Liku-liku Kehidupan

Assalamualaikum.

Btw terima kasih kepada admin kerana sudi post confession yang aku tulis ni. Aku ni dulu di gelar anak yang lembik, mengada-ngada dan manja. Yelah aku memang tak boleh berenggang dengan mama. Kalau mama outstation, akulah manusia paling sedih. Setiap malam menangis rindu mama. Time tu umur aku kecik lagi. Tapi aku dikira teruk jugak lah sebab aku adik bawah aku. Adik aku relax je takda apa.
.
So kalau malam nak tidur, memang kena ada kain batik mama dengan aku. Hahaha punya rindu tahap tak tau nak kata apa. Lagi satu aku ni jenis penakut. Sikit-sikit nak orang teman. Lepastu pemalu tak bertempat. Bayangkan, nak bayar makanan kat kaunter pun aku malu apatah lagi panggil waiter kat kedai makan. Jadi perangai aku ni selalu diejek oleh adik beradik dan sedara mara. Mula-mula aku tak kisah. Sebab kecik lagi. Perasaan kecik hati takda lagi. Tapi bila dah besar sikit, dah ada kesedaran dalam diri.
.
Pastu kalau basuh pinggan mangkuk kat sinki, kalau ada sisa makanan yang kadang tersekat kat laluan air keluar tu kan, aku akan terasa nak muntah. Kononnya aku geli. Bila aku ingat balik perangai lama aku tu, rasa nak carutss je. Aku pun menyampah dengan diri sendiri apatah lagi korang yang baca ni. Sekali nila sambung diploma, benda yang aku gelikan tu lah menjadi rutin pembelajaran harian aku (okay dah boleh try guess lah kos aku kot…)
.
Bila dah habis SPM, aku dapat panggilan masuk PLKN. Mula-mula dapat tau keputusan tu, menangis aku depan laptop. Dia punya sedih sebab dapat tu macam sedih sebab mati laki. Huhuhuhuhuhu…. Lama jugaklah aku duduk depan laptop menangis tanpa buat apa-apa sambil disaksikan oleh sepupu-sepupu aku. Time tu memang aku tak fikir apa. Langsung takda perasaan malu sikit pun. Padahal umur dah 18 tu. Then aku call mama cakap yang aku terpilih join PLKN. Perasaan sedih aku ditambah apabila mama jawab “yeke? Baguslah!”
.
First week kat kem, memang aku tak boleh nak tidur. Tiap malam aku sms kakak cakap aku nak balik. Aku taknak sms mama sebab aku takut dia risau. Tapi tak sangka pulak kakak forward semua sms aku kat mama. Antara ayat yang aku ingat “kakak! Kita nak balik jugak! Ambik kita malam ni! Sekarang! Kita nak mama!!” So tiap malam memang kakak terpaksa layan kerenah aku selama seminggu dengan balas “nak mama masuk jail ke sebab tak benarkan awak join kem?” Mulalah perasaan serba salah aku. Serba salah pun, aku akan cakap benda yang sama je tiap hari. After seminggu, phone pihak kem ambik dan hanya diberi setiap hujung minggu sahaja.
.
Beberapa minggu berlalu, ada jugak perasaan rindu tu. Lagi bertambah rasa nak meroyan bila parents kawan-kawan datang tiap minggu. Dan aku, mama tak pernah datang selama 3 bulan aku kat situ. Sekali je mama datang tu pun sebab aku insist sangat taknak balik kem naik bas. Aku nak mama yang hantar. Jadi setiap minggu aku tumpang mak pak kawan-kawan aku. Sendu jugak lah. Tapi best. Aku dapat makan makanan yang family diorang bawak. Takdelah aku hadap tauhu telur kantin je.
.
Then habis kem, aku dapat sambung belajar. Ni pun antara benda sedih jugak. First sem duduk kampus. Second sem permohonan menduduki kampus aku kena reject sebab aku tak pulang kunci. Okay aku admit tu salah aku. Aku kurang ambik berat hal-hal macam ni. So, aku duduk luar dari sem 2 sampai 3. Buntu weh aku masa first day kuliah bermula. Mana aku nak dapat bas pergi class, bas pukul berapa sampai, sehari berapa kali je. Kadang, kalau ada staff university nampak aku tunggu bas, diorang offer suruh naik sekali. Thank God! Staff semua baik-baik belaka kecuali makcik kerani ofis kampus. Garang! Nasib baik anak ensem. Hehehehehe..
.
Aku pernah tertinggal bas masa nak pergi exam. Bayangkan lah paper aku pukul 2.15 petang. Pukul 2 aku masih kat rumah sewa. Aku bingung! Udah….. acamno ni?? Memang dah menangis dah ni. Aku taknak, repeat paper. So, aku pergi rumah tuan tanah kedaung (tuan rumah sewa) aku pinjam motor dia. Dengan lesen takda. Aku gagahkan jugak. Tapi aku masih di uji dengan tuan tanah kedaung sedang solat. Allahu… orang-orang tua ni lain sikit solat diorang dengan kita-kita yang muda ni. Bacaan solat diorang lebih lama dan diindahkan dengan alunan tarannum dan seangkatan dengannya. Lebih berkat tu!
.
Aku berdoa time tu jugak. Aku doa supaya makcik Nab habis solat cepat sikit. Alhamdulillah, lepas salaam je aku terus approach dia. And! Dia bagi kunci dan mulalah aku merempit ke exam hall. Dengan tudung senget benget. Aku kisah apa. Yang aku kisahkan, asalkan semua formula yang aku hafal semuanya tak hilang dek tiupan angin tadi. Masuk sem 4 aku try apply kampus dan Alhamdulillah dapat. Maka, dapatlah aku merasa balik “hostel life” yang dapat aku kecapi 6 bulan pertama haritu. Huhuhuhuhuhu…
.
So, kesimpulannya aku nak cakap yang pengalaman banyak mematangkan aku. Aku dari seorang yang manja, penggeli dan mengada-ngada berubah 360 darjah. Aku dah lebih independent. Aku dapat selesaikan masalah aku sendiri. Aku pandai handle diri aku bila ada kesusahan. Sepanjang aku study masa diploma, aku banyak berperang dengan diri aku. Aku cuba nak ubah diri. Aku taknak dicop sebagai gadis yang manja dan suka bergantung harap pada orang lain. Dan Alhamdulillah, perlahan-lahan aku berubah dan masih dalam proses memperbaiki diri sendiri. Doakan aku supaya terus istiqomah!

“You will never change your life until you change something you do daily. The secret of your success is found in your daily routine” – John C.Maxwell

– Laudya Raline Cynthia Shah Bella Fedi Rahadian

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit