Salam & hai. Aku Z. Berkenaan tajuk di atas, Korang dah boleh agak apa cerita aku hari ini.
Aku berusia 28 tahun dan bekerja dalam bidang profesional di Penang.
Aku nak cerita sikit tentang sorang kawan aku yang pelik. Aku namakan kawan aku ni A. Dia ni perempuan tau. Aku pun perempuan. Dia ni aku kenal masa zaman aku study di sebuah IPTA dulu.
Dia approach aku pada mulanya dan ajak berkenalan lebih lanjut, Konon nak ajak jadi kawan la gitu. Aku terbuka saja orang nak ajak aku berkawan. Tapi, si A ni macam drastik sangat mesranya dengan aku pada minggu pertama berkawan.
Aku bersangka baik, mungkin dia ni memang macam tu. Tapi, topik dia banyak berkisar tentang agama, macam tanya tentang geng salafi la, wahabi la, syiah la.
Ok, tak pa lagi, aku bersangka baik. Yela, aku bukan student agama, dan dia pun bukan student agama. Buat apa tanya soalan macam itu kat aku kan. Bukalah topik isu semasa ke kan. Tapi si A ni bertudung labuh la.
Tu belum cerita lagi dia selalu bercakap sorang-sorang kat kampus.
Nak dijadikan cerita, aku berhenti belajar kerana isu keluarga dan si A yang mendapat tahu akan hal ini mengekang aku dari berhenti belajar. Katanya aku takkan survive kat luar sana. Ok la, aku sangka baik lagi, aku tetap dengan keputusan aku berhenti belajar.
Tahun berikutnya, aku diterima masuk ke universiti swasta dengan tajaan biasiswa penuh dari Yayasan ** (masa ni aku nak sambung study semula kerana masalah keluarga aku dah selesai).
Si A contact aku dan memarahi aku dengan mengatakan aku membuat keputusan bodoh dan gila untuk belajar di IPTS kerana dia berpendapat student IPTS tak laku bila grad dan menggelarkan aku bodoh kerana berhenti dari IPTA. OMG.
Aku masih ingat kata-katanya kat aku: “Kau dengan kawan-kawan kau semua kat IPTS tu tak laku nanti bila grad.”
Oh, lupa nak mention. Si A ni bapak dia masukkan dia study pun guna kabel ya Tuan Puan. Jadi, dia tak mengerti sangat erti study hard to achieve success.
Sejak aku study di IPTS, A ni rajin pula ajak aku datang rumah dia, ajak keluar la, dll. Aku tak tahulah pelik ke tak kawan perempuan untuk pakai baju dan belikan barang yang serupa dengan kawan perempuannya?
Sebab A ni selalu beli sesuatu barang dalam kuantiti 2 kali ganda sebab nak aku sama-sama pakai barang yang sama macam dia. Contohnya, beli cekak rambut yang sama warna dan jenis, satu untuk dia, satu untuk aku.
Konon kembar la kot. Ok. Pernah dia cuba beli cincin dan gelang couple untuk kitorg pakai. Aku menolak dan tak layan sebab bagi aku macam pelik.
Antara benda pelik dan annoyying bagi aku ialah si A cukup baran kalau aku tak reply mesej dia atau reply lambat. Aku memang jenis tak melekat dengan phone sangat.
Si A pernah marah aku macam ni : “Kau selalu ABAIKAN aku.” Aku sibuk study, memanglah takde masa nak berbalas mesej.
Masa ni aku dah meluat dah nak teruskan berkawan dengan dia. Tapi, masih lagi bersangka baik dan memaafkan dia.
Tibalah satu tahun tu, dia nak pergi haji. Keluarga dia buat majlis kecil-kecil. Dia jemput aku, aku pergi dengan kawan baik aku yang sama belajar dengan aku.
Baru aku nak ucapkan barakallahufik sebab dapat ke haji, dia boleh pula cakap macam ni kat aku :
“Aku ni Allah panggil aku jadi tetamu Dia sebab Allah sayang aku. Kau tu tak dapat pergi haji sebab kau tu banyak dosa.” OMG. Yelah, aku memang banyak dosa pun, pendosa sangat-sangat.
Kawan aku yang dengar apa A ni cakap masa itu memang terkejut sangat-sangat. Masa dalam perjalanan pulang ke rumah dari majlis tu, kawan aku nasihatkan aku supaya berhati-hati dalam berkawan dengan orang seperti A kerana nampak A seperti kurang baik orangnya.
Kawan aku kata, A ni macam toksik la gitu. Aku iyakan saja. Aku masih bersangka baik dan memaafkan.
Tak lama selepas itu, aku jumpa adik aku yang berlainan bapa dengan aku (adik tiri la orang kata). Keluarga aku ni ada isu sikit, adalah masalah keluarga. Kan setiap orang ada masalah keluarga masing-masing kan.
A dapat tahu dan boleh pula dia kata, “Baik kau hati-hati dengan adik kau tu, sebab jangan-jangan adik kau tu anak luar nikah mak kau.”
Wow. Terkedu aku sehina itu ya dia boleh anggap adik tiri aku? Masa ni aku dah menyampah dah dengan si A ni.
Masa ni kesabaran aku dengan si A ni dah tinggal 20% saja.
Si A ni pengotor gak. Bilik tak pernah bersih. Pastu, aku ingat lagi perangai si A ni. Dia suka tunggang ayat-ayat agama untuk menakutkan orang yang cuba jauhi dia. Termasuklah aku.
Aku meluat dengan si A ni, aku tak hubungi dia selama 4 tahun. Dia sanggup cari aku dari segala medium media sosial tau walaupun aku dah block semua medsoc si A ni. Lepas 4 tahun, dia dapat cari aku, dia pujuk rayu minta maaf dengan aku.
Ok, aku maafkan. Tak pelah, ok saja, maybe si A dah berubah. Manusia kan boleh berubah.
Masa itu A ajak aku keluar jalan-jalan dan kami balik dah lewat sangat-sangat. Jauh pula dari rumah, kami putuskan tido di hotel sahajalah.
Kali ini, si A mesra bersentuhan dengan aku sejak mula-mula jumpa aku semula. Aku tak fikir apa-apa, mungkin dia macamtu dengan kawan-kawan dia Kaut. Sekali, rupanya, masa kat dalam bilik hotel, si A bog*l dan mengajak aku melakukan hubungan seks dengannya.
Naudzubillah! naudzubillah! Aksi apa yang berlaku selepas itu, tidak mahu aku ceritakan.
Aku terus menghantar si A pulang ke rumahnya dan tidak lagi berhubung dengannya selepas itu.
Tak boleh nak judge juga, mungkin si A ada “benda” yang menyebabkan dia berkelakuan begitu.
Pengajaran:
Pembaca, jangan judge orang dari pakaian dia. Dan, Tuhan tak suruh kita tunggang agama untuk kepentingan diri kita sendiri.
Dan, pengajaran penting yang aku nak Kaurang ambil dari cerita ini ialah, kalau Kaurang dah hidu sesuatu perhubungan tu lain macam, atau toksik, cepat-cepatlah larikan diri.
Kalau Kaurang rasa Kaurang hero, cuba selidik masalah kawan tu dan bantu dia. Kalau Kaurang tak kuat macam aku, larikan diri dan doakan saja dari jauh.
Aku rasa si A ni ada masalah mental atau trauma yang dia sembunyikan, tapi aku tak kuat nak tolong dia. Benda ni memakan aku semula.
Jangan judge orang lain sebagai banyak dosa, takut nanti Allah uji kita balik. Mana aku sangka si A nak buat setakual harassment kat aku.
Sampai hati dia.
Masa aku kawan dengan si A, A ni memang toksik sangat. Dia buat aku stress, menangis sebab dihina oleh si A tu perkara biasa. Sampaikan kawan-kawan aku menyaksikan aku menangis di kampus bila dihina.
Semua orang minta aku jangan berkawan dengan A, not worth it sebab si A ni toxic dan memakan tenaga aku. Memang rasa penat sangat bila berkawan dengan si A.
Sekarang ni, aku tak tahulah apa jadi kat hidup dia.
Thanks semua baca cerita aku.
– Z (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit