Letih Juga

Hi semua. Salam kenal. Nama saya Yoyo.

Setelah tamat belajar master, saya menganggur dekat setahun. Ada dapat kerja namun, setelah beberapa bulan, saya berhenti kerana kos perjalanan lagi tinggi dari gaji.

Fast forward, saya dapat kerja dalam bahagian pendidikan di kolej swasta.

Walaupun dah 20-an saya rasa tak ada arah tuju sebab “follow the flow” tak tahu saya nak jadi apa dan sebagainya. Orangnya pula biasa – biasa sahaja level pemikiran.

Jadi, tugas pendidik ni bukan mudah. Kena faham topik tu dan ajarkan pada anak murid.

Bulan ni dah masuk bulan ke-3 saya.

Saban hari, kerja terlalu banyak sampai rasa susah nak bernafas.

Tiba-tiba kena buat soalan exam, kena jaga exam, collaborations industry. Banyak lah.. Semua ni saya tak familiar.

Saya ada juga tanyaakan dekat orang yang dah kerja lama. Ada yang sudi membantu, ada yang jawab tak tahu sahaja. Tak apalah..

Nasib la jumpa orang yang tak nak membantu tu saya anggap sebagai ujian.

Dari slide mengajar sehingga ke assignment tiada contoh yang diberikan hanyalah course structure biasa.

Saya yang tiada ilmu dalam bidang ni bagai tunggu kapal nak pecah je. Bila bila boleh tenggelam.

Saya selalu masuk kerja 7 pagi sebab nak siapkan lagi bahan mengajar walaupun lepas balik kerja pun saya fokus buat bahan mengajar dan memahami diri sendiri.

Tapi, ada satu saat saya rasa tak boleh “Go”. Tapi, saya sendiri keliru nak kerja apa. Sijil ada tapi tak tahu apa yang sesuai. Saya buntu.

Saya usulkan penat pada mak saya. Mak beri pendapat untuk saya berhenti dan kerja biasa seperti admin. (sekurang – kurangnya tak beban macam sekarang).

Saya dah pernah lalu macam – macam kerja tapi ini paling penat. Penat otak.

Disebabkan pengalaman berlajar dahulu saya berjumpa dengan lecturer yang kelas dia, 1 kelas tak faham dia ajar apa. Mostly balik kelas, akan study bersama waktu malam.

Kalau boleh saya taknak jadi warga pendidik begitu. Saya kasihan pada anak murid. Sebab hak berilmu itu juga hak mereka.

Hm.. Jadi saya harap sangat ada yang sudi beri pandangan mengenai kes saya.

– Yoyo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. 1. Bersabar banyak-banyak
    2. Sebelum tidur baca tasbih, tahmid, takbir sebanyak 33 kali. Solat dhuha, sedekah subuh jangat tinggal.
    3. Ulangkaji subject tu berulang kali. Mula-mula memang rasa awkward, JALAN TERUS! InsyaAllah, lama-lama awak akan jatuh cinta dengan pekerjaan tu.

  2. Bercakap psal kerja ni, mmg la ‘memenatkan’, bila kita anggap ianya satu ‘tanggungjwb’ yg perlu diselesaikan dgn baik.. jgn sangka kerja ‘admin’ tu adalah kerja yg mudah juga, sbb di situ masih ada cabarannya juga.. mngkin kecuali lah kerja yg melibatkn “passion” atau pon ‘hobi’ sesorang tu, then dia akn sentiasa merasakn kerja itu satu ‘keseronokan’ baginya.. so, tips di sini ialah, menjadikan kerja itu suatu yg mnyeronokkan, walau pon bnyak cabarannya.. or at least meninggalkan manfaat kpd org lain.. Saya pernah bekerja di beberapa buah ‘institusi latihan’, tp bkn sbg tenaga pengajar.., tapi bnyak juga berhubung dgn mrk.. begitulah, saya lihat ada yg seronok dgn kerjanya, dan tidak kurang juga yg sering mengeluh dan merungut.. jd tahu lah knp jadi sedemikian.. yg merungut dan mengeluh tu, alasan biasalah kan, kerja bnyak, students punya perangai, preparations yg nk dibuat, c ckup masa dan bla, bla.. tp bagi yg slalu happy dan ‘bersemangat’ tu, lain plak caranya.., ada juga yg berbaik2 dgn students, sampai bole dduk semeja berbincang atau pon aktiviti2 lain, ada yg sampai boleh ingat birthday semua student dlam kelasnya dan mereka boleh meraikan bersama2.. paling tidak, ada pengajar yg memberi cerita tauladan ataupon kata2 hikmah sebelom meninggalkan kelas pd hari berkenaan, yg membuatkn students mrk jd ‘sayang’ dan tidak sabar2 utk masuk kelas mrk yg akn dtg.. begitulah sedikit sebanyak ‘cara’ utk menjadikan kerja itu sekurang2nya memberi manfaat kpd diri sendiri & org lain.. wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *