Selamat sejahtera dan terima kasih kalau confession ini dipublishkan.
Mungkin ada readers yang kenal tajuk yang digunakan, tapi maaflah kerana ini confessor yang berbeza ya. Cuma tertarik untuk confess kerana saya juga mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan confessor tersebut. Nak kecam, silakan kerana ini hanyalah confession…
Boleh juga baca confession ini,
Untuk part I, (https://iiumc.com/lifetime-trauma/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/lifetime-trauma-ii/).
Straight to the point, saya telah dikurniakan dengan ingatan yang sangat kuat sejak kecil. Bahkan saya mampu menghafal buku yang setebal beratus-ratus muka surat dalam masa beberapa jam/hari pada umur 10 tahun.
Mungkin kedengaran bagus, tapi setiap kelebihan pastinya akan datang dengan kelemahan juga.
Pendeknya, ketika saya pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah melayu, saya telah mengalami culture shock. Ya, culture shock yang sangat hebat. Mengapa?
Kerana itulah pertama kali saya menjejakkan kaki ke sekolah melayu (kindergarten cina/ international). Tapi saya sangat menyesal, sampai sekarang saya sangat menyesal kerana tidak minta saja untuk masuk ke sekolah cina.
Sebabnya, sekolah melayu seolah-olah dipenuhi dengan hierarki halimunan. Tidak nampak, tetapi wujud. Hierarki yang bagaimana?
Walaupun hanyalah budak-budak, tapi layanan cikgu kepada setiap budak-budak berbeza mengikut background dan populariti mereka. Walaupun perkara ini berlaku ketika waktu kecil, kesannya sangat mendalam kerana saya tidak boleh melupakan apa yang telah saya lalui.
Hampir dikatakan sekolah itu hanya dimonopoli oleh budak yang popular sahaja. Kami yang biasa-biasa ini ditolak tepi macam sampah, kalau tak bernasib baik macam saya dapatlah merasa dibuli tanpa sebab. Tapi dalam confession ini, saya akan fokuskan kepada layanan pilih kasih cikgu kepada murid.
1. Soalan
Mesti kalian pernah perasan ada cikgu yang memilih dalam menjawab soalan ini. Kalau boleh, dia nak budak yang pandai, yang popular sahaja yang tanya soalan.
Kami yang tak popular ini, jangankan menjawab pertanyaan, bahkan tak pernah pun mereka datang untuk memberikan bantuan ketika kami bersusah payah untuk memahami subjek mereka.
Nak tanya sendiri? Bukan tak nak tanya, tapi macam mana nak tanya kalau cikgu itu melekat dekat group budak popular dari awal masa sampai habis masa? Pulak kalau budak popular itu jenis membuli, beranikah budak-budak bawahan macam kami untuk datang dan bertanya sendiri?
2. Aktiviti sekolah
Mesti kalian tahu, cara mudah untuk naik jadi budak popular ialah dengan menyertai pertandingan dan aktiviti di sekolah. Tapi, sayangnya peluang ini tidak terbuka kepada orang bawahan macam kami.
Bahkan sebahagian besar dari kami langsung tak tahu tentang aktiviti yang dijalankan sebab cikgu-cikgu tidak maklumkan kepada kami. Mereka lagi suka senyap-senyap bagi peluang kepada budak atasan.
Hasilnya, hanya budak atasan sahaja yang dapat peluang untuk masuk ke aktiviti sekolah walaupun kadangkala mereka tidak layak langsung.
3. Treatment
Kalau budak cantik/kaya/popular buat salah, paling tidak pun, cikgu hanya akan membebel. Tapi kalau kami yang biasa ini, sampai tahap kena tengking dan dimalukan.
Entah apa-apa, kami diperlakukan macam orang yang berdosa besar. Tak layak menjaga maruah diri, dipijak-pijak begitu sahaja seolah-olah kami ini hina sangat. Kalau lagi hina, dapatlah pakej pukulan depan khalayak ramai.
4. Sindir-sindiran
Budak average ni bukanlah budak yang bodoh, tapi adakalanya kami dianggap sedemikian. Contohnya, ada seorang guru disekolah saya dahulu sangat suka menghina dan memukul saya kerana saya tidak pandai matematik.
Ya, memang tidak pandai walaupun telah berusaha. Hafal? Bagilah buku setebal mana pun, saya boleh hafal dan faham. Tapi kalau matematik, ambil masa yang agak lama untuk faham.
Kesannya, akibat perbuatan ‘beliau’ saya jadi mangsa buli kepada budak-budak popular. Sampai sekarang saya masih ada trauma dengan matematik, tengok nombor sahaja mula rasa pening.
Padahal subjek lain saya okay sahaja, (bahkan adalah tidak asing untuk saya skor 98 dalam sejarah atau 80 ke atas dalam biologi).
Saya tak mahu ulaskan apa yang ‘beliau’ buat pada saya, tapi cukuplah saya katakan beliau sangat suka mengambil kesempatan untuk sindir, pukul dan hina saya depan rakan sekelas.
5. Sexual harassment
Yang ini, melibatkan cikgu lelaki. Kalau budak popular memang cikgu tak berani sangat nak openly flirt. Tapi kalau budak bawahan ini, mereka sangat berani. Kerana, bagi budak-budak, kelakarlah kan tengok budak bawahan macam kami kena hina. Kalau budak popular, kecohlah satu sekolah.
Ya, walaupun tidak teruk dan hanya sekadar ‘gurauan’ dimata mereka, saya sangat terkesan dengan flirting cikgu yang DAH KAHWIN tersebut. Walaupun untuk gurauan, perlukah? Saya hanyalah berumur 12 tahun ketika itu.
Bahkan bulian terhadap saya bertambah teruk kerana cikgu itu dikira ‘hot’ dalam sekolah. Bukan rasa terharu yang saya dapat, tapi rasa hina yang amat sangat adalah..
Ada banyak lagi sebenarnya mistreatment yang telah saya lalui, tapi cukuplah sampai sini. Saya tak mahu mengaibkan mereka, the past is the past. Tapi mengapa saya tulis confession ini?
Kerana, akibat daripada perbuatan mereka, saya trauma. Sangat trauma. Bahkan sampai saya hilang sebahagian besar ingatan saya ketika kecil. Ya, budak yang kuat ingatannya, hilang ingatan. Kerana trauma.
Saya tak ingat semua pembulian mereka, tapi saya tahu saya banyak lupa kerana, saya tak boleh nak recall pun sebahagian besar apa yang berlaku semasa umur saya 9-11 tahun. Blink blink, tiba-tiba dah sekolah menengah.
Cuba bayangkan, ingatan saya sangat kuat. Bahkan perbuatan/perbualan dan muka orang yang saya jumpa semasa umur 4 tahun pun saya masih ingat dengan jelas, tapi saya sampai hilang ingatan kerana ini.
Kepada cikgu-cikgu, please be mindful of your action. There might be a lot of kids like me. Open your eyes, the world might not be kind, but they did not need to learn that at such a young age.
– Si Kecil (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit