Assalamualaikum WBT kepada rakan-rakan semua.
Aku seorang lelaki, aku perkenalkan diri aku sebagai Syed (bukan nama sebenar) merupakan lulusan sarjana dari universiti awam di tanah air sekitar 2017 lalu, belum berkahwin. Cukuplah pengenalan tentang diri aku.
So, aku tak nak berbasa-basi, aku nak hurai tentang tajuk di atas.
Terima kasih kepada IIUM Confession, sekurangnya dapatlah juga aku luahkan apa yang terbuku di hati aku dan semoga dapat menimbulkan kesedaran kepada banyak pihak.
Aku rasa suara aku ini mewakili seluruh mahasiswa-mahasiswa yang dah letih dan tertekan dengan “iklan jawatan kosong”, baik sektor kerajaan ataupun swasta.
Wahai majikan kerajaan atau pun swasta, satu hal sahaja yang aku nak minta tolong. Boleh?
Tolonglah, kalau sesuatu jawatan itu sebenarnya dah ada yang akan diisi, tolong jangan iklan kan lagi. Nak bagi orang awam mohon, padahal dah ada yang akan sandang jawatan itu.
Jangan seksa mental dan fizikal kami berharap kepada jawatan itu. Tolonglah..
Kami ni bukan orang kaya, bila ada jawatan kosong, kami gigih cetak borang, hantar borang, dan hadir peperiksaan bertulis dan seterusnya hadir interview, which is semua itu perlukan kos, beratus-ratus ringgit, pembaziran masa dan tenaga lagi.
Bukan cuma itu, kami datang dengan bawa harapan ibu, ayah, dan keluarga kami. Allahu.. Sudah-sudahlah seksa jiwa kami. Makan pun berkira-kira, bayangkan dengan kos sebanyak itu, kami dah boleh guna untuk makan selama berhari-hari.
Penyudahnya walau kau perform macam mana sampai judges puji dan kagum sekalipun, dek kerana jawatan tu dah ada yang book, kau akan out bro. Selepas itu, as expected , of course lah gagal keputusannya.
Dan ni bukan kali pertama weh, dah banyak kali. Aku dah tak tahan, aku decide aku kena tulis di sebuah platform yang semua orang boleh baca.
Apa signifikan aku tulis? Kalau ada majikan kerajaan khususnya, tidak lupa juga majikan swasta baca posting ni, aku tulis sebab aku nak minta tolong,
Kalau you guys dah ada orang yang akan sandang that particular jawatan, aku mohon you guys tak payahlah iklan kat mana2, kami sikit pun tak kisah dan tak ambil hati kalau you guys tak iklan kat mana-mana.
Kami faham, inilah undang2 dunia. Yang berpangkat diutamakan, yang miskin diabaikan. Cuma kami minta you guys pun tolonglah fahami jiwa kami yang dalam kesusahan ini.
CARANYA? Ya, kalau dah ada si fulan bin si fulan yang akan sandang sesuatu jawatan itu, kau buat jela interview tertutup engkau2 saja, tak payah nak ramai kan candidates acah2 real padahal orang2 kau yang dapat jawatan itu.
Aku dah letih dengan semua ni, cetak borang guna duit, hantar borang guna duit, hadir interview, duit lagi. Semua duit, masa lagi, harapan lagi. Stress!
So, cukuplah berlaku zalim ke atas kami. Aku mohon sangat-sangat you guys iklankan lah jawatan yang suci murni yang tak ada orang “book” lagi.
If 10 out of 10 jawatan dah ada orang book, doesn’t matter boss, kau tak payah iklan jawatan tu ya. Kau interview saja golongan2 engkau.
Kami okay, sebab secara tak langsung kau dah BANTU kami. Kau dah jimatkan duit minyak kami, duit nak cetak borang, duit untuk traveling untuk interview and etc. Jadi, kami sangat2 berterima kasih kalau majikan fahami jiwa kami macam ni.
If ada orang cakap bersyukur dengan rezeki Allah, sekurangnya dapat juga makan, ya, aku bersyukur atas segala kurniaan-Nya, cuma aku juga manusia biasa yang ada perasaan letih dan penat. Penat dengan situasi toxic ini!
Aku mohon pihak atasan dan juga majikan tolong fahami jiwa kami. STOP IKLANKAN jawatan kosong yang sebenarnya dah ada calon yang akan sandang jawatan tu! Bantu kami, cukup seksa kami.
Yang benar,
– Syed (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit