Liku-liku Seorang Graduan PhD Luar Negara

Mungkin entri ni sedikit panjang, sebab aku nak luahkan segalanya. Aku adalah bekas pelajar bachelor’s degree UiTM Shah Alam. Result aku tak gempak mana pun, hanya second class upper. Tapi aku minat nak sambung belajar lagi di peringkat master’s degree. Dah nak dekat tamat bachelor’s degree, aku cuba ambil ujian psikometri MARA untuk education loan di peringkat PhD di luar negara walaupun tak ada master’s degree, tu pun atas nasihat kawan. Masa tu tak ada interview. Aku rasa bertuah sangat. Tapi aku tak rasa aku akan dapat loan tu. Jadi, aku pun mulakan pencarian kerja dan tinjau master’s degree dalam negara.

Susahnya nak buat master’s degree dalam negara! Aku tak nak ambil PTPTN lagi. MyBrain pula just cover tuition fee. Kalau nak hidup, kena jadi lab instructor. Itu pun nasib tak tentu. Bayaran ciput. MyBrain pula masuk lambat. Jadi, gaji lab instructor kena guna untuk bayar yuran dulu. Tapi nak makan and bayar sewa rumah guna duit apa? Info ni pun dapat setelah interview budak Master’s and PhD dekat UiTM. Orang kata, kalau nak tau seronoknya terbang, tanyalah helang. Dalam pada memikirkan hal master’s degree dalam negara, keputusan MARA pun keluar. Unsurprisingly, aku tak berjaya. Tapi aku buat juga rayuan tapi kali ni, aku mohon untuk buat master’s degree luar negara. Aku pun buat solat istikharah. Dalam solat, aku tanya dalam hati banyak kali, master’s degree dalam Malaysia atau kerja. Seusai bagi salam, niat untuk sambung master’s degree dalam negara dalam hati aku terus lenyap sama sekali. Aku rasa okaylah kalau macam tu.

Kalau tu lah jawapan dari tuhan. Aku start fokus cari kerja tanpa fikirkan pasal nak buat master dalam negara lagi dah. Lepas dah interview kerja di banyak tempat tapi tak dapat, keputusan rayuan MARA pun keluar. Aku dapat sambung PhD dekat luar negaraa!!! Family aku punyalah happy. Yelah. Anak pertama dalam keluarga dapat ke luar negara dan sambung peringkat tertinggi ijazah. Tapi sorang yang tak happy aku bakal pergi jauh dan lama pula tu. Nenek aku. Dia dah tua. Aku pula cucu kesayangan dia. Aku pun sayang dia. Dia suruh aku buat setahun je instead of empat tahun. Tapi aku cakap, ni lah satu-satunya peluang. Aku sedih juga nak tinggalkan dia. Dia dah tua. Kalau jadi apa-apa, bukannya mudah nak jumpa. Tapi, kami berserah.

Sampai dekat sana, best gila!! Pemandangan cantik, orangnya lebih mendahulukan orang lain daripada diri sendiri, sistem pengangkutan semua tiptop, rasa selamat, macam-macam lagi. Aku pun belajarlah. Tapi of courselah tak semuanya indah. Supervisor hampir tak nak bagi lepas sambung PhD selepas setahun lah sebab data tak cukup (aku kerja kuat lepas tu untuk dapatkan data), budak sana anggap aku paling bodoh dalam team lah (verbal assault okay. Tapi aku memang quite rapat dengan dia. Macam tak kesah sangat. Tapi makin lama makin melampau sampaikan aku depress. Warning dekat dia pun dia tak makan saman. Untuk basmi depression aku time tu, aku tinggalkan mereka walaupun dia kawan baik aku), dan macam-macam lagi. Tapi akhirnya, aku berjaya dapatkan PhD. Yaaaay!!!

Sesampai aje Malaysia, akak kastam cakap nama aku kena blacklist sebab tak bayar PTPTN. Hah? Blacklist? Aku cakaplah aku dah buat penangguhan. Rupanya, kena bayar balik jugak walaupun penangguhan diluluskan. Sebab penangguhan hanya menangguhkan yuran mentadbir hutang. So, okay nama aku dah kena blacklist. Balik aje Malaysia. Aku confident, insyaAllah aku akan dapat kerja dekat uni dalam Malaysia dengan senang sebab lulusan luar negara. Aku silap. Nope. Setiap application aku ditolak atau tak dibalas emel (tolonglah balas emel walaupun result negatif supaya tak aniaya orang). Sebab apa? Fine, sebab aku tak ada publications masa PhD. Ya, uni aku tak jadikan itu sebagai requirement untuk lulus PhD. Manakala untuk jadi lecturer, mereka nak paling kurang pun 3 publications.

And korang tau berapa banyak publication yang uni di Malaysia setkan untuk push budak PhD dan Masters mereka kalau nak dapatkan ijazah? Lebih dari 2 papers. Ada uni yang minta lebih. So, macam mana aku nak compete kalau macam tu? Mungkin juga sebab bidang aku dah ada dekat Malaysia. Okay tak apa. Pasal paper tu, aku cuba kawtim dengan kawan and supervisor. Sekarang ni aku dah ada beberapa published papers dalam jurnal berimpak tinggi. Alhamdulillah. So sekarang ni, tak boleh dalam negara, kita try luar negara. Tapi untuk apply luar negara, tak boleh lah minta jawatan lecturer, kena minta jawatan postdoctoral researcher. Maksudnya, you guys kerja dengan uni untuk buat research tapi you guys dah ada PhD. Aku apply banyak negara yang ada bidang yang aku pernah buat masa PhD. Tapi aku masih lagi apply dalam negara jugak. Yelah, cuba selagi boleh kan.

At the same time, aku cuba apply kementerian lalu SPA. Tak ada panggilan dan tak banyak jawatan yang nak PhD holders. So, aku pun apply jawatan guna bachelor’s degree. Tu pun ada lagi yang kata graduan memilih kerja!! Hahahaha. Tapi macam biasalah, tak ada reply. Tetiba, YB Syed Saddiq post dekat Facebook dia, dia suruh hantar resume dekat dia. Aku pun tulis cover letter and CV, aku bagi dia. Aku cakap aku nak tolong kerajaan untuk naikkan belia since aku pun belia and aku tak tau sangat pasal sukan. Aku nak hak belia dijaga dan banyakkan peluang untuk membantu belia. Tapi application tak dibalas. Finelah. Time tengah cari email dia, aku jumpa nombor mobile phone Syed Saddiq, tapi aku takut pula nak bagi dia mesej. Gambar profile Whatsapp dia berubah-ubah ikut musim. Memang gambar Syed Saddiq. Ada sekali, ternampak dia online. Sah lah kot tu nombor dia. Dapat nombor tu pula daripada laman web Parlimen. Sekarang nombor tu dah ditukar kepada nombor telefon pejabat. So, korang tak payah lah nak cari. Tapi, aku takut nak mesej dia pasal job application aku atau nak minta tolong. So, aku simpan dulu nombor tu.

Aku apply kerja dekat industries. Aku apply kerja guna PhD. Sebab aku tak tau apa nak bagitau potential employer kenapa ada lompong 4 tahun lepas habis bachelor’s degree. Ada kawan suruh aku tipu cakap aku tolong mak bapak lah apa lah. Tapi aku tak nak menipu. So, aku guna PhD. Tapi aku letak gaji ceiling yang iklan tu letak. Kalau RM 4000, aku letaklah RM4000. Kalau RM3000 pun, aku letak harga tu. Itu pun ada yang cakap graduan memilih kerja! Hahahaha. Aku ada dapat panggilan interview dekat sebuah kilang dekat Shah Alam. Dia cakap walaupun aku ada PhD, tapi dia hanya akan bayar RM3500 aje sebab dia terpaksa train balik untuk guna instrumen dia apa semua. Aku macam okaylah kalau gitu. Tapi bila pepikir balik, hutang aku dengan MARA untuk buat PhD, RM144,000. Ya. RM144,000!!! Dah boleh buat downpayment beli rumah atau beli kereta terus.

Hutang PTPTN untuk bachelor’s degree dengan diploma dalam RM35,000. Guys, aku tak suruh government hapuskan hutang (tapi kalau nak hapuskan, aku akan sujud syukur) and aku tak cakap aku tak nak bayar hutang. Aku just cerita pasal hutang aku ada berapa je. Aku dah ada gaji nanti, aku bayarlah. So guys, dengan hutang aku, dengan minyak kereta (kereta pinjam mak aku dulu, rumah pula duduk dekat rumah akak dekat Klang), dengan makan and minum bebulan, nak support family financially, duit topup, lepas tu dengan job scope dia, kena kerja 2 kali Sabtu, aku rasa aku akan barely boleh survive. So, aku pun tolak offer tu lepas bincang dengan family aku.

Tup tup, offer daripada negara luar datang!! Alhamdulillah. Rezeki. Of course aku terima. Gaji aku lepas aku convert, dalam RM16000 sebulan. Banyak gila kot boleh simpan. Boleh bayar hutang. Boleh tolong parents. Boleh belajar banyak instrumen and teknik daripada orang sana. Boleh happy tengok life orang sana. So, of courselah aku terima. Tapi nama aku kan dah kena blacklist, so macam mana?
Nasib baik kerajaan baru dah whitelistkan balik nama lepas diorang menang. So, aku boleh fly ke luar negara. Family aku banyak support aku. So, diorang bagi pinjam duit and bagi guna credit card untuk beli flight ticket, rumah, visa, makan minum, etc. Yup, uni tu tak provide semua tu. Tapi dengan gaji RM16000, aku rasa aku bokeh bayar balik. Betul tak? Betullah.

Bila dah sampai sana. Barulah aku tau macam mana teruknya sistem sana. Orang sana amalkan sistem capitalism yang maha dahsyat. Selagi boleh perah poket orang, dia akan perah. Segala benda dia nak charge. Segala benda perlu duit. Insurans wajib beli. Sebab kalau tak, medical treatment mahal gila. Kalau tak silap, Malaysia pun nak hapuskan subsidi kesihatan and paksa rakyat beli insurans heh? Kalau betul jadi, maka, sengsara lah juga. In terms of tempat kerja pula, professor aku suruh kerja setiap hari setiap minggu!! Sabtu dan Ahad. Sebab diorang pun kerja juga. Tapi kerja professor of courselah tak penat sangat sebab buat documentation je. Kelas and student diorang pun sikit. Kita yang buat experiment apa semua lah yang penat. Datang pulak pukul 8 am and balik lambat. At least kalau ada flexible masa, ada lah jugak rasa nak rehat and tenang. Untuk pengetahuan, sepatutnya masa flexible. Kau boleh datang pukul berapa kau nak datang. Kalau rasa nak buat kerja dekat rumah, buatlah. Sabtu Ahad nak datang, ikut suka. Bergantung kepada kerja lah kan. Tapi ni tak. Siap ada satu kali tu supervisor aku datang meja aku jengah tengok samada aku datang ke tak buat kerja ke tak, pada pukul 4 petang hari Sabtu!!

Nasib baik aku tak balik awal. Kenapa kau tak letak cctv je dekat depan muka aku? Bukan tu aje, tiap kali aku present, sebab kitaorang ada progress meeting setiap minggu, aku mesti kena bash. Teringat balik masa buat PhD, kena ejek dengan bebudak ni yang aku bodoh. So, macam memang terbuktilah kot aku bodoh. Orang bodoh yang ada PhD (P/s: aku tak beli sijil. Disclaimer: bukan nak perli samada yang hidup atau yang dah mati). Aku memang ada PhD tapi may be pengalaman aku and pengetahuan aku tak sampai lagi tahap mereka. Mereka lebih tekan kan bab fundamental walhal PhD aku hanya buat surface aje sebab aku buat dua bidang. Supervisor aku pula tekan aku gila-gila. Suruh baca scientific paper je pun, tanya aku sampai ke lubang cacing.

Tak ada kena-mengena dengan projek pun dia nak tau juga. At the same time suruh buat experiment, kena pergi kelas, ada seminar, and progress meeting. Aku pulak kena angkut laptop aku ke lab setiap hari dari rumah ulang alik naik bas. Berat tau tak? Budak lab pulak tak membantu. Nak tak nak aje ajar. Memasing pun sibuk. Tapi aku ni cepat belajar. Kau ajar sekali, aku boleh buat sendiri. Masalahnya, dia ajar separuh jalan, lepas tu suruh aku figure out sendiri. Dengan aku tak tau apa, di mana, kenapa, macam mana. Aku push untuk ajar aku, pun dapat layanan sama. Korang boleh kata, be independent lah. Hey, kalau tisu pun tak tau diorang sorok mana. Nak buat macam mana. And memacam lagi benda lain yang tambah tekanan. Aku depress. Serious tak tipu. Aku rasa useless, bodoh, worthless. Aku jumpa dengan pakar terapi.

Lepas aku ceritakan setiap benda tanpa tokok tambah, dia setuju yang tempat kerja aku ni toxic and suggest aku rawat depression aku dengan cara buat sesuatu yang aku suka ataupun berhenti. Sebab tak guna kalau nak teruskan tapi aku rasa macam lagi best kalau aku jadi orang mati atau kucing belaan orang yang baik dan comel. Tapi aku push diri aku. Family and kawan aku bagi aku support. Mak aku ada lah juga cakap kalau dah tak tahan, balik lah Malaysia. Aku terharu. Aku tak nak mengalah. Baru sikit kot. Come on, I can do this. Aku dah pernah lalui depression masa PhD kan. Aku mesti mampu push diri aku dekat sini! Aku cuba teruskan

Tak! Aku tak mampu! Aku dah tak mampu nak tahan. Pressure dia terlampau besar. Kesihatan mental dan fizikal aku terjejas. Aku call mak aku depan surau cerita pasal pressure yang aku hadapi. Tak semena-mena, air mata keluar. Ramai orang yang lalu-lalang pelik. Dah kenapa budak ni nangis. Ada orang dalam surau siap keluar bawak tisu untuk aku. Lepas sebulan setengah, aku angkat bendera putih dan angkat kaki. Inilah first time aku mengalah dalam hidup aku. Ada jugak mengalah sebelum ni tapi ini lah pertama kali mengalah menyahut cabaran besar dalam hidup aku. Kini, aku kembali ke Malaysia.

Ingat lagi yang aku takut nak mesej dengan Syed Saddiq? Aku mesej dia. Hahaha. Tapi tak dibalas. Hentah tengok hentah tak.

Aku emel pulak dengan YB Yeo Bee Yin. Aku minta dia tolong dapatkan kerja sebab aku nak bayar hutang. Sekarang, selain daripada hutang MARA and PTPTN, aku ada hutang dengan family aku and credit card. Allah Allah. Aku siap cakap, kalau dia balas, walaupun dia tak nak tolong, aku bersyukur, sebab at least aku tau dia tengok and baca surat aku. Dia balas. Well, bukan dia balas, budak dia!! Tapi yaay at least dia baca!! Tapi dia cakap dia tak boleh tolong. Dia suruh lalu SPA jugak. Aku tetap happy sebab dia ada juga balas emel aku. Ada sesetengah orang kan tak balas langsung emel. And it is fairlah sebab aku kena lah lalu SPA. Betullah cakap dia. Tapi masalahnya SPA pun tak ada panggilan. Tak apa. Kita cuba lagi.

So, ni aje yang aku nak cakap. Apa yang korang boleh ambil iktibar daripada cerita aku? Kalau nak belajar, tolong dapatkan biasiswa. Jangan lah ambil loan kalau boleh. Kalau loan tu loan boleh ubah, belajarlah bebetul untuk ubah dia jadi biasiswa supaya korang tak ada bebanan hutang and nama tak diblacklist dalam CCRIS.

Kalau korang dapat penangguhan bayar balik PTPTN, bayar juga PTPTN.

Kalau korang dibiaya oleh uni untuk sambung belajar pun okay, at least, lepas keluar nanti korang dah ada kerja. Tak kiralah korang bagus ke tak. Diorang memang kena hadap muka korang sebab dah ada dalam kontrak.

Kalau korang nak sambung PhD or masters, pastikan bidang yang korang ambil tu memang in demand. Kalau nak masuk uni, pastikan korang ambil bidang yang niche yang Malaysia nak pakai bidang tu tapi tak ada orang yang ambil bidang tu.

Kalau buat masters and PhD, publish lah banyak paper. Aim 100 paper kalau boleh. Lagi banyak, lagi bagus.

Kalau boleh, time buat masters and PhD tu, jadilah tutor or demonstrator supaya ada pengalaman mengajar.

Fikirlah dua tiga kali kalau nak buat masters and PhD. Fikir masak-masak. Buat research. Tengok return of investment. Tengok berbaloi ke tak.

Janganlah ingat belajar or kerja luar negara tu best. Tapi sememangnya pengalaman dekat sana sangat berharga. Banyak benda boleh belajar termasuklah gaya pemikiran and mentaliti mereka.

Jangan riak, sombong, and takabbur walaupun sebesar zarah. Sebab kau tak tau Allah akan hantar kau dekat mana untuk ajar kau. Nauzubillahlah.

Kau orang boleh agree or disagree dengan aku. Aku hanya kongsi cerita aku. Ingat, daya tahan seseorang berbeza-beza. Kalau korang kuat, tahniah. Kalau korang lemah, jangan gusar. Okaylah dah panjang sangat ni. Assalamualaikum.

– Buntu

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *