Assalammualaikum pembaca iiumc. Diharap korang semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Terima kasih admin kalau confession aku disiarkan.
Pertama sekali, aku kenalkan sedikit details pasal diri aku. Aku seorang perempuan, umur 20-an, masih belajar, tapi bukan di IIUM. Ya, aku ada perasaan kat perempuan.
Berbalik kepada tajuk, aku dah lama suka perempuan, dari zaman tadika. Aku ingat perasaan ni akan hilang bila aku dah dewasa. Fast forward, aku masih innocent sampailah aku sambung belajar di universiti.
Kat universiti, aku duduk rumah sewa bersama beberapa orang housemates. Kat sini aku ada simpan perasaan kat seorang housemate. Aku declared diri aku lesbian sebab aku pernah menjalin hubungan dengan perempuan.
Kejadian tu berlaku lepas balik cuti semester. Hari tu, yang balik ke rumah sewa cuma aku dan seorang housemate ni je. Malam tu aku dengan housemate yang aku minat tu decided nak tidur satu bilik sebab kami berdua ni memang penakut yang amat.
Kat sini lah, cerita bermula. Aku tidur di katil double decker bawah belah kiri, manakala housemate aku tidur di katil double decker bawah belah kanan. Aku namakan housemate aku ni Pie. Salah aku ialah PENAKUT GATAL ADA SEBAB LAIN pegi tidur sekatil dengan Pie. Bila dah tidur satu selimut, terjadilah perkara tu.
Sejak malam tu, kami jadi rapat. Ke mana aku pergi mesti ada Pie sekali. Kami banyak luangkan masa bersama berbandingan lepak dengan housemates yang lain.
Ok, setelah beberapa tahun aku lalui hubungan ni, aku rasa tak selesa. Setiap hari fikiran aku kusut. Aku terfikir “berapa lama hubungan ni akan berterusan?”. Aku penat.
Aku nak bertaubat, tapi masih tak menjadi. Aku masih buat benda-benda dengan Pie. Aku nak tinggalkan Pie, tapi belum masanya lagi. Aku rasa bersalah, tiap kali aku terfikir pasal hubungan aku dengan Pie, aku rasa stress.
Kat sini aku ada beberapa soalan yang dah lama aku pendamkan:
1. Aku lesbian sebab aku jalinkan hubungan dengan perempuan, tapi aku suka jugak kat lelaki yang kemas, bersih, wangi. So, aku dikira Bi ke?
2. Aku masih dara, tapi ada ke lelaki nak kawin dengan aku kalau aku bagi tahu yang aku ni lesbian?
3. Korang rasa aku boleh jadi straight ke?
Kat sini, nasihat aku:
1. Kalau nak buat apa-apa, betulkan niat. Berfikir sebelum bertindak.
2. Perempuan jangan takut, fikir lesbian tu akan minat kat korang (kami ada taste sendiri – bukan tangkap muat)
3. Setiap orang ada background yang berbeza, please don’t judge.
I was a tomboy, now I’m fully grown lesbian.
Kalau korang ada nak nasihat, tolong komen, aku akan baca dan fahamkan (sangat dialu-alukan). Kalau korang nak kutuk, silakan, aku harap benda ni tak terjadi kat family atau orang terdekat korang.
Aku nak jadi normal.
– Unthinkable
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit