Letih Cari Kerja II

Untuk part I, (https://iiumc.com/letih-cari-kerja/).

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bellflower sekali lagi disini. Terima kasih admin kerana menyiarkan konfesi aku.

Terima kasih juga kepada saranan dan kata-kata semangat diruangan Facebook. Aku amat hargai.

Untuk yang bertanya. Aku bekerja sebagai Penolong Pengurus Akaun di syarikat multinasional.

Kemahiran aku adalah menyediakan full set of account, tax, corporate secretarial, sales, audit, urus staff bawah aku lebih kurang 5 orang. Syarikat shared service. Inilah diantara deskripsi kerja aku.

Dan inilah pengalaman yang aku timba sepanjang 8 tahun bekerja sini. Boleh bayangkan betapa multitasking dekat sini? Aku cuba buat semua dulu sebelum aku tak boleh tahan dan cari kerja lain.

Bagi yang mengatakan tindakan aku kurang bijak kerana berhenti sebelum mendapat tawaran kerja. Ya. Untuk sesetengah orang mereka pun tak akan berani ambil risiko dengan berhenti macam tu dan mereka pun ada alasan mereka. Kasut kita tak sama.

Disini aku nyatakan sebab dan musabab aku kenapa aku berhenti tanpa tawaran kerja baru.

Satu, tempoh notis berhenti 3 bulan. Tak semua majikan baru sanggup tunggu 3 bulan. Sebelum ni aku dah banyak kali pergi interview. Mereka tak nak tunggu. Terlalu lama kata mereka.

Dua, aku dah tak sanggup. Tak sanggup dari segi mental. Sebab aku dah tahan 8 tahun. Bukan satu dua bulan. Aku tak ikhlas datang kerja.

Syarikat ni dulu okay. Sekarang je tak okay sebab terlampau micromanage. Sebab tu aku resign sekarang. Aku dah buat solat istikarah sebelum aku berhenti.

Tiga, aku ada simpanan cukup untuk cover komitmen sepanjang aku tak kerja sekurang-kurangnya untuk tempoh 12 bulan. Aku boleh tak bekerja. Enjoy dulu setahun. Tapi aku sayangkan simpanan dibazirkan begitu sahaja. Hasil titik peluh aku hilang begitu.

Nak dikatakan aku memilih kerja pun tak juga. Aku pun ada terfikir nak kerja McDonald ke Starbucks kalau belum dapat kerja sesuai. Barista Tealive pun aku apply. Hahaha.

Bukan tak ada dan bukan beralasan mahukan gaji tinggi dan memilih kerja. Aku pernah kerja dekat mall, supermarket, jual gula-gula kapas masa belum kerja dekat tempat kerja sekarang.

Cuma sekarang aku cuba usahakan untuk dapatkan kerja yang sesuai dengan latar belakang aku dulu.

Aku ada pergi interview 24/03, Jumaat lepas. Lepas siap interview HR cakap aku diterima bekerja. Mei dah boleh mula kerja dan nanti HR hantar offer letter.

Aku minta Mei sebab nak fokus Ramadhan dan raya. HR pun cakap okay. Gaji pun mereka cakap okay.

Aku follow up tanya offer letter pada 28/03, Selasa, HR cakap belum ready. Selepas itu hari ni (Jumaat) HR mesej aku cakap tengah interview calon lain dan akan inform aku balik kalau diterima bekerja.

Pelik. Buat apa bagi aku harapan palsu pada Jumaat lepas cakap aku dah dapat kerja selepas tu cakap tengah interview orang lain?

Penafian, bukan semua HR macam tu. Ramai yang professional. Cuma segelintir sahaja yang bersikap tidak professional.

Sekarang aku rancang nak berehat 3 bulan dulu buat masa sekarang sementara belum dapat kerja. Fokus cari redha Allah untuk 3 bulan.

Ganti semua solat yang tertinggal masa jahil dan pergi duduk pondok belajar agama. Aku ada amalkan solat tahajjud sebelum Subuh. Doa minta kerja baru.

Ada buat. Cuma belum ada rezeki doa dimakbulkan. Solat Dhuha dan solat Hajat pun ada buat. Mungkin Allah nak bagi cuti dulu. Rehat.

Lagipun 8 tahun aku kerja jarang cuti. MC pun setahun sekali. Mungkin ini yang aku akan buat dulu buat masa sekarang – rehat dan fokus ibadat bulan Ramadhan seperti yang disarankan diruang komentar. Terima kasih. Aku amat menghargainya.

Terima kasih kerana sudi membaca konfesi ini. Assalamualaikum.

– Bellflower (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *