Hi guys. Aku pendek kan je la citer nya k. Aku sebenarnya tak tahu apa yang sedang jadi kat hidup aku sekarang. Btw, i am a girls. Ditakdirkan hidup dalam family bermasalah. Mak aku asik nak cari pasal je dengan aku. Nasib baik ayah aku okay sikit, tapi still bermasalah. Aku solat la jugak, kadang2 je tinggal. Tapi aku tak tahu kenapa life aku serabut sangat. Aku takda buat dosa2 besar yang lain. Kecuali solat tu, aku akan penuhkan la one day. Dan aku sekarang berkawan dengan budak2 kaki pukul. Ala yg macam filem KL Gengster tu lah. Diorang hensem2 baii. Hahaha Itu yang aku tersangkut sorang jadi boyfriend. Dan boyfriend aku memang leader la dekat sebahagian kawasan area KL ni. So, korang bayangkan la betapa ramai backup bf aku. Setakat ni, mana2 pergi ada member dia. Huhu Agak seram jugak la mula2 tu kan. Tapi, entah la. Aku stress duduk rumah. Dengan perangai parents aku camtu. Aku ni sebelum ni memang baik yang betul2 baik. Sampai kawan aku cakap, tak sangka ada lagi perempuan macam ko ni kat dunia ni. Sebab aku terlampau baik. Ikhtilat semua jaga, aku tak kawan or keluar dgn mana2 lelaki pun. Tapi sekelip mata life aku berubah. Aku start keluar malam senyap2 stay up dgn bf aku sampai subuh. Dah dapat pulak boyfriend gengster so tak payah cakap la. Memang lepak2 dgn lelaki tu biasa. Geng2 bf aku la kan. Diorang lepak sekali. First time lepak, bf aku termasuk la kawan2 dia tu, pelik je pandang aku atas bawah. Sebab apa ? Aku tutup aurat dgn sempurna dan muka aku memang jenis yang lembut, ayu gitu. Hahah Diorang pelik lah, budak baik tapi lepak dgn lelaki sampai malam. Huhu Dan yang paling tak best, aku dah start buat ringan2 dgn bf aku. Aku dah start buat benda2 maksiat ni. Terasa diri aku disayangi, sebab mak aku pun bukan peduli sangat pasal aku. Siap cakap tak sayang aku lagi. Fuhhh.. Now aku happy je dgn life aku. Dah tak stress. Kalau tak sebelum ni, boleh jadi gila aku duduk terperap je kat rumah. Sebab parents aku memang tak bagi aku keluar kecuali dgn diorang. Aku dah 25 tahu tak. Bukan budak2. Apa2 pun, best dapat lepak2 borak2 dgn budak2 hensem. (Sorry, aku sebagai manusia biasa memang suka org ada rupa). Hehe Tapi tu lah, kadang2 terfikir, kenapa takdir hidup aku camni. Aku baik weh dulu. Serius tak tipu. Perubahan diri aku ni sangat mendadak. Maklum lah, tak cukup kasih sayang macam ni lah. So korang semua, sebelum aku hanyut lebih jauh, mohon bash aku dengan buah2 nasihat yg korang ada. Arigatos.
– Homeless