Liat Solat Subuh

Assalamualaikum semua. Saya ni jenis susah nak bangun pagi, terutamanya untuk solat subuh. Saya jenis yang sangat2 cintakan tidur saya.

Kadang2 bila tersedar pun, rasa malasnya nak tingal tempat tidur walaupun alarm diset 5 minit sekali. Setiap hari 8.30 pagi baru saya akan betul2 bangun tu pun sebab nak pi kerja.

Jujur cakap, most of the time saya akan qada ja solat subuh saya sebab saya akan sambung tidur lepas off alarm. Walaupun macam2 tips, doa petua saya buat, tapi tak dapat istiqamah untuk bangun subuh.

Solat waktu lain saya mampu ja buat diawal waktu, cuma subuh ja tak mampu walaupun itu antara solat yang paling pendek rakaatnya.

Tapi setiap malam selepas isyak saya mesti akan baca surah al mulk. Kebetulan 1 hari tu tak tahu kenapa, saya google pasal al mulk, kemudian terjumpa yang nabi akan baca surah as sajadah selepas baca al mulk.

Pencarian saya masa tu sudah terlalu jauh hingga saya terjumpa 1 artikel dari indonesia yang mengatakan surah as sajadah ni akan jadi sahabat baik kita yang akan selalu mengingatkan kita untuk solat bagi orang yang mengamalkannya setiap hari.

Kerana ayat 16 nya yang membawa maksud : (lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, mereka berdoa kepada tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang kami bagi).

Malam tu jugak saya start amalkan surah tu. Ajaibnya pagi subuh tu, azan subuh seolah2 betul2 ditepi telinga saya dan saya terus bangun dengan tanpa rasa malas dan segera menunaikan solat saya.

Pernah beberapa kali saya dengar azan, saya ingatkan dah subuh, tapi lepas ambik wuduk saya tengok jam didapur, rupanya 4 pagi.. Jadi sebab dah berwuduk saya terus buat tahajud tanpa saya sambung tidur.

Walaupun saya tidur lepas tahajud, tapi tepat masuk subuh ja saya mesti akan terjaga dengan segarnya walaupun tidur beberapa jam ja.

Sebab saya akan dengar azan yang sangat hampir ditelinga kanan saya, seolah2 ada 1 lelaki datang azan di telinga saya.

Kini dah berbulan saya istiqamah dengan surah ini, dan sekali pun tak pernah miss solat subuh. Kadang2 dapat bonus buat tahajud sekali.

Kehidupan saya pun rasa lebih teratur sekarang ni.

Saya betul2 yakin as sajadah ni sahabat baik saya yang selalu menjadi alarm untuk saya mudah solat. Dan alarm hp saya seolah2 dah tak de fungsi sekarang ni sebab saya akan terjaga lebih awal sebelum ia berdering.

Mungkin bagi sesiapa yang ada masalah bangun subuh macam saya boleh cuba amalkan surah ni, mana tahu ianya berkesan untuk anda jugak.

– Pendosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *