Assalamualaikum. Selamat sejahtera pada semua pembaca. Aku cuma nak berkongsi pengalaman aku berpraktikal di sebuah organisasi. Aku ni pun sedang menghitung hari je nak habis praktikal sini.
Pertama sekali, sekiranya kau membuat keputusan untuk melakukan latihan amali di sesuatu organisasi itu, aku sarankan agar anda semua selidik terlebih dahulu bagaimana persekitaran di tempat itu, suasananya, sosialnya bagaimana. Macam tempat aku dan sahabat aku ni, Alhamdulillah dari segi sosial, persekitaran apa semua memang baik, memuaskan dan selesa bagi kami. Kalau boleh, dapatkan sekali maklumat individu yang bakal jadi penyelia kau di tempat tersebut, kalau bolehlah. Sebab apa perlu? Sebab senang kau boleh agak kau akan berhadapan manusia jenis macam mana di tempat kau praktikal. Berpangkat Dato ke, ada anak raja ke, golongan elit ke, masyarakat luar bandar ke.
Macam yang aku kata tadi, di tempat aku dan sahabat aku praktikal ini suasana okay je. Cumanya…haa yang ni aku nak cerita. Berkaitan penyelia kami sendiri. Kami sebagai pelajar diminta menjalankan beberapa perkara di tempat praktikal sebagai syarat lulus latihan amali. Mungkin ini salah kami juga tak selidik terlebih dahulu, sebab rupanya program-program telah diatur oleh pihak pentadbiran, jadinya kami ni tak dapatlah nak adakan aktiviti atau sebarang program kami. Makanya dah timbul masalah kat situ. Penyelia kami ini pula, aku puji, dia bagus buat kerja. Dia ketua unit. So aku dan sahabat aku ini fi bawah seliaan dia, berada dalam unit yang sama dengan penyelia kami. Yang aku dan kawan aku ni tak berapa gemar, bila dia buat program ke apa ke, sebarang aktiviti, dia tak pernah nak ajak kami supaya turut serta. Kami bukan nak jadi peserta pun, beri kami tugas sebagai urusetia ke, AJK ke, pun okaylah. Kadang-kadang jealous juga tengok rakan-rakan lain punyalah happy praktikal program sana program sini dengan penyelia mereka, kami banyak mereput kat office je.
Bukan kami tak jelaskan syarat-syarat lulus praktikal tu, dah jelaskan pun. Penyelia aku ni pun aku perhatikan jenis berpuak-puak juga. Mulanya dari pandangan mata aku sendiri, aku tengok dia nk kalau buat apa-apa ke memang ada geng dia sendiri. Dengan staf lain bercakap pun tidak. Ada juga staf lain yang cerita rupanya dia ni jenis itu ini, aku taknak ceritalah, penat taip. Serius aku malu sebenarnya dengan staf-staf kat tempat ni. Kadang-kadang ada yang tanya tentang tugasan, apa yang kami buat, aku sengih macam kerang busuk je la yang mampu. Dah tu seharian aku duduk kat office buka laptop layan youtube, layan media sosial, tiada apa pun sebenarnya yang aku boleh bangga dengan pencapaian aku kat tempat praktikal ni.
Ada masa aku rasa macam, baik tak payah ambil student buat latihan amali la kalau kau layan acuh tak acuh. Dengan buat program tak libatkan ahli unit. Aku tahu penyelia aku ni ada juga mengata aku dengan sahabat aku ni kat staf lain, kononnya yang duduk sini berapa bulan takde hasil. Hahaha. Tengoklah penyelia macam mana. Bercampur orang lain pun taknak. Buat apa benda sorang-sorang, dapat kredit sorang-sorang konon hasil kerja dia. Rasa menyesal pun ada datang praktikal sini. Konon nak merasa suasana baru, tapi hampeh.
Sekarang ni harapan aku penyelia aku ni bagi markah yang bagus la untuk aku. Aku tiada peluang nak tunjukkan kebolehan aku, cara kerja aku, terima kasih kat penyelia yang pandai ambil pelatih tapi tak pandai gilap. Nasib baik aku boleh masuk dengan staf-staf bahagian lain. Kadang-kadang tu saja aku offer diri tolong bahagian unit lain sebab takde kerja sangat. Ada manusia yang suka takde kerja, tapi aku bukanlah macam tu. Ini pengalaman kut, nak bawa ke alam pekerjaan.
Aku harap kalau ada yang bakal jadi penyelia budak praktikal, kau layanlah mereka macam pekerja, jangan buat mereka macam takde nilai tau tak? Bagi kerja, itu akan buatkan mereka rasa diri mereka dihargai, self-esteem meningkat, berkeyakinan. Bantulah anak-anak pelajar ini dengan ikhlas..okay? Sekian terima kasih.
– Miego
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit