Letih Menjadi Isteri

Assalamualaikum, saya menulis ini jam 2 pagi ketika bangun memyusukan anak.

Saya berusia lewat 30 an, telah berkahwin selama 13 tahun dan mempunyai 4 anak.

Saya letih. Saya sangat letih menjadi seorang isteri.

Rasa dunia ni tak adil, kenapa isteri harus ikut suami?

Kenapa isteri perlu buat kerja2 rumah yang tak pernah habis?

Kenapa isteri tak dapat peluang yang sama mcm suami untuk beribadah?

Sungguh saya letih menjadi isteri. Taktala penat dan stress pun harus melayan suami, jika tidak akan disalahlah!

Jika tidak, berdosa menolak ajakan suami!

Kadang saya rasa dunia ini tak adil.. tapi tak boleh luahkan kerana.. seorang isteri harus ikhlas.. baru dapat pahala.

Saya berkahwin sejurus selepas tamat belajar, kemudian memgikut suami tinggal di negeri asal beliau. Jauh dari keluarga.

Suami adalah pilihan saya. Dia tidaklah jahat, kadang2 membantu juga kerja rumah tapi kerja2 rumah ni terlalu banyak dan tak pernah habis.

Saya penat sangat. Penat dengan kerja2 rumah, penat kena melayan suami, penat kena urus suami. Rasa menyesal berkahwin pun ada.

Tapi kalau diluahkan, dikatakan tidak bersyukur.

Kesian jadi isteri ini, semuanya harus dihadam tanpa rungutan, sedangkan deep inside, ia memakan diri.

Kadang2 saya rasa nak mati sebab terlalu penat sampaikan dalam solat, saya doa Allah ambillah nyawa saya dalam apa cara sekalipun sebah saya penat, terlalu penat dalam hidup saya sekarang ni.

Saya mohon doa semua agar saya kuat sebab saya terlalu penat dengan hidup sebagai isteri.

– Fatimah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. As Salam puan.. point puan mengatakan kenapa isteri xde peluang ubtuk beribadah mcm suami… hmm.. puan tau x, melayan suami merupakan ibadah yang paling utama sebagai isteri. ini bukan saya reka. dalam Quran ada bgtau. melayan suami merupakan ibadah tertinggi untuk seorang isteri. tapiii.. kalau puan dh rase mcm tu, berpisah lagi baik dari puan menanggung dosa

  2. you yang pilih nak berkahwin awal, and anak pun ramai dikala umur you muda. semua ni atas keputusan you. kita pilih so kita yg perlu tanggung consequences. pelik jugak kenapa tak planning kalau dah rasa burn out tu

  3. Hidup di dunia ni memang medan ujian. Kita rasa penat sebab kita ni terlalu mengejar penghargaan manusia padahal penghargaan Allah tu byk je tapi kita je yg x nmpk. Biasanya org akan ckp, bersabarlah – which is true. Tapi Allah tu Maha Adil. Kalau rasa x mampu nak teruskan, byk ikhtiar lain spt mnta cerai/fasakh.

  4. Ya Allah puan, saya pun sama mcm puan yer, penat, hari2 penat. Saya nasih menyusukan anak saya umur 2 tahun 3 bulan, dan tak ada tanda2 nak wean off lagi membuatkan saya double penat menyusu anak umur besar ni. Keja rumah 100% semua di bahu saya, suami hanya bekerja bagi nafkah. Even saya housewife tapi still tidor tak cukup, anak sulong pon tak banyak membantu, ujian untuk saya. Suami langsung tak bantu kerja rumah kerana begitulah didikan arwah ibu nya. Sabar ya puan, saya pun 13years marriage life and still hold tight for my kids sake. Sabar ye, semoga satu hari kita dapat menuai hasil yang kita usahakan selama ini. Jangan give up ya Puan.

  5. Aku yg single ni pun bila duduk bersama 3 adik beradik lelaki dgn dua ekor kucing dorg pun rs penat sgt urus kebersihan dan kekemasan rumah.X dpt bayang lau ada suami dan anak2 kelak…

    Aku smpai kena tekanan perasaan urus rumah kotor tiap hari.Adik2 lelaki semua pemalas dan takde ehsan.

    Mmg ramai dgr confession isteri yg penat kahwin.Wanita mmg hebaf.Mcm mana merungut pun anak2 tetap dijaga rapi inshaallah.

    Kpd puan..niatkan semua penat lelah itu utk mencari keredhaan Nya.Moga2 jd jambatan ke syurga kelak.Anda ibu hebat dan bertanggungjwb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *