Lifetime Trauma

Assalamualaikum admin dan para readers sekalian. Andai confession ini disiarkan, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada admin. A bit of warning confession ni agak skema ye aku pun tak tau kenapa haha agak panjang sikit siap pendahuluan dulu bagai. Jangan marah pulak. Dan ia saaaaangaaat panjang sebab ia berbentuk LUAHAN. So at your own risk k.

Sebelum ni aku dah pernah buat confession dekat iiumc berjudul Hipokrit lebih kurang sebulan yang lalu. So kali ni aku nak emphasise berkenaan guru yang ada sedikit aku sentuh dalam confession Hipokrit tu. Aku ingatkan nak tulis confession ni time Hari Guru nanti tapi aku tukar fikiran. Nanti tiba Hari Guru bolehla kot baca balik confession ni hehe.

So berkenaan diri aku, aku seorang yang agak sensitif. Aku mudah terasa dan susah nak lupakan atau maafkan mereka yang menyakiti aku. Disebabkan itu aku jadi suka menyendiri dan buat hal sendiri dan takde kawan rapat ke ape dah sejak ada sejarah ditikam belakang oleh so-called sahabat yang sangat aku percaya.

Bila dah suka menyendiri, aku jadi rapat dan suka jaga hubungan dengan guru2. Cumanya yelah banyak2 guru yang baik, perlu sedar guru2 ni pun manusia, tak sempurna dan kadang2 tak sedar diri mereka banyak kelemahan.

Disclaimer sikit ya BUKAN SEMUA guru macam ni sebab kat sekolah lama aku tu ramai je lagi cikgu2 baik hati ikhlas luar dan dalam. Cuma confession ni aku fokuskan pada yang terkecuali tu.

Baiklah sepertimana tajuk yang aku letak, aku nak share sedikit kisah lama aku disakiti oleh beberapa orang guru sekolah lama aku yang mana masih meninggalkan kesan dalam diri aku ( due to sensitifnya aku). Kalau korang jenis kuat kecam takyahlah baca ye.

1. Guru BM semasa aku darjah 3. Pernah sekali dalam perpustakaan aku dikacau oleh kawan2 aku macam digeletek ke apa main tarik kaki and aku tergelak la jugak. Then cikgu BM aku tu pun datang dan hukum aku keluar dari perpustakaan dan dipaksa masuk kelas orang lain. Aku yang masa tu bodoh and bendul lagi kan darjah 3 pun ikut jela tak sepandai sekarang kalau tak aku pergi je surau ke kantin ke.

Yang aku nak point out is, aku dikacau. Aku terima denda aku memang salah kot gelak tu tapi kenapa aku jer yang kena denda ? Lagi dua ekor kawan aku tu ? Adil ke weh. Aku ingat lagi salah sekor tu jumpa aku lepas aku habis kena denda senyum2 jer depan aku. Aku tak perasan pulak aku boleh let go jer tak kecik hati bila fikir balik ya Allah setannye dia haha.

2. Cikgu Math darjah 6. Soal aku untuk jawab soalan tapi aku tak tau kebetulan aku duduk je cakap tak tau lepastu dia terus tengking aku kuat gila “KAU BANGUN SEKARANG ! “. Aku menggigil2 beb tambah dengan malu lagi last2 aku tetap takleh jawab gak. Korang cakap la aku lembik ke apa bagi aku kesalahan aku tak berdiri and takleh jawab soalan tu tetap tak setimpal kena tengking macam kelas belakang.

Traumanya aku sampai aku mintak tukar sekolah dengan mak ayah aku. Aku rasa macam malu nak jumpa kawan2 sebab seumur hidup tak pernah rasa sehina camtu beb. Aku jujur je cakap dengan mak ayah aku memang taknak dah jumpa cikgu tu. Manja pun manja la. Akhirnya UPSR aku tetap dapat A matematik walaupun tak belajar dengan cikgu entah apa2 kuat menengking tu.

3. Cikgu Seni form 2. Dia merupakan guru penasihat kadet remaja sekolah. Aku pernah mewakili sekolah untuk karnival apa entah untuk kategori sajak. Bertahan sampai peringkat negeri. Apa yang aku nak bagitahu, sewaktu pertandingan peringkat negeri tu, ia berlangsung sampai pukul 7:30 malam tau. Mak aku setia dengan aku dari pagi sampai maghrib tu last2 pengumuman aku tak berjaya.

Aku tetap redha macam mana pun cuma kesian gila weh mak aku dah tua tapi tetap tunggu jugak even part aku dah setel. Tapi yang buat aku sangat3 kecewa bila dapat tahu cikgu Seni CELAKA HARAMJADAH tu bosan menunggu dia seronok2 pergi lepak Mall dengan anak dia masa wakil2 sekolah ni setia menunggu dari pagi ke petang!

Korang rasa bertanggungjawab ke tindakan dia tu? Kalau aku tahu awal2 aku takkan jadi wakil sekolah. Rupa cikgu tu pun senyum2 menganjing tak kisah bila aku bagitahu tak berjaya ke kebangsaan (dia sampai lambat lepas habis pengumuman pemenang).

Untuk pengetahuan korang, aku jadi wakil sekolah sebab cikgu yang sama pernah sindir aku depan orang ramai untuk keluar dari kadet sebab tak aktif langsung wakili kadet walhal ramai je orang lain tak aktif sama.

Siap ada sekali tu mintak tolong aku buat pengumuman sekolah sempat lagi sindir aku kadet remaja tak berfungsi memang sial tak sedar diri. Tapi bila aku cuba menyumbang, langsung tak dihargai. Rasa dikhianati beb. Cikgu ke macam ni ?

4. Cikgu BI form 4. Pernah la dia tanya satu soalan tu pastu aku cuba jawab la berdasarkan apa aku belajar dekat tuisyen tak semena2nya dia melenting weh marah2 aku macam aku kutuk cikgu2 sekolah tak pandai mengajar dan agungkan tuisyen. Aku pun diam la.

Beberapa minit kemudian dia kemukan satu soalan kepada kitorang dan tetiba dengan muka menganjing dia sindir aku “Cikgu tuisyen tak ajar ke Muhd?” dan disambut oleh gelak ketawa satu kelas. Ye memang kelakar bagi dia tapi aku rasa macam manusia paling bodoh hari tu. Hanya sebab share jawapan tuisyen?

Ada lagi beberapa kisah lain lebih kurang dengan ni yang mana cikgu yang sama suka sangat menyindir dan menyakiti hati kami pelajar2nya dan aku pun tak tahu apa dosa aku dengan dia. Bila jawapan salah pun dia sindir jugak aku macam baik takyah jawab.

Banyak lagi aku nak share sebenarnya tapi stop dulu andai confession ni disiarkan aku akan sambung part 2 inshaAllah.

Point utama aku ialah, sesetengah manusia apatah lagi budak hatinya sangat rapuh macam aku. Harini kau lukakan hati dia sampai mati dia ingat. Walaupun mulut cakap dah maafkan tapi hati kata sebaliknya.

Aku percaya besarnya hak seorang guru itu tidaklah sampai dia mempunyai hak untuk menyakiti hati jiwa anak muridnya. Melainkan pelajar itu memang salah, tak apalah nak belasah pun lain pula ceritanya (itu pun kena tenfok darjah beratnya kesalahan pelajar berkenaan).

Sekian. Assalamualaikum.

– Muhd (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *