalau setakat SPM, sekuat dan lama mana pun keje takkan boleh lawan gaji lepasan ijazah atah executive ni.
So, dengan bebanan kerja yang agak berat dan tak setimpal gaji, lepas bersalin aku resign. Lagipun, laki aku kan ada.
Semuanya berjalan lancar je sebenarnya. Lakiku tidak kedekut tapi itulah sebab dia tak kedekutlah, hutang orang lain dengan dia belasan ribu ringgit (yang aku tahu). Dia boleh rilek je, walau kadang2 kami pun sesak..
Jadi aku lah yang kena catu perbelanjaan rumah, biasanya cukup je untuk makan minum kami.. Cuma akulah kadang² nak beli bedak, baju, kasut setahun sekali pun tengok harga letak balik je. Hmmm..
Bila suruh mintak hutang dia cakap biar dia je setelkan, maksud dia disitu dia tak suka lah aku masuk campur kot…. Makan tahun dah tak setel jugak.. Sampai kena blacklist bank apa bagai, dia sabar, aku yang geram sebab macam mana nak cakap ar…
Aku pulak yang kena berkorban untuk orang yang tak nak bayar hutang tu.. Korbankan keinginan aku,
Aku bukan nak mewah sangat pun tapi tak salah kan kalau aku nak sesekali masuk watson tu tak payah tengok harga sunblock yang basic untuk wanita tu tapi letak balik sebab rasa mahal. Tak adil betul!
Lagi satu, laki aku ni kerja kuat tapi ada jugak masa dia balik awal je. Time dia balik lewat memang aku faham lah kerja, tak bagi anak kacau dia nak rehat, qada tidur apa semua.
Tapi macam bila masa tak sibuk pun, anak nak perhatian 10 kali dalam 5 kali dia layanlah okay main.. Biasalah anak lelaki nak main fight2 dengan ayah, hero hero… 5 kali lagi tu dia tak layan, cakap penat.. Esok main, lepas esok esok esok…
Sampai nangis2 budak tu nak main tapi bila ayah dia cakap penat, esok main.. Tak mainlah. Tapi boleh je hadap telefon tu sampai anak tertidur, pukul 1 pagi pun tak masuk lagi dalam bilik tidur.. Kau rasa??
Anak aku kalau tengok ayah dia balik, memang melompat2 excited tapi entahlah kadang2 aku rasa macam ayah dia ni pemalas sangat nak layan anak. Kadang2 aku mengamuk jugak tengok anak sorang orang layan tak nak layan je.. Bukan orang lain, bapak dia…
Jadi sekarang bila dah 3 tahun lebih rasanya keadaan ni berlarutan, aku tengok layanan dia kat anak aku, dengan aku pun.. Tengok telefon lebih lama dari tgok muka bini, kalau hal kerja memang aku tak kacau lah.. Tapi bila tengok fb je aku rasa macam hurmmmm… Tawarrr.
Patut ke aku mintak cerai je dan jaga anak aku sendiri, nafkah anak mintak lah dengan ayah dia.. Sama jugak kalau bersama pun dia cuma bagi duit. Bila budak tu duk panggil², kena marah pulak. Budak tu main pelik2 kena marah jugak, dah kau taknak main dengan dia…
Aku serabut, rumah pun setahun ada lah 3 4 kadia tolong sapu, tapi biasanya kain kalau kat situ seminggu aku tak alih, tak adanya orang tolong alihkan.
Aku rasa penat, rumah aku kena setelkan, masak, hantar anak sekolah, balik ambil.. Nak pergi mana2 anak bergayut di kaki.. Baik aku sorang je lah jaga anak aku ni, tak ada laki pun tak apa.. Kurang sikit bebanan tugas jaga anak mak mertua ni.
Tapi tulah, sekarang ni aku suri rumah je, kerja susah nak cari sekarang, nanti kalau jadi ibu tunggal kesian pulak anak aku, aku pulak yang kerja tak henti tak ada masa untuk dia.
Untuk masa sekarang aku sayang je laki aku, tapi tawar hati tu dan jadi lebih banyak dari sayang… Sekarang fikir anak je
Macam mana ya.. Idea please???
– Puan Singa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Awk kna bwa laki tu bincang, crita smua dlm hati awk, lps tu tgk respon dia cmna.. mgkn awk kna sergah dia skit baru dia sedar yg dia tu bkn org bujang tp bapa org n laki org.. jgn brperangai mcm org bujang lg.. kalo ada ahli kluarga awk yg dia respek blh nasihatkn dia lg bgs..