Hai, nama ku Senah (bukan nama sebenar). Sudah berkahwin selama 5 tahun.
Ini adalah pertama kali aku menulis disini. Aku ingin meluahkan mengenai perasaan hati ku disini.
Mohon beri ku nasihat dan bukan kecaman ye. Kerana hati ini rapuh sangat.
Kat sini aku nak luahkan perasaan hati ku yang sensatif bila balik rumah mak mertua sejak akhir² ini.
Aku pernah mengandung dan dua kali keguguran di awal kandungan.
Pernah menghadapi masalah keradangan rahim dan suspek CA, pernah menjalani operation dan masih menjalani rawatan di hospital.
Aku sejenis yang gembira bila terima khabar berita ipar duai mengandung.
Aku tak kisah pun, malah tak sabar nak bermain² dengan anak² sadre sebab aku dan laki ku kami sama² suka budak².
Pada awal perkahwinan, mak mertua sejenis tak kisah tak pe tak de anak. Rezeki Allah tak sampai lagi. Itu katanya.
Tapi itulah, langit tak selalunya cerah kan. Walaupun mak berkata begitu, kata² dan perbuatan nya tidak sama.
Ibu kandung ku selalu berpesan. Anggap mak mertua sebagai mak sendiri. Maafkan jela salah silap nya. Tapi itulah.
Aku sedih bukan kerana tidak mengandung. Bukan tidak redha dengan Allah.
Tapi sedih kerana orang yang aku kenali belah suami memulaukan ku kerana tidak mengandung.
Masa reunion sebelah suami ku, mak mertua ku kirim buah terhadap suamiku. Masa ni aku tak tahu buah ni untuk biras ku yang mengandung.
Aku pun balik la rumah mertua berbekalkan buah tanggan untuk mak mertua ku. Lalu mak mertua ku bilang
“Ini buah nya untuk si Ramlah biras ku (bukan nama sebenar) kerana sudah mengandung dan sedang sarat. Dia teringin nak mencicah².”
Aku pun terkejut la sebab aku dan suami ku orang yang terakhir tahu mengenai itu. Kami okay saja. Tumpang gembira.
Tapi nak dijadikan cerita. Buah yang dikirimkan itu, tertinggal di rumah mak mertua ku, tidak dibawa ke tempat reunion.
Semasa reunion ramai² jumpa saudara mara. Ramai yang mengandungkan, ramai yang excited bercerita itu ini.
Aku hanya mendengar topik pasal anak dari kedai makan sampai la ke homestay. Sampai la satu tahap asyik bercerita, mak mertua ku teringatkan buah yang dikirimkan itu.
Dia menjerit dengan suara yang lantang pada ku depan biras ku.
“Mana buah yang mak kirimkan kat kau tu Senah. Buah untuk si Ramlah yang mengandung ni “.
Padahal aku sudah kasi pada mak, mak yang simpankan. Dia yang lupa nak bawa. Dia jerkahnya aku didepan biras ku itu.
Malu aku masa tu kena jerkah. Mak ayah ku tidak pernah jerkah aku depan orang ramai.
Aku pun menantu mak. Mak suruh aku yang menantu baru keguguran ini kasi menantu kesayangan mak itu makan.
Sampai hati mak mertua aku ni. Mana la sifat empati mak ni.
Orang selalu kata, menantu perempuan yang berkerjaya akan belagak dengan menantu tidak berkerja.
Tapi tidak bagi situasi ku(terbalik). Aku dilayan seperti bibik pulak.
Semasa reunion tu, aku cuba la nak berbuat baik bersembang dengan biras aku itu, niat nak elak jurang atau awkward antara kami.
Tapi biras aku tu semakin kerek pulak, padahal sebelum ni masa dia mula kahwin ramah saja.
Aku mulai perasan, aku bertanya pada dia beberapa soalan, dia mula pulaukan soalan aku. Seolah² tidak mendengarinya.
Kat sini dah red flag actually. Dah start social bullying (memalukan dan memulaukan). But aku still fikir positif. Aku macam oh tak mengapa lah orang mengandung ada mood tak elok.
Masa kian berlalu, setiap kali aku pulang ke kampung. Mak mertua ku tidak habis bercerita mengenai anak lelaki kesayangan nya itu dan ini.
Seolah² laki aku bukan anak kesayangan mereka. Kadang² sampai aku kasihan pada lelaki ku ini. Anak mak ni depan mata yang selalu tolong mak ni.
Selalu balik jumpa mak ni. Tapi mak asyik bercerita pasal kelebihan anak lain ja. Tapi tak pa la mak, mak cerita saja la.
Setiap kali balik kampung tu jugak la, mak mertua asyik suruh aku untuk berbaik² dengan biras ku itu.
Sedangkan aku tidak buat apa² salah pun. Dah la aku dipulaukan biras aku.
Malah, biras aku tu siap blok aku di social media lagi (ni kantoi dia add aku lepas berapa jam aku berfikir perlu approve atau tidak, esok nya terus social media termasuk officially business aku kena block).
Aku macam apa yang dia nak dari aku ni ek. Dah la pulaukan aku. Then nak follow life social media aku pulak.
Aku terfikir apa yang dia mahukan. Kalau depan² tidak mahu rapat. Mengapa mahu ambil tahu di social media.
Mak asyik nak suruh aku untuk berbaik dengan si Ramlah tu. Sedangkan aku ni dah kena blok atas sebab apa aku pun tak pasti.
Pernah aku mesej bertanyakan khabar. Ramlah tu balas seminggu kemudian.
Pernah aku cuba untuk berbaik, tapi si Ramlah tu menjauhkan diri alasan nya introvert.
Bagi aku, bila balik belah suami. Aku kena ready dari segi mental. Kadang tu, bole jadi penat dan stress bagi aku. Cukup lah tahun lepas adalah hectic year bagi aku.
Hujung Tahun 2023 ni aku belajar untuk,
“LET THEM GO”.
Wish me luck sebab tahun 2024 akan lebih mencabar dan banyak benda yang aku perlu kecapi.
– Senah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh sis💗
Terlebih dahulu saya mohon ampun dan maaf andainya perkongsian saya ini tidak seperti yg sis harapkan… Saya tak layak utk nasihat sis sbb saya pun bayak kelemahan…
Sis.. Alhamdulillah Tabarakallah Allah Ta’ala kurniakan sis kelebihan dari wanita lain iaitu ada pekerjaan dan life sendiri Dan Sebenarnya sis blh abaikan sahaja apa yg belah mertua sis buat pada sis… Layan sahaja mertua tu macam biasa dan maafkan dia…
Tentang beras sis tu… Jangan difikirkan dan simpan dalam hati.. Abaikan tapi doakan selalu utk dia.. Doakan semoga Allah Ta’ala permudahkan segala urusan sewaktu dia mengandung hingga melahirkan nanti… Insya’Allah kesabaran sis takkan sia sia.. Allah Ta’ala dah janji melalui hadis nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam lebih kurang maksud… Jika kamu mendoakan hamba hamba ku yang lain tanpa diketahui olehnya akan ada 70000 yang mengaminkan dan Insya’Allah kamu juga akan mendapat apa yang kamu doakan untuk orang lain itu.
Insya’Allah sis yakin.. Pasti dan pasti Allah Ta’ala akan balas berjuta kebaikan didunia dan akhirat kelak…
Banyak kan istighfar kerana istighfar itu pembuka rezeki.. Rezeki itu bukan hanya berupa duit ringgit.. Kesihatan, itu juga Rezeki…
Luangkan masa belajar agama seperti fardhu ain, tauhid dan tasawuf.. Cari guru yang boleh dipercayai… Kita perbaiki solat kita pasti dan pasti Allah Ta’ala akan perbaiki hidup kita…
Kita bila diuji dgn makhluk bukan kerana masalah pada makhluk itu sebenarnya tapi kerana kita yang kurang menjaga hubungan dgn Allah Ta’ala…
Sbb saya sendiri melalui pekara yg hampir sama seperti sis.. Bezanya saya diuji dgn suami, penyakit dan perkahwinan yang berlaku sebanyak 4 kali. Hubungan dgn biras ni biasalah… Akan ada keadaan tu akan berubah juga asalkan kita jangan berhenti mendoakan, maafkan orang sekeliling kita…
Soal zuriat usahlah bersedih.. Banyakkan bersedekah Insya’Allah… Dan doa banyak banyak pada Allah Ta’ala lapangkan hati kita melalui semua ini dgn redha nya..
Mungkin ada hikmah yang besar yg kita tak tahu yang Allah Ta’ala simpan utk kita ttg zuriat…
Berdamai dgn takdir…
Insya’Allah Allah Ta’ala akan buka luas rahmatNya utk sis…
Saya minta maaf jika perkongsian saya tidak membantu sis…
Saya doakan semoga Allah Ta’ala permudahkan segala urusan Sis Sekeluarga Dilimpahi Rahmat, Afiah Dikurniakan Rezeki yang mencurah curah dan Insya’Allah semoga Allah Ta’ala kurniakan sis zuriat yang menjadi penyejuk mata dan hati…
Ammeen Ya Mujeeb 🤲💗