Less Empathy

Hai readers.. Aku just nak minta pendapat adakah normal untuk rasa less empathy dalam hidup?

Aku sorang gadis biasa2 je yang dibesarkan dalam keluarga yang okay. Alhamdulillah keluarga aku okay dan diberi pendidikan yang okay.

Cuma zaman kanak-kanak aku tak la terlalu best tambah sekali bila kenangan bersama kawan-kawan.

Aku memang mangsa buli dari tadika sampai lah ke sekolah menengah.

Kalau balik baju berconteng, gigi berdarah, tudung terkoyak memang selalu aku kena.

Dan sampai sekarang parents aku tak tahu.

Aku memang hebat dalam sorok benda-benda macam ni. Sebab aku rasa kalau parents aku tahu. Aku akan jadi seorang manusia yang lemah dan lembik.

Aku pula memang sejenis yang introvert. Mungkin terlampau takut dengan keadaan.

Kawan-kawan tolak masuk longkang pun aku tak nangis. Aku bangun lap2 baju yang terkoyak dan buat seperti biasa.

Kena kunci dalam toilet sampai sekolah tutup pun aku still rilek. Aku kopek sendiri pintu dan balik macam tiada apa yang jadi.

Pernah sekali tudung aku ditarik seorang pelajar ni, habis terkoyak.

Aku mengadu pada penolong kanan tapi tindakan hanya suruh berbaik. Aku kecewa tapi still tiada air mata mengalir.

Aku dibesarkan dalam keadaan yang everything must follow the rules or else aku tak akan berjaya. Aku kena follow everything and sangat jarang membantah.

Aku pernah diejek seorang pelajar lelaki ni disebabkan muka aku yang memang breakout teruk dan aku ambil keputusan untuk menumbuk rusuk dia dan bila habis kelas, aku akan tunggu dia depan tangga.

Sampai sekarang si lelaki ni tak berani nak bersemuka dengan aku. Sampaikan dia merayu untuk tak kacau dia lagi.

Dari kecil aku diterapkan dengan :

Bila membentak dikatakan degil.

Menangis dikatakan suka merajuk.

Gelak kuat sikit dikatakan gedik.

Dari zaman kanak-kanak lagi.. Aku kalau tengok ada orang sakit. Aku hanya diam dan melihat. Tiada niat langsung untuk menolong.

Masuk sekolah menengah, kawan aku menangis berguling disebabkan period pain. Tindakan aku hanya diam dan melihat walhal aku ada je minyak angin dalam beg.

Kalau aku dengar perkhabaran orang terdekat meninggal, aku hanya mengangguk dan diam. Aku akan nangis bila aku lihat orang sekeliling menangis. Itu pun untuk sebab orang lain nangis.

Aku pun benci menangis sebab aku anggap orang yang menangis tu lemah.

Aku lebih suka ambil tindakan untuk sakitkan orang tu dari segi psikologi. Aku suka bila orang yang sakitkan aku rasa “sakit” dari sudut emosi.

Masuk universiti aku cuba ubah tapi aku rasa keadaan makin teruk bila ada anak buah aku spread rumour kata aku mengata dia sampaikan aku dipalau almost 4 bulan.

Padahal hakikatnya dia adalah orang pertama yang susahkan aku.

Aku hanya tegur akan sikap dia yang suka spread cerita bukan2 orang lain sebabkan orang atasan aku menegur aku untuk nasihatkan si anak buah aku ni.

Aku tegur melalui chat tapi tak sangka part teguran aku dia screenshot dan sebarkan katanya aku serang tanpa usul periksa.

Akibatnya aku dilabel jahat dan dipalau. Tapi tindakan aku hanya diam sebab aku takut kalau jika aku bercakap aku akan sakitkan dia.

Sampailah satu hari, benda jadi makin teruk dan aku mulakan serangan emosi.

Aku serang dia melalui serangan emosi dimana aku cari titik kelemahan dia. Which is dia ada anxiety.

Aku triggered-kan anxiety dia sampaikan dia kena ambil cuti. Tapi tak ada orang tahu aku la punca.

After that, semua pertolongan aku kepada anak buah aku, aku cut dan dia aku palaukan sampailah ke akhirnya.

Aku gila ke?

Aku suka untuk hidup sendiri tapi aku memang mudah mesra dengan orang lain.

Bila makin meningkat dewasa aku lebih suka sakitkan hati orang jika ada orang yang cuba kritik aku seperti menegur muka aku, cara hidup aku yang terlampau bekerja.

Aku rasa macam aku makin jahat sejak meningkat dewasa dan aku cuba untuk avoid orang dan cuba untuk tak rapat dengan sesiapa,

Even keluarga aku sendiri aku letak gap sebab aku takut kalau aku akan sakitkan aku mereka tanpa sengaja.

Perlu jumpa doktor ke? Atau ni normal je?

– Nan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *