Life by Design

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Baca dengan nama Tuhan yang menciptakanmu.

Pertama kali dengar istilah Life By Design..adalah dari seorang penceramah wanita yang terkemuka, Beliau menyebut hidup kita ini kita lah yang tentukan kemana arah tuju. Sama macam device waze kita tetapkan alamat, kemana kita nak pergi. Begitulah hidup. Baiklah kehidupan ini tak lari dari pahit manis. Itu semua lumrah. Tak nak intro byk, dipendekkan cerita mengenai perkahwinan. Keluarga terdekat ku , Sis R diuji Allah dengan perkahwinan yang bagaikan duduk diatas duri. Berkahwin dengan lelaki yang menghidapi masalah bipolar disorder. Dia lah yang menjadi bread winner….dialah yang tanggung semua, si suami hanya hidup makan minum tidur langsung tidak membantu urusan rumah pun. Lebih malang lagi Sis R selalu jadi punching bag..pernah beberapa episod semasa suaminya ( si L) di level maniac (stages dlm bipolar disorder) pernah pukul..ambil pisau nak tikam, pernah nak campak anak keluar dari tingkap(rumah level tinggi).Muka lebam-lebam,hidung berdarah entah apa lagi kecederaan yang dia penah alami tapi dia sembunyikan dari kami. Semua gambar kecederaan tu masih saya simpan (yang pernah dia tunjuk). Di satu kejadian lain, dirumah keluarga suaminya mengamuk nak pukul ibu dia sendiri dengan kayu golf dan pecahkan cermin tingkap dan cermin kereta. Ibu dia lari menyorok rumah jiran dan jiran bertindak call polis. Si L ni kemudian dimasukkan kejap ke hospital..doc pun ada lah bagi nasihat itu dan ini …ubat tu sentiasa kena ambil kalau tak episod2 begini akan jadi lagi. Tapi kalau orang dah taknak ubah nasib sendiri..buatlah macam mana pun..tiada langsung usaha nak pegi sesi kaunseling seperti yg disuruh.. tak makan ubat. Alasan…ambil ubat tu akan buat dia jadi slowdown sikit..dia nak diri dia yang bubbly…(kononlah, padahal masa tu sebenarnya banyak menyakitkan hati orang adalah)

Isteri dibuat mcm kain buruk..anak2 yang kecil dimarah2..dikeluarkan kata kesat. Dah banyak nasihat dari ahli keluarga tapi tak diikut juga. Jangan ingat kita tak bagi sokongan utk si L..tak pernah lah layan buruk ke or bias ke …cuma masa awal perkahwinan diaorg (sebelum dia di diagnose Bipolar) kisah dia rajin memukul isteri tu membuatkan kami semua pernah suggest Sis R tuntut fasakh. Dah bawak kes ke mahkamah..panggil kaunseling dulu ..kemudian berdamai semula. Mungkin demi CINTA,sis R mengalah dan teruskan perkahwinan yang kami umpamakan neraka dunia. Kenapa panggil neraka dunia… hmm bygkn diri dah penat di ofis cari rezeki, balik urus rumahtangga…pantang silap sikit si L mengamuk. Duit pula tak boleh letak banyak dlm handbag..japlg lesap. Duit anak pun diambilnya… Masa berlalu dan anak pun makin bertambah ..episod2 keganasan itu silih berganti berlaku. Kita yang memandang ni hanya boleh bagi nasihat.. hanya dpt bantu dari jauh saja..bila keadaan tak terkawal lari dari rumah pegi lah kerumah sesiapa yang si suami ni segan(selalunya rumah saudara mara sebelah suami.) Ibu ayah sis R bukan tak pernah nak tolong… tapi atas kedegilan sis R sendiri..dan juga mungkin ego..sis R pertahankan juga hidup yang ‘bahagia’ mcm tu. Sebagai keluarga yang memerhati, dan melalui pembacaan dan pengalaman mereka yang bipolar yang dishare di support group..rasanya si L ni hanya gunakan alasan bipolar dia tu . Selebihnya banyak kepada sikap dia sendiri yang ku kira sangat kejam.

Dengan ibu bapa dia sendiri dia berdendam,ditengking2..bergaduh mcm xingat dia sedang bercakap dgn org yg lahirkan dan besarkan dia.Boleh dia kata pada ibu dia masa dia kecil bg layanan buruk…Kalau korang study pasal org bipolar ni dia ada phase2 dia…so skrg ni phase dia tgh maniac semula. Ok..berbalik tajuk Life By Design.Kita yang tentukan hidup kita ke mana arah tuju…Yang membuat kami sekeluarga frust bila sis R ni sanggup tadah leher di tempat pancung org kata. Dia rela dibelasah..dimaki hari, mengapalah sanggup biar diri sendiri mcm tu.Tak sayang diri sendiri ke :( She is not a tree…she can move and should make a move when love is no longer being served. .Anak-anak umur dari 4-10 , yang paling besar dah pandai kata nak lari dari rumah sebab tak tahan dengan perangai ayah diaorg. Yang paling kecil pula boleh repeat kata-kata makian ayah dia. Kami dah slow talk…hidup bagaimana yang dia nak, nak biar anak membesar dengan pengaruh yang tidak baik? Sekali pun dia seorang bipolar kenapa dia degil taknak pegi kaunseling…kenapa tak nak usaha perbaiki diri. Saudara mara awal2 dulu dah bnyk bantu..bawak pergi berubat cara Islam pun ada. Banyak kisah pesakit bipolar dapat hidup mcm orang biasa semula dengan makan ubat. Kenapa nak seksa diri sendiri dan orang-orang yang menyayangi diri dia. Sis R pernah kata dia risau masyarakat sekeliling akan mengata dia tinggalkan suami yang sakit..ok nampak mcm teruk..tapi yang mana lebih baik?Hidup sentiasa dalam bahaya, bila pergi kerja anak2 dirumah (skrg cuti sekolah) risau dengan anak, takut diaorg diapa-apakan. Masalah kewangan, gaji sis R ni boleh tahan lah mampu lah tanggung hidup tapi sebab dengan perangai si suami yang suka berjoli sana sini dan pandai mengabiskan duit je..mmg agak tertekan lah dari segi kewangan tu. Beli kereta awal kawin ikut selera suami, kereta imported loan nama sis R..pastu yang lenjan kereta tu pun si suami. Sampai kes berebut kereta nak pegi keja dan si suami nak berjalan-jalan joli, Sis R sanggup beli kereta lain.

Skrg kereta imported tu dah rosak tersadai begitu jelah, nak baiki perlu wang lagi…Tak tahu lah nak ckp mcm mana lagi, apakah benar-benar sikap si L ni sbb penyakit dia atau sebenarnya dia mmg seorang jerk. Yang pelik tu dengan kawan-kawan ok pula sikap dia.Dengan orang luar bukan main lagi layan elok, tapi dengan isteri dan anak-anak dia jadi monster. Berbelas tahun sudah dia bertahan dan hidup dengan keadaan macam ni. Kami dah banyak bertanya sampai bila harus mcm ni, Allah takkan ubah nasib kita jika kita tak mengubahnya. Peluang dah bagi berpuluh-puluh peluang. Keluarga , semua bagi layanan yang sama je baik penerimaan walaupun tahu behind closed door dia mmg seksa isteri dia. Dan sekarang si suami kalau boleh taknak sis R balik berjumpa ibu bapa sendiri dan keluarga. Serba salah dibuatnya , kita nak bantu, nanti kata meruntuhkan masjid orang, namun teringat kata-kata Ustazah Yasmin Mogahed anak yang hidup dalam keluarga yang ibu bapa asik bergaduh dan beri contoh tak baik(memukul isteri) itu akan buat hidup anak lebih trauma dan kejam utk anak2. Penceraian bukanlah satu yang buruk, namun rahmat jalan keluar yang Allah beri bagi perkahwinan yang tidak dapat diselamatkan. ‘Syurga’ inikah yang isteri inginkan??? Sis R masih berbelah bahagi, tak tahu lah mungkin lebih kepada kesian pada suami atau terhutang budi pada keluarga si suami yang byk membantu(walaupun sebnrnya itu mmg tanggungjwb). Kenapa ramai wanita sebegini lemah, sanggup bertahan hidup dengan monster hanya kerana tak nak tittle ibu tunggal? Tolonglah…buat wanita yang diluar sana, kita yang buat pilihan atas hidup kita. Jangan fikir apa orang kata tapi fikir apa yang Allah kata. Ibu bapa hanya hadir sekali sahaja dalam hidup,Jika sampai si suami menghalang jumpa parents sendiri,kongkong segalanya sampaikan diofis kene hantar gambar setiap jam dgn siapa dia berada. Apakah itu wajar dipertahankan lagi. Buat Sis R..kami semua dah tak mampu nak nasihat lagi sebab segalanyanya dah dicurahkan. Tapi seandainya Sis R perlukan pertolongan..kami seribukali sudi bantu. Pembaca sekalian mohon bagilah kata-kata sokongan utk Sis R.. dan sekiranya ada cadangan bagi menyelesaikan kekusutan ni bolehlah beri pandangan. Semoga bermanfaat buat mereka yang sedang dan pernah mengalami masalah mcm ni. Sis R..I love you and your kids because of Allah. Allah Maha Baik T_T

Buat yang masih belum berumahtangga…biarlah lewat berkahwin daripada salah memilih suami. Selama mana kita bercouple 20 tahun sekalipun itu adalah lakonan, bukan diri sebenar lagi. Banyakkan istikharah dan berselidik, tgk ibu bapanya..risik di kampungnya mengenai keluarga. Risau jika tersalah pilih orang yang ada masalah psychology mcm si L. Kita yang mencorakkan hidup kita,mahu melangkah ke syurga atau neraka. Jangan bersandar pada makhluk tapi bersandarlah pada Allah yang Maha Kekal.

– Srikandi PinkStiletto

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit