Dah lumrah dan fitrah manusia kan ingin kahwin, beranak, bercucu. Perasaan itu tak dapat dielak. Begitulah aku. Kadang aku menyesal teramat sangat dengan kehidupan ni.
Kalau boleh undur waktu aku memilih untuk bujang saja. Ya tau berdosa menyesal benda yang dah lepas. Semuanya salah aku. Anak² aku tak patut bermakkan seperti aku. Laki aku pun tak patut berbinikan aku.
Kisahnya sudah 13 tahun aku hidup dalam kehidupan yang sangat aku sesal ni. Sejak keluar anak sulung hidup aku dah mula upside down.
Keluar saja dari perut anak menangis siang malam tanpa stop. Berbulan² sampai letih berubat sana sini. Masa tu dah rasa serabut yang amat sangat.
Nak makan tak sempat, nak tidur memang tak dapat la kan dah melalak je kejanya. Nak membuang pun bawak masuk anak dalam jamban sekali.
Laki aku mula² ok melayan kerenah anak, lama² naik angin jugak sebab dia keja shift 12 jam, dengan malam² langsung tak tidur. Otak sama² dah penat. Sampai biar jela anak nak melalak, tinggal je dalam bilik.
Sambil mak ni nangis sekali kat luar dah tak tau nak buat apa. Sawan tangis ni akan berhenti bila sampai waktunya. So, hampir 7-8 bulan barula anak slow down. Kadang aku rasa “meroyan” aku start daripada sini.
Fast forward aku mula kerja ditakdirkan PJJ dgn anak dan laki. Mental agak breakdown masa tu. Seteruk mana mak ni jiwa dia tetap ada anak.
Cuma bila anak duduk dengan aku dan buat pasal aku stress yang amat. Tak dengar cakap lagila aku angin. Masa anak aku umur 5 tahun baru aku bawak duduk dengan aku.
Dugaan jangan cakap. Aku memang tak boleh handle kemarahan aku.
Tengah marah basuh muka pun tak jalan, tak sejuk jugak, ambik wuduk pun tak jugak. Ubah posisi pun sama, dalam nak mula solat pun api kemarahan membuak² lagi bila anak atau laki buat pasal.
Anak sulung umur dah 11 tahun. Selalu menduga kesabaran. Dengan sikap menipu dan ambil duit aku tanpa izin buat aku dah tak percayakan anak aku.
Paling aku pantang bila dia tak solat cakap dah solat. Bila tinggi suara dan menjawab paling buat aku nak koyak²kan mulut dia.
Jangan tanya cara aku didik anak. Lembut dah, kasar dah. Doa banyak² sedang berlaku sampai sekarang, zikir banyak² pun sedang berlangsung sana sini. Dengan pegangan doa ibu adalah senjata.
Solat sunat tiap² pagi dan zikir pagi² semasa drive aku cuba istiqamah.
Mungkin aku harapkan imbalan dari Allah kot buat doa aku terhalang. Tak ikhlas zikir sebab nak keluarga bahagia ke. Ataupun dosa aku terlampau banyak asbab aku diuji dengan amarah diri, anak dan suami.
Tempoh yang lama kadang² buat aku jadi putus asa jugak. Entah berapa juta kali kena ulang nasihat benda yang sama.
Anak kedua aku tengah membesar. Tak mustahil dia uji aku sebagaimana abang dia jugak kan. Tak abeh aku memikir kenapala aku pilih kehidupan ni.
Kenapala aku tak tahu aku ni gila dan tak layak ada anak, ada suami pun. Kenapala aku ada keinginan nak berkeluarga. A
ku ingat ada anak kedua aku boleh cool, si abang makin baik perangai. Lagi menguji ada. Salah aturan rupanya. Memang aku tak nak menambah dah.
Orang asyik tanya tapi yang nak urusnya aku. Yang ada anak ramai dan ada kesabaran tu memang aku tabik. Janganla maki aku pulak bila aku ni tak sabar macam korang.
Korang tak tahu betapa aku struggle hari² nak kawal diri aku. Ini ujian aku dan ujian kita tak sama kan.
Belum cerita bab laki aku lagi. Beza aku dgn laki aku mcm langit dengan bumi. Aku pantas dia slow. Pantas dan slow ni buat hubungan kami ni makin jauh. Aku cuba ikut nasihat prof muhaya tu tapi tak boleh.
Dari kecik aku jenis cergas, tak suka lambat², tak suka tangguhkan kerja, bila buat sesuatu wajib habiskan. Aku benci betul orang buat kerja separuh. Ke aku kena pejam mata selamanya sebab luah pun macam air dicurah ke daun keladi je.
Laki aku ni jenis tak fikir perut anak bini. Balik kerja petang² bawak balik diri saja, kot la ada pisang goreng, nasi lemak, bihun sup untuk anak bini isi perut petang² sementara nak dinner. Kena bagitau baru beli. Itupun sikit sangat nak kongsi.
Jadinya habuan anak sajala makanan tu. Macam kena ketuk baru buat. Kau kongsi la nasihat dari fb forward ke dia memang macam tu jela.
Aku bukan jenis perempuan yang sukakan barang kemas. Even nak beli makan pun dia asyik cakap tak da duit.
Banyak kali aku mintak gaji dia biar aku tolong managekan jawapan dia gaji masing². Bulan² bagi aku tu untuk yuran dan makan sekolah anak.
Nafkah aku memang tak dala kan. Barang dapur banyak pakai duit aku. Harap dia memang anak² aku makan roti kering je malam².
Tak pun milo, nescafe.
Kadang aku tengok macam tak da fungsi. Barang rosak dalam rumah tak da usaha nak repair langsung. Nak tambah plug pun aku yang cari tukang. Entah apa dia tau buat entahla. Nak bawak anak bini bercuti pun tak mampu. Kot la nak ajak ke pantai ke.
Kalau cakap aku burnt out dengan rutin yang sama hari² dia macam tak faham. Jenis aku pulak tak reti nak panjang kaki keluar sorang².
Entah bila nak ada keberanian tu. Kawan hangout pun takde.
Kerja rumah pun samala. Kalau air tumpah atas lantai macamtu jela. Sampai kering jadinya. Semuanya atas pundak si mak ni.
Balik keja tengok rumah bersepah si mak ni jugakla urus. Yang anak sulung tu sebijik macam bapak dia dah aku rasa. Slow. Bab sekolah mengaji quran pun atas mak jugak.
Bila anak ada exam aku penat betul. Anak aku jenis auditory based learning. So aku kena terang dan ulang. Bukan tak cerdik anak aku tu.
Markah semua A kalau ujian.
Cuma aku jela kadang bila stress yang amat nak ja aku lari jauh² tinggal semua. Aku tak sanggup nak jaga anak² aku yang makin hari makin kurang adab. Buat aku hilang akal nanti. Aku memang tak layak jadi mak.
Tapi dalam masa yang sama kalau aku tingggal anak aku bagi pada laki aku masa depan anak aku entah macamna.
Simpanan dia untuk anak satu sen pun da. Pinjam duit anak adala. Itupun belum berganti. Duit aku pun puas aku mintak itupun kwsp kali ke 2 kot. Kali pertama entah pegi mana duit dia tak tahu la.
Macam mana pun aku kena pastikan pendidikan anak aku no 1. Jadinya aku stuck jela kat sini. Tunggu anak aku ada kehidupan masing² la kot.
Doakan aku diberi kesabaran dalam mendidik kedua² anak aku, doakan anak² aku menjadi anak yang soleh, yang mendengar cakap. Itu sajala.
– Yang Letih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit