Selamat petang, saya di sini untuk berkongsi sedikit tentang pengalaman saya iaitu mangsa penceraian. Dipendekkan cerita nama saya C (bukan nama sebenar). Saya mempunyai empat orang adik-beradik iaitu A, B, C, D. A dan B ialah abang saya dan D ialah adik perempuan saya.
Bermulanya kisah pada waktu saya berumur 3 tahun, pada ketika itu abang saya berumur 6 dan 5 tahun, manakala adik perempuan saya belum pun sampai setahun lebih kurang 4-6 bulan rasanya.
Tak terbayangkan apa yang terjadi terhadap diri ini sangat menyedihkan tidak seperti kanak-kanak lain. Detik hitam ini sekelip mata sahaja berlaku tanpa saya mengenal siapa sebenarnya ayah saya. Pada waktu itu tanpa saya sedari ayah dah tiada kat rumah mungkin pada waktu itu usia saya pada waktu itu masih kanak-kanak . hari demi hari sehingga la usia saya mencecah 5 tahun ayah masih tak pulang lagi ke rumah.
Terasa diri kekurangan kasih sayang dari seorang ayah kandung sendiri tapi apakan daya saya tak tahu ayah kemana. Dalam usia ku 5 tahun ibu pula mencari kerja di bandar untuk mencari sesuap nasi untuk kami 4 orang adik beradik, nenek dan atok. Sehingga la umur ku 6 tahun ibu akan pulang ke kampung sebulan sekali. Setiap kali ibu balik kampung akan dapat baju baru dan makanan yang membuatkan kami happy. Ada 1 permintaan saya terhadap ibu sebelum ibu ke bandar buat kali yang terakhir iaitu saya nak ibu belikan saya kek untuk celebrate birthday saya tapi………
Umur saya sudah 7 tahun ibu tak balik lagi. Ohh yaa kami 4 orang adik beradik tinggal dengan nenek dan atok. Nenek dan atok saya dah tua. Abang si A pula tidak ingat dia tinggal dengan siapa masa tu mungkin tinggal sama dengan saudara. Sorry A saya langsung tak ingat abang kat mana masa tu. Maklum la masih kanak-kanak memori tu x brapa clear.
Saya ke sekolah darjah satu seperti kawan-kawan yang lain, duit belanja ke sekolah kadang ada pun 10sen, 20 sen kadang tiada tapi saya tetap bersyukur kerana ada juga kawan ni dia ada duit RM1 dia akan bagi kat saya dia 50 sen dan 50sen lagi untuk dia. Happnya ada kawan macam tu dulu.
Pernah gaduh dengan abang B sebab belanja tak cukup abang B nak ambil duit belanja saya juga. Sampai ke sekolah cikgu Nampak saya nangis cikgu tnya kenapa dan saya bagi tahu yang abang B nak ambil duit belanja saya. Lepas tu cikgu pujuk la saya dana bang B tu, dapat la 3 keping biskut dan sebiji gula2 seorang. Maklum lah lelaki nakal abang B selalu ponteng kelas tak nak masuk kelas.
Pengalaman saya sepanjang ketiadaan ibu dan ayah sangat perit dan tersiksa segala hanger, rotan, batang penyapu, tali pinggang pernah hinggap di tubuh badan ini, biarlah Tuhan sahaja yang menjadi saksi ketika itu. Atok saya sanagt panas baran. Selepas sekolah jika saya bermain dengan rakan jika lewat balik rumah bersedia lah untuk menerima hukuman rotan. Pernah juga saya direjam kayu sehingga terkena dahi kepala saya menyebabkan dahi saya benjol besar dan kebiru-biruan.
Tahun berganti tahun masih tiada khabar ayah dan ibu. Masing-masing lenyap begitu sahaja tanpa khabar berita. Dulu bukan macam sekarang semua hanya ada di hujung jari.
begitu lah rutin harian saya. Usia saya sudah 14 tahun dan saya tinggal asrama pada waktu ini. Tanpa pengetahuan saya abang A ada balik kampung tapi saya tak tahu. Terlepas lagi peluang unutk berjumpa abang A ni. Hidup ini terasa seperti lautan yang sentiasa berombak dan bergolora yang tiada ketenangan dan kebahagiaan.
Uisa ku sudah 15 tahun.. nenek waktu ni dah sangat-sangat tua sudah terpaksa turun ke ladang mencari rezeki dan saya masih bersekolah form 3. Adik C sudah lama berhenti sekolah. Saya sudah cuba paksa sedaya upaya adik C untuk ke sekolah tetapi dia tetap berkeras hati tak nak ke sekolah. Abang B juga tak ambil upsr sama seperi adik C. pada pertengahan tahun nenek sakit dan menghadap Tuhan. Sangat sedih bila menunggu hari pertama hingga hari ketujuh Cuma ada saya, adik angkat, atok dan uncle sahaja. Sepupu sepapat saya ramai tapi semua tak nak dating rumah buruk kami tu. Itu pun setiap jam10 malam uncle saya akan balik rumah dia sendiri. Selepas hari ketujuh saya balik ke asrama seperti biasa. Tinggal lahh adik angkat dan atok di rumah.
Dah lepas hari ketujuh nenek meninggal dunia dengan keajaiban ibu palik ke kampung entah selama ni dia hilang di mana. Tu pun sekejap ja hilang lagi. Hubungan saya dengan ibu dingin ja tidak serapat dengan orang lain. Saya langsung tak biasa lagi dengan ibu. Dah tu umur saya 16 tahun sudah ibu pun dah menetap di kampung waktu tu tapi macam biasa saya buat biasa ja bila saya balik rumah.
Pada September tahun itu terjadinya tragedy oktober yang saya tidak boleh lupakan. Saya boleh maafkan tapi tak boleh lupakan. Waktu tu tak pasal2 ibu marah saya tengking saya 1 kampung pun boleh dengar suara ibu. Nak ajar, nak perbetulkan kesilapan anak bukannya nak tengking sampai sekampung dengar. Saya pun tak tahu di mana salah dan silap saya waktu buruk kami tu. Itu pun setiap jam10 malam uncle saya akan balik rumah dia sendiri. Selepas hari ketujuh saya balik ke asrama seperti biasa. Tinggal lahh adik angkat dan atok di rumah.
Dah lepas hari ketujuh nenek meninggal dunia dengan keajaiban ibu palik ke kampung entah selama ni dia hilang di mana. Tu pun sekejap ja hilang lagi. Hubungan saya dengan ibu dingin ja tidak serapat dengan orang lain. Saya langsung tak biasa lagi dengan ibu. Dah tu umur saya 16 tahun sudah ibu pun dah menetap di kampung waktu tu tapi macam biasa saya buat biasa ja bila saya balik rumah.
Pada September tahun itu terjadinya tragedy oktober yang saya tidak boleh lupakan. Saya boleh maafkan tapi tak boleh lupakan. Waktu tu tak pasal2 ibu marah saya tengking saya 1 kampung pun boleh dengar suara ibu. Nak ajar, nak perbetulkan kesilapan anak bukannya nak tengking sampai sekampung dengar. Saya pun tak tahu di mana salah dan silap saya waktu tu.
Ahad tu saya balik asrama dan hujung minggu tu ibu pesan dengan kawan suruh saya balik rumah, dengan happynya saya balik rumah hujung minggu tu. Sesampainya di rumah tiada siapapun dalam rumah tu. Beg saya letak dalam rumah dan sesudahnya saya ke rumah kawan. Saya sedang bercerita dengan kawan tiba-tiba ibu datang ke arah saya dan mencekik, flying kick, tampar, heret saya seperti binatang. Saya bergelut untuk melepaskan dari gengaman ibu terus lari ke dalam hutan pada jm5-7 petang. Hari semakin gelap dan saya balik ke rumah kawan dan melihat segala kesan lebam biru-biru di leher, tangan dan kesan cakaran. Malam tu saya bertekad tak nak balik rumah sehingga la ahad dan serta kebetulan isnin adalah cuti umum. Terpaksa saya balik asrama pada hari isnin. Selama saya di rumah kawan saya hanya berkurung dalam bilik, saya hanya keluar bila saya ke tandas, makan dan mandi sahaja.
Ohh yaa setelah atok saya meninggal dunia ibu sudah mula menunjukkan kegansan terhadap saya. Pasal ibu tampar, kecik sya tu atok dah meniggal dunia.
Selepas kejadian tersebut saya tak balik rumah lagi. Sya hanya stay di asrama setiap hujung minggu.
Sehingga la saya habis belajar di sekolah menengah. Sekarang dah nak 7 tahun tak balik2 lagi..
Saya sudah lama maafkan ibu..
Mungkin benda ni takkan terjadi jika tiada penceraian.
Saya sedang mencari ayah di mana. Saya nak tengok juga ayah sekarang walaupun ayah tak nak mengaku saya ni anak ayah sekurang-kurangnya saya kenal ayah.
Saya nak juga jumpa abang A. abang A pun saya tak tahu di mana. saya bertekad cari ayah juga disebabkan tragedy oktober tu ibu halau saya keluar rumah untuk cari ayah dan jangan sesekali balik ke kampung ibu that why sampai sekarang says tak balik2 kampung ibu lagi.
Dah la tu tak tahan air mata megalir sambil menaip. Sorry la ayat tak tersusun rapi.
Sekian.
Yang benar,
Mangsa penceraian ibu ayah
– C
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit