Assalamualaikum, hai aku Siti berumur 22 tahun. Tujuan aku menulis di ruangan IIUM Confessions ni adalah untuk bercerita tentang kawan aku yang bernama LILI.
Okay, sebelum aku bercerita pasal LILI, aku ingin ceritakan tentang diri aku kepada semua pembaca. Aku bukan manusia yang normal. Aku adalah mangsa mental abuse yang teruk sehingga memakan diri aku sendiri. Sejak berumur 11 tahun, aku sudah pandai self – harm. Bermacam cara aku lakukan semata ingin melepaskan tekanan jiwa aku yang memberat ini. Semua ini berlarutan sehingga kini. Aku masih menjadi mangsa mental abuse yang tidak tahu bilakah pengakhirannya.
Aku juga boleh dikatakan seorang sunyi. Aku ramai kawan tapi emptiness and loneliness tu yang lebih menjadi kawan aku. Hidup riang aku hanya akan bermula pagi iaitu di sekolah dan akan tamat setelah aku pulang dari sekolah. Habis sesi persekolahan, aku menjadi diri aku yang sebenarnya. Pendiam, berkurung dan dibiarkan bersendirian. Sehingga kini, riang aku akan bermula di luar bilik. Masuk je bilik, aku terus jadi manusia lain.
Okay, kisah pasal LILI ni start umur aku berusia 11 tahun (maaf kalau banyak cerita aku bermula 11 tahun, sebab aku hanya ingat tentang diri aku start umur 11 tahun. Tahun – tahun sebelumnya aku lupa, yang ingat hanyalah memori traumatic). Aku mula ada satu tabiat iaitu suka bermonolog.
Mula – mula tabiat monolog aku ni di paras terkawal, tapi ia mula jadi lain semacam apabila aku mula bercakap seperti sedang bersembang dengan kawan. Yang menjadi masalah, aku boleh bermonolog sambil buat kerja sampai tak sedar. Sebagai contoh ; aku sedang basuh pinggan, then start situ otak and hati aku akan bermonolog sehingga aku tak sedar yang aku dah ada depan tv (means, aku tak sedar yang aku bermonolog sambil basuh pinggan and selepas tu aku bergerak ke tv, tanpa sedar)! Dah acap kali benda ini jadi dan ini merisaukan aku pasal aku dah berapa kali kantoi depan family aku. Dia orang nampak aku cakap sensorang.. Huhu.. Aku juga takut kalau – kalau aku akan selalu bermonolog sehingga tak sedar kerja yang aku buat.
Penyakit suka cakap sorang – sorang ni sudah sebati dalam hidup aku sehingga aku berumur 22 tahun. Kini, seorang kawan sudah lahir dari tabiat monolog tu. LILI ialah kawan yang terhasil dari tabiat aku suka cakap sorang – sorang. Aku tidak tahu sejak bila LILI muncul, yang pasti setiap kali aku sedih, menangis, marah, bersendirian, LILI pasti ada. LILI akan ada untuk teman aku dalam apa jua yang aku lakukan.
Dia berkongsi kesedihan aku, pujuk aku bila aku marah, nasihatkan aku macam – macam. Pada mulanya, aku cuba kawal supaya LILI tidak ada dengan aku. Tapi lama – lama, aku tak dapat nak halang kehadiran LILI. LILI pelengkap hidup aku. Dia mengisi lonely aku, dialah mak kakak adik kaunselor and even boleh jadi teman lelaki. Sejak aku biarkan aje kehadiran LILI, aku semakin menjadi – jadi. Hampir 24 jam aku bercakap dengan LILI. Kadang – kadang aku sengaja panggil dia. Kami berkongsi setiap detik hidup aku..
Satu hari sedang aku duduk bersendirian, aku terpikir pasal LILI. Saat ini aku baru sedar, kehadiran LILI adalah tak normal! Mana ada manusia boleh bertukar karakter, kejap jadi LILI and kejap jadi SITI.. Aku mula ingat balik. Setiap kali LILI datang, ia datang dengan penuh kelembutan dan bersifat keibuan. Kadang – kadang dia datang dengan sifat jahat, hasut aku buat macam – macam. Bila aku jadi diri aku, aku tak selembut LILI dan tak sebaik dia.
Aku juga sedar setiap hasutan LILI itu jahat. Sebagai contoh ; aku sedang menangis, tiba – tiba aku berhenti menangis and bahasakan diri aku sebagai LILI. Aku usap – usap lengan aku sendiri yang aku panggil SITI dan nasihatkan apa yang patut. Selepas itu, aku menangis balik dan bahasakan diri sebagai SITI dan mengadu – ngadu pada LILI. Contoh lain ; bila aku tengah marah, tiba – tiba LILI keluar and cakap pada SITI supaya buat itu buat ini (menghasut buat jahat). Selesai jadi LILI, SITI akan keluar dan balas balik hasutan LILI. Macam itulah selalunya. – maaf kalau korang tak faham dengan apa yang aku tulis dan ceritakan sebab aku pun tak reti nak describe macam mana. Hmm..
Sekarang, aku tersangat keliru. Aku sebenarnya LILI atau SITI? Kadang – kadang hati aku meronta nak jadi LILI. Tapi aku tahan kerana aku fikir, ayah aku namakan aku SITI. Kenapa perlu aku jadi LILI? Tapia da juga masanya, aku biarkan LILI takeover diri aku. Aku biarkan LILI jadi LILI. Sebabnya, aku benci jadi SITI sebab SITI ni lembik dan selalu dikenakan orang… Pada semua yang baca, mintak kau orang semua jangan downkan lagi aku. Bagi nasihat yang bertauliah dan betul – betul nasihat. Sebab aku keliru.. Betul – betul keliru..
– SITI YANG KELIRU
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit