Saya Linda. Lama ingin saya menulis tetapi sering tertangguh. Manusia ni penuh dengan kekurangan, tapi skop saya ialah suami yang memimpin rumah tangga dan berkuasa diatas isteri.
Ramai wanita yang memilih lelaki yang solat dan beriman. Entahlah, saya kurang bersetuju.
Saya juga bersolat adakah saya baik? Saya yakin tidak. Macam mana kalau lelaki tersebut hanya bepura-pura? Macamana kalau solat seseorang itu tidak betul?
Kalau beriman, adakah pasangan (wanita) layak untuk menilai keimanan pasangan (lelaki)? Bukankan keimanan itu suatu perkara subjektif?
Kalau begitu, mestilah tiada istilah penunggang agama. Saya pernah mengenali lelaki yang tidak pernah tinggal solat dari muda tetapi dia pukul isteri dia.
Ya, agama itu terpenting, tetapi cara penilaian itu perlu betul. Selain itu, perkara lain perlu dititikberatkan. Jangan kerana asalkan ada pasangan, sudah cukup.
Wanita perlukan pasangan dan perlu bahagia. Wanita yang nak berkahwin atau sudah berkahwin selalu denial tentang bakal pasangan dia.
Sebagai contoh, bila lelaki pukul, perempuan akan cakap dia pukul aku tapi dia sayang aku. Kalau lelaki itu curang, dia curang sebab aku yang salah. Dia memang suka pukul tetapi dia solat atau aku yakin dia akan berubah suatu hari nanti.
Kalau dah berkahwin, isteri akan cakap demi anak- anak. Aku tak pasti kenapa perempuan begitu. Aku nak ceritakan beberapa situasi yang mengambarkan keperluan untuk wanita menilai sikap dan tahap psychology lelaki berdasarkan cerita betul.
Situasi 1
Suami 1 kawal isteri dia dengan menakut-nakutkan isteri dia dengan menimbulkan perasaan isteri tidak akan dapat hidup tanpa suami.
Contohnya lelaki ini berpendapatan 4 k dan sudah berpencen, tiada komitmen kerana anak sudah besar. Manakala isteri berpendapatan RM 1 k tetapi perlu berkerja yang melibatkan pengunaan tenaga yang dan dan isteri ini sudah berusia.
Jadi, kenapa isteri berkerja? Kerana takut dihalau kerana tidak membantu ekonomi rumahtangga. Suami tetap menyuruh isteri membeli beberapa barang dapur yang berharga beberapa ratus.
Beberapa ratus mungkin kecil bagi suami tetapi bukan isteri yang berpendapatan kecil tambahan pula kerja isteri memerlukan kudrat yang banyak disamping isteri semakin dimamah usia. Logiknya, tak ada perasaan kesian suami terhadap isteri. TIADA PERASAAN KESIAN.
Isteri sekadar menjadi ENABLER untuk lelaki sebagai sumber kewangan, ada yang menguruskan makan, minum, rumah dan pakaian. Apa yang penting ialah memenuhi keperluan suami.
Perkara ini berlarutan selama lebih dari 23 tahun. Mungkin lelaki ini ada narcissistic, saya tak pasti sebab bukan bidang saya.
Situasi 2
Pernah perempuan dipukul kerana memakai berpenampilan menarik dan ikutkan kekasih dia juga handsome. Entah kenapa lelaki ni cemburu buta.
Sepanjang percintaan, banyak perkara berlaku seperti bertengkar, maki-hamun, dan pukul-memukul. Putus hubungan merupakan perkara biasa.
Namun, apabila perempuan itu putus dengan lelaki, nanti akan bercinta balik kerana pujukan lelaki tersebut atau kawan saya kesunyian.
Setelah beberapa lama kawan saya cakap, lelaki tersebut banyak berubah tidak pemarah seperti sebelumnya. Perempuan tu pun happy kekasih dia berubah.
Ini adalah penipuan yang sering berlaku dalam percintaan. Sangat susah lelaki nak berubah kalau itu sikap hakiki dia. Perempuan juga menipu diri dia sendiri dengan menganggap lelaki tersebut telah berubah.
Apa yang terjadi seterusnya, mereka belum berkahwin tetapi saya tahu mereka tiada arah dalam hubungan kerana lelaki tersebut lebih fokus kepada cemburu dari menstabilkan kewangan untuk membina sebuah perkahwinan.
Situasi 3
Semasa bercinta, isteri mengajak bakal suami (sekarang suami) ke arah kebaikkan seperti solat dan mengaji. Ini perkara yang salah untuk dilakukan. Manusia tidak akan berubah kearah kebaikan sekiranya diri sendiri tidak berubah.
Bagi saya, perkara ini sekadar untuk menyedapkan hati bahawa kekasih hatinya adalah pilihan yang tetap dan bersedia kearah perkahwinan.
Mungkin, suami tersebut tahu wanita ini ingin suami yang beriman, maka dia mungkin berpura-pura berubah. Apabila berkahwin, warna sebenar pun keluar.
Saya tak pasti dia dipukul atau tidak tetapi saya pasti dia mengalami penderaan mental oleh suami dia.
Antara penderaan mentalnya, dia tidak boleh berkerja kerana suami dia terlalu cemburu. Cemburu yang bagi orang lain seperti direka-reka tetapi saya rasa suami dia memang ada perasaan itu.
Mungkin suami dia ada mental disorder atau suami dia pernah dicurangi sebelum ini atau keluarga lelaki ni pernah terlibat dalam isu kecurangan seperti ni hingga terbawa-bawa ke alam rumah tangga.
Bila berbalik kepada tidak bekerja, saya merasakan suami dia memang tak nak isteri untuk memiliki pendapatan sendiri kerana lebih mudah untuk dikawal.
Bila orang tidak berduit, dia akan mudah dicengkam. Sekian lama, pendapatan bergantung kepada 1 sumber, sudah tentu hidup mereka susah, susah seperti tiada makanan di rumah pada hujung bulan.
Akhir kata, wanita perlu bijak memilih pasangan. Boleh untuk berpasangan tetapi pilih yang betul. Sekali terikat dengan perkahwinan, terlalu sukar untuk keluar dari ikatan tersebut. Jadi, wanita diluar sana perlu berhati-hati dengan jenis-jenis lelaki.
Wanita secara lahiriah memang bersikap baik, penyayang, lembut tetapi berbeza dengan lelaki.
Jadi, wanita kena tahu cara untuk mempertahankan diri sendiri, berilmu, kuat dan mempunyai daya juang yang tinggi. Saya doakan semua para isteri bahagia dan doakan saya kebahagian saya.
– Linda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit