Assalamualaikum
Biasa kut kalau orang lelaki tak amek port bab jaga anak dan nak buat keje rumah. Aku sebelum kawen dah aware pasal benda ni…sebabnya aku ramai adik beradik lelaki dan aku dah biasa dengar mak aku berleter. Jadiknya aku amek pengajaran dan pasang strategi macam mana nak lenturkan suami aku nanti andai kata kawen esok2.. orang lelaki ni ada “ego”nya sendiri…kalau mak suruh tu lain, kalau isteri suruh tu lain. Isteri ni tak boleh la main suruh2 kan..
Aku just nak share apa yg aku buat.. kut lah korang boleh pakai. Yg belum kawen pun boleh amek ilmu. Firstly masa awal kawen..senang cakap malam pertama lah kan. Cukup2 lah kau perasan jadi princess masa bersanding tu… sebenarnya malam pertama ni lah penentu hidup kau selepas ni. Huhuhu. Bunyi macam nightmare. Bagi aku perkahwinan ni memang nightmare. Jadiknya kau patut kena fokus apa nak perturunkan ilmu kat suami kau…. maksud aku apa dia pesanan2 kau rasa yg penting utk pastikan hidup kau dan suami lancar lepas ni..
Aku malam first dah mulakan intro pasal diri aku… apa benda yg aku suka, apa benda yg aku kurang suka, apa benda yg aku pantang, apa benda yg aku nak perbaiki, apa harapan aku… masa ni suami kau tengah nak sangat kat kau. Jadinya dia akan ambil perhatian. Aku bagitau la aku suka orang jenis pembersih dan pengemas. Rumah dlm keadaan teratur. Aku bukan orangnya pembersih sangat, perfect tiptop…tapi aku nak hidup biar ada peningkatan..jangan rumah makin ramai anak makin bersepah dan kotor.
Tips aku ni menjadi lah…sebabnya aku dh sepuluh tahun kawin , anak dah tiga..dan suami aku cuba sedaya upaya aku kemaskan rumah supaya sejuk mata aku memandang. Bila anak2 sepahkan… selain minta anak tolong kemas balik…suami aku pun ringankan tulang mengemas sambil aku sibuk bersilat kat dapur..
Banyak aku pesan malam pertama..termasuk nafkah dan tanggungjawab… hihihi. Walaupun aku mampu untuk bantu drpd segi belanja.. tapi tanggungjawab suami utk beri nafkah.zahir dan batin. Memang suami kau akan ingat…malam pertama kut. So macam ada “pride” utk dia lunaskan…walaupun masa sengkek macam mana sekalipun, dia akan buat. Kalau dia lupa…kau buat2lah ingatkan malam pertama dulu tu. Hihihi.
Kedua.. aku rasa orang lelaki ni kekok jaga anak. Mungkin adalah yg jenis friendly rajin layan budak2..rezeki lah siapa yg dapat suami macam tu. Tapi kalau yg jenis kekok…takpe tu rezeki jugak…so cara aku, aku tau suami aku ni pendiam dan tak ramah tamah . Dengan anak memang macam “keras” je. Tapi sebenarnya jangan cepat menghukum. Masa anak first suami akan blur2 sebab dia pun first time jadik ayah…tengah nak belajar jugak macam kita yg baru jadik ibu.
Tapi jangan biarkan dia terus selesa dgn keadaan yg semua benda kita or mak kita or mak mertua kita buat…. hahaha.. evil laugh. Siksa kau nanti. Cara aku adalah masa aku mengandung anak pertama…aku banyakkan sharing..kat fb ke, masa tengah baring2, lepak2 ke.. bercerita pasal perubahan diri seorang wanita dan betapa perlunya support dari pasangan utk melalui fasa perubahan isteri-ibu. So dia rasalah yg dia ni penting. Lagilah aku tekankan yg husband aku kena witness proses kelahiran…so dia tahu kestrugglean seorang wanita. Aku juga sebut2… ni baby kita yg first, abang kena belajar sama2 dgn saya daripada mak saya..cara jaga orang pantang, cara jaga baby..mak saya dah tua, nanti dia dah takde…abang dgn sayalah yg kena jaga sendiri anak2
So macam dah captured dlm memori dia… skrg ni service husband aku jaga anak memang tiptop…dia keje dan sibuk mcm manapun tapi tetap jaga keperluan aku dr pantang sampai aku fit dan sihat…takde lah nak mengharapkan orang lain jaga aku @ biar aku terlentang keseorangan. Sebabnya dia tengok sendiri semua tiga2 anak aku lahir, macam mana aku tengah meraung tahan sakit melahirkan tu. Hahaha. Upss..
Bab kekok jaga anak tu masih ada. Kadang aku jemput juga dia take father-daughter session sehari ke utk bonding time….tapi biasalah taknak. Susah bagi orang laki ni nak keluar seorang2 dgn anak @ anak2 kat tempat awam. Dia lagi rela jaga anak kat rumah…
Ini terjadi bila aku nak dapat anak second…masa ni aku dah bagi pembayang kat suami.disebabkan kita ni tak planning…anak2 pun rapat2..makanya anak first akan tantrum, emosi kurang stabil. So dia as ayah kene alih perhatian sikit supaya takde isu jeles menjelesi sesama adik beradik. Hihihihi….taktik ini
menjadi. Suami aku tumpukan perhatian yg penuh pd anak aku yg first.
Awal2 dulu anak aku memang “gerun” sikit dgn ayahnya nak manja2 tapi disebabkan amanat aku…anak aku dah boleh gurau2 peluk2 dgn ayahnya. Masih nampak kekok tapi better la.. suami aku pun dah pandai gurau2 dgn anak.. lagilah bila dah tiga anak. itu dah cukup buat aku lega dan happy.
It works for me..lain orang lain cara dan lain rezeki. Jgn salahkan aku pulak kalau tak menjadi. Ataupun nak kata tips aku ni tak patut ada pun. Aku ada keperibadian “suami” dan “ayah” kpd anak2 aku yg aku idam2kan sblm kawen lagi. Aku yakin ada jugak orang lain yg sama. Pasangan kita ni bila dah kawen terima je lah seadanya..at the same time boleh cuba lentur supaya fit di mata kita. Kata nak hidup bersama lama kan…hehehe. Marriage is about give and take. So enjoy…
– Nis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit