Lihat Anak Kita

Anak – anugerah terindah kurniaan Tuhan kepada kita manusia.

Sebagai ibu bapa, tipu kalau kita tidak mencuba memberikan yang terbaik buat anak-anak kita. Kita akan sedaya upaya memberikan keselesaan kepada anak sedari dalam perut sehingga dewasa.

Sehinggakan walau anak yang sudah berumah tangga, masih lagi ibu dan ayah melayan anak itu seperti bayi kecil yang perlukan perlindungan dan kasih saying orang tuanya.

Dan sekarang, kita dihimpunankan dengan kisah – kisah pelajar university yang manja, sebulan terkandas di kolej terus tidak keruan. Merindui keluarga nun di kejauhan.

Dan kita, melabelkan mereka sebagai manja, lembik dan tidak mampu survive dalam industri pekerjaan suatu hari nanti.

Tetapi lupakah kita kepada cluster kayangan, yang juga digelar cluster jengkel. Mereka kebanyakkannya sudah berkerja, mempunyai keluarga dan mempunyai pendapatan sendiri.

Bagaimana mereka boleh menjadi manja dan lembik sedangkan mereka mampu survive hidup sendiri di negara orang?

Dan akhirnya, kita berbalik kepada cara mereka dibesarkan.

Suasana mereka dibesarkan menjadikan mereka seorang yang manja dan lembik. Tidak biasa hidup susah, baru alami dugaan yang sedikit, meluru komplen melimpah – limpah.

Kita lihat semula anak kita sendiri. Sedari dalam perut dijaga rapi. Dari segi pemakanan, tempat tinggal dan peralatan menyambut bayi. Tip top, semua yang terbaik kita sediakan.

Bayi yang kecil disediakan katil khas yang empuk, bilik sejuk berhawa dingin, baju yang mahal dan kain berkualiti, takut anak ruam katanya.

Bayi tidak boleh diletakkan di lantai tanpa alas, sekurang – kurangnya mestilah tilam kekabu khas untuk bayi beserta bantal – bantal yang empuk nan cantik walaupun si bayi tidak mampu nak membezakan warna biru atau merah jambu.

Dari segi pemakanan, kita akan sediakan makanan berkhasiat khas untuk bayi. Wajib puree avocado, bubur lembik dari beras perang. Paling kurang mesti beras basmathi.

Bila anak tolak makanan yang disediakan, kita dengan pantas menggoogle resepi baru untuk memuaskan hati si kecil.

Peralatan memasak untuk anak juga dibeli khas dengan harga beratus ringgit. Untuk memudahkan kerja si ibu katanya.

Bila anak membesar, dimasukkan ke tadika swasta. Dibelikan beg yang cantik tidak kira harga. Boleh dibandingkan dengan kawan smuggle siapa lagi menawan.

Pergi ke sekolah dihantar kereta papa, pulang ke rumah disambut kereta mama. Kerja rumah disiapkan bersama.

Adakalanya anak tertidur, ibu bapa menyiapkan kerja sekolah anak, sekali dengan kemas buku untuk keesokkan harinya.

Baju dan kasut memang sudah terang lagi bersuluh ibu bapa yang sediakan. Kasihan pada anak, penat mengantuk sudah kerana seharian belajar, katanya.

Bila rumah black out ditengah malam ketika semuanya tidur. Anak terjaga menangis kepanasan. Nyamuk menghurung kanan dan kiri. Sekeluarga tidak selesa untuk tidur semula.

Si papa yang mithali mencapai kunci kereta, mengajak sekeluarga masuk ke kereta pada pukul 3 pagi. Kerana apa, kerana kereta mempunyai penghawa dingin.

Tingkap ditutup, nyamuk tidak masuk. Tetapi papa tidak boleh tidur lena, kerana menjaga keselamatan keluarga. Terlenalah anak kesayangan di dalam carseat empuk yang disediakan.

Dan sekarang, bila anak kita sudah meningkat remaja, sudah meningkat dewasa, mereka diduga dengan pendamik yang melanda dunia. Bukan hanya di Malaysia, malah ia menggugat kedudukan dan situasi seluruh dunia.

Ramai yang bertahan, tetapi ramai juga yang menangisi apa yang terjadi. Kerana sudah biasa dimanjakan sedari kecil.

Anak, yang ditatang bagai minyak yang penuh, terpaksa menghadapi situasi yang tidak pernah dialami sebelum ini, sendirian tanpa ibu bapa disisi.

Berapa ramai diantara kita yang terpisah dari keluarga di musim pkp ini?

Ibu bapa terpisah dari anak, suami isteri terpisah antara satu sama lain. Berapa ramai yang koyak, dan berapa ramai yang depress?

Sekarang kita lihat anak kita sendiri, mampukah mereka bertahan jika perkara yang sama berulang kembali?

– Saya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *