Untuk part I, (https://iiumc.com/lifetime-trauma/).
Assalamualaikum wbt admin dan para pembaca. Firstly jutaan terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan confession aku yang tak seberapa. Aku sangat2 menghargainya ibarat suara hati aku dapat didengari.
Dalam part 2 ni aku nak jawab sikit beberapa komen aku dapat untuk part 1 haritu dan berkongsi lagi 3 kisah silam aku yang tak berapa cerah. Jadi warning confession ni memang confirm panjang sebab aku nak end it all here. So boleh decide la nak terus baca atau tidak. Bahasa aku guna pun kadang berubah kejap formal kejap tak haha.
Aku nak mohon sejuta ampun dan maaf kerana menggunakan perkataan kasar dan negatif dalam penulisan part 1 aku. Ya ia memang salah dan aku mohon maaf lagi sekali dan ia berpunca dari perasaan marah aku terhadap guru berkenaan. Terima kasih bagi yang minta aku move on aku dah cuba dan inshaAllah akan terus cuba.
Bukan apa, bila aku pergi sekolah nak jumpa cikgu yang baik2, kena jugak hadap yang tak berapa tu. Menjadi pemaaf itu mudah sekali untuk diungkap tapi sukar untuk direalisasikan kerana kekuatan jiwa setiap orang itu berbeza apatah lagi jika kesalahan itu meninggalkan parut yang tidak terlihat dek mata kasar. Doakanlah aku berjaya menjadi pemaaf seperti kalian.
Bagi yang kecam aku negatif, ya memang aku negatif dan confession aku bersifat luahan peribadi aku sendiri. Tambahan pula sudah aku beri amaran di awal penulisan ‘at your own risk’. So faham2 la. Lagipun aku rasa bukan sekali aku bagi warning sebab aku tau memang ada punya yang triggered huhu.
Aku akan sambung dengan perkongsian 3 lagi kisah silam dengan guru aku yang tak berapa baik. So mereka yang positif bak ion Hidrogen H+, sila skip.
1. Cikgu kaunselor cemerlang bertudung labuh. Aku ada bagitau sikit pasal dia dalam confession aku berjudul Hipokrit. So beliau ni hobinya ialah menengking pelajar sesuka hati dan menyebarkan gosip tentang pelajar. Akulah salah satu mangsanya. Memang banyak la ‘kenangan’ dengan dia.
Masa form 1, aku ada masalah so pergi la bilik kaunseling. aku tengah tulis luahan atas kertas untuk bagi dekat sorang lagi cikgu kaunseling lain , cikgu A dalam bilik kuarantin. Silap aku, aku kunci pintu bilik tu aku tak tau takleh kunci dan emosi aku masa tu pun tak stabil. Sekali dia ketuk pintu bergegar weh aku bukak je terus dia maki hamun depan2 muka aku jugak marah aku kunci pastu dia cakap,
“CIKGU A CAKAP AWAK SAKIT KEPALA TAPI TENGOK SIHAT JE SAKIT APANYA!!”. Aku masa tu memang tergamam dan kelu. Macam tu ke seorang cikgu kaunseling layan pelajar ?
Masa form 5, aku demam waktu pagi dan terpaksa berehat di bilik kaunseling untuk baring sebab memang bilik tu berfungsi sebagai bilik rawatan jugak. So cikgu tu sindir aku, “muka tak malu langsung datang tidur dekat bilik ni lain kali demam tak payah lah datang sekolah menyusahkan orang ”.
Padahal lagi dua orang cikgu kaunseling yang normal siap tanya aku okay ke tak tapi aku tak faham apa yang bertudung labuh ni sorang berdendam sangat dengan aku padahal selama ni memang pelajar datang situ pun kalau kurang sihat. Simptom demam tu pun datang lepas aku sampai sekolah kalau tak mananya aku beria nak datang.
Last2 aku cuti esoknya dan lusa aku datang balik, guru penolong kanan tanya aku kenapa banyak tak masuk kelas? Bunyi seakan aku ponteng pula padahal aku tak sihat. Maka terbongkarla perangai beliau yang memburukkan pelajar kat belakang. Sampai sekarang aku takleh brain pangkat cemerlang yang beliau dapat tu.
Days go by and lepas aku dapat keputusan cemerlang pelajar top 10 SPM, tiba2 jer kaunselor tu jadi baik dengan aku. Aku pun layankan jela tapi apa dia buat kat aku , aku tak lupa. Ada la dia tanya nak jadi doktor ke engineer ke sembang2 tetiba dia cakap kalau jadi doktor jadilah yang penyayang sebab ada doktor marah dia sebab tak dengar cakap tak jaga pantang.
Dia kecik hati giler katanya weh walaupun doktor tu tak tinggi suara. “Hati orang tua ni rapuh” dia cakap. Dah yang kau tengking maki hamun anak orang tu tak apa pulak. Aku cakap la doktor tu ibarat cikgu yang marah anak murid sebab sayang tapi dia cakap eh tak samaaa. Engkau jela betul cikgu weh.
2. Ustazah agama form 3. Kawan baik si kaunselor tadi. Pernah dia sindir aku tidur bilik rawatan perempuan yang kes aku demam tu. Aku pun pelik sejak bila lah bilik kaunseling tu letak label untuk pelajar perempuan sahaja. Lagipun ustazah ni jugak suka kecam kesalahan aku dalam kelas walau sekecil mana pun. Buat aku jadi contoh tak elok.
Tapi ada sekali tu aku dapat markah paling tinggi tapi tak dipuji pun. Orang lain dapat markah tinggi? Puji melangit takyah cakap la. Kadang2 aku berpendapat dia kecewa dengan aku sebab aku pelajar harapan sekolah dalam akademik tapi aku pernah merosot sekejap sebab awal2 dia baik dengan aku. Sedih kan.
3. Cikgu geografi form 4 yang tak pernah ajar aku pun sebab aku aliran sains tapi dia ajar budak aliran seni je. Lidah dia tajam weh. Kat facebook tak habis2 ceramah pasal keberkatan ilmu lah jasa guru adab dengan guru bagai tapi adab dengan pelajar sebagai manusia tak jaga pulak. Kawan baik kepada ustazah dan kaunselor tadi.
Masa form 5, aku ada bagi hadiah cawan pada semua cikgu yang mengajar aku so dia tengok lah aku bagi dekat cikgu2 yang ajar aku. Dia pun cakap “patutnya semua cikgu awak bagi hadiah”. Aku cakap ar “saya tak mampu bagi semua” dah hadiah pun pakai duit jugak kan.
Dia balas “suka sangat memilih cikgu kan cikgu2 ni tak pernah pun memilih anak murid”. Sorang lagi cikgu dengar dan gelak “haha padan muka”.
Aku pun macam serius ah? Aku tak rasa aku memilih sebab aku bagi hadiah kepada SEMUA CIKGU YANG PERNAH MENGAJAR AKU DARI FORM 1. So aku diam dan blah je. Rasa menyesal pun ada sebab baik sangat bagi hadiah last2 kena komen macam2 pulak. Anak murid dia bagi tak cukup kot itu yang mengemis sangat tu.
Aku nak tegaskan, perkongsian aku mengenai segelintir cikgu2 ni sekadar luahan peribadai sahaja. In fact ada ramai lagi cikgu baik2 dengan aku dan aku saaayangg sangat mereka macam keluarga aku sendiri. Buktinya , walaupun dah bertahun2 lamanya aku tinggal sekolah tapi diorang masih ingat nama aku sebab aku suka bertegur sapa dan menghormati cikgu2 yang baik2 ni.
Ada tu walaupun tak mengajar tapi selalu bersembang dengan aku dan dengar aku berkongsi apa2. Cikgu2 inilah yang aku bagi jugak hadiah walaupun tak mengajar dan tindakan aku betul mereka sangat2 menghargai hadiah kerdil aku.
Ada tu aku bagi pen merah depan2 aku dia test haha nak tunjuk terima kasih dia pada aku. Tapi cikgu mulut laser joyah kepoci macam cikgu geografi tu , sorry to say la. Huhu.
Tu jelah confession daripada aku. Bagi cikgu yang membaca confession aku ni , jadilah cikgu yang baik. Nak marah, marahlah kalau anak murid salah memang wajar. Tapi kalau anak murid tak buat salah tak kacau kau, takyahla zalimi diorang pulak.
Syukurlah dapat anak murid baik2 sebab ada orang lain dapat anak murid sekolah nakal2 lagi teruk. Selalu orang highlight budak2 kurang ajar dengan cikgu tapi realitinya dekat sekolah2 yang agak baik, ada cikgu2 yang tak reti respect anak murid sebagai manusia.
Terkasar bahasa tersilap kata aku mohon maaf. Sekian wassalam.
– Muhd (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit