Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau confession aku ni di disiarkan.
Sebelum aku cerita aku nak mintak maaf kalau cerita aku agak memeningkan sebab aku memang tak pandai nak mengarang dan lagi satu cerita aku bukan nak menghina siapa² hanya untuk kongsi pengalaman aku je, hehe.
Nama aku Nana, aku berumur 20 tahun, cerita ni berlaku tahun lepas (2019) semasa aku memulakan zaman ijazah aku di salah satu universiti awam di selangor, so fast forward aku tinggal satu bilik dengan Lily, Ana dan Ani.
Lily bukan berasal dari semenanjung dan seorang yang agak baik dan lemah lembut bagi aku pada awal perkenalan.
Lily juga bukan seorang yang beragama Islam dan aku tak ada masalah tentang hal tu sebab aku dah biasa tinggal sebilik dengan kawan yang berlainan agama dan diorang sangat baik + tak kedekut dan kami saling menghorm4ti kepercayaan masing² tapi Lily ni agak lain sikit bagi aku.
Ana seorang yang pendiam tapi kadang² masuk air jugak dan Ani seorang yang sangat rajin belajar + solehah tetapi sangat bergaya dan bnyak ilmu agama yang dia tahu bagi aku.
Aku dengan Lily pada awal tu memang ok berkawan mcm biasa tapi semakin hari aku semakin tak boleh nak hadap muka Lily.
Mula² memang kitorang sabar tapi lama² Lily jadi melampau dan kitorang dah tak larat nak terangkan dekat Lily sebab dia akan buat b***h ja. Aku ingat aku ja yang rasa macam tu rupanya kawan² aku yang pernah jumpa dia pun rasa macam tu.
Antara perangai Lily yang aku ingat, Lily ni seorang yang mulut manis bak delima dan sangat pandai menipu.
Pernah suatu malam tu bf Lily dah tak nak percaya cakap Lily dan Lily paksa aku voice whatsapp dengan bf dia cakap Lily ni masuk hospital sebab sakit padahal Lily sihat walafiat je dalam bilik.
Aku yang sangat cerdik ikut cakap Lily pun buat lah macam yang Lily suruh last² bf dia cakap tak perlu nak bohong sebab dia dah tahu haha memalukan muka aku ja.
Tapi Lily ni dia tak putus asa dia cari selimut putih macam kat hospital sebab nak snap gambar tangan dia konon² dia dalam wad.
Dan aku tak masuk campur hal tu sebab aku terlalu lapar dan bila aku naik bilik balik aku tengok Lily dah happy sebab bf dia dah percaya dia masuk wad, boleh tahan cerdik bf Lily ni.
Kejadian kedua yang aku tahu Lily ni suka menipu, suatu malam tu kolej kitorang ada buat latihan kebakaran, semua student kolej tu yang tak nak terlibat malam tu boleh lepak library atau keluar dari kawasan kolej.
So aku dengan ana pun ingat nak lepak mall malam tu, kitorang siap² semua tengok² ana cakap,
“Wey tak boleh la sebab Lily suruh aku ganti tempat dia jadi ketua aras sebab dia tengah buat assignment group dengan kawan² dia” aku pun dengan rela hati turun bawah teman ana dengan ramai orang berkumpul.
Tapi Lily kantoi dengan aku dia menipu sebab ada seorang classmate Lily ni nama dia Mira, si Mira ni bff aku masa kat matrik dan Mira ni bagitau aku malam tu diorang buat party apa ntah dekat mall yang aku dengan ana nak pergi tu dan Lily pun join.
Tapi Lily menipu aku dengan Ana yang dia tengah buat assingment dan tak pasal² kitorang kena kena turun bawah berkumpul sedangkan Lily sedap ja beriang-ria di hari raya.
Pernah suatu hari tu hari minggu, aku pun acah² bagus la study dekat meja aku padahal aku dengar lagu ja lebih, study tu 15 minit ja, Ani dengan Ana tak ada kat bilik masa tu so aku pun study macam biasa tapi aku perasan Lily tengah terbongkang main phone dengan baju tak lipat, katil sepah bagai.
Tak lama lepas tu Lily terus bangun kemas katil, lipat baju sepantas kilat, kemas meja dan terus buka buku macam nak study.
Aku buat b***h ja la sebab bagus juga dia ada kesedaran sivik dalam diri tapi dua minit lepas tu kawan Lily datang bilik aku nak cakap apa ntah dekat Lily dan ayat Lily yang aku dapat dengar,
“Macam ni la Lily hari².. study.. kemas bilik.. sampai sekarang” dan kawan Lily pun “wahh bagusnya kau Lily”, aku yang dengar tu macam nak bagitau ja yang semua tu dusta belaka padahal Lily sedap ja main phone tadi.
Lepas kawan Lily keluar Lily pun kembali terbongkang dan kawan Lily yang tadi pun pulang dengan kenangan manis bersama Lily yang rajin tadi.
Kejadian ketiga yang aku ingat Lily balik bilik sambil nyanyi² dan si Mira tu pun chat aku tanya Lily ok tak, aku pun cakap la ok ja ni baru balik, kenapa.
Mira cakap Lily tengah bagitau dalam group whatsapp kelas diorang yang dia sakit perut sangat² dan perlu ke klinik so semua classmate dia risau terutamanya classmates lelaki, kenapa aku cakap lelaki? Sebab Lily pandai menggoda (nanti aku cerita).
So lepas Mira cakap macam tu aku pun bagitau la yang Lily sihat ja tapi aku xtahu la mungkin dalaman dia tak sihat. Aku dah penat tengok muka dia menipu dan aku rasa Lily ni nak perhatian kut.
Aku pernah tanya Lily tak balik kampung ka cuti nanti dan Lily cakap tak balik sebab tiket flight mahal dan aku pun timbul rasa kasihan dekat si Lily ni tapi aku teruskan juga hari² aku sebab aku pun tak cukup duit.
So malam tu aku lepak dengan si Mira depan dobi sementara nak tunggu baju kering dan kami pun membawang macam biasa dan Mira pun tiba² bagitau aku yang Lily cakap dia dah beli tiket flight untuk cuti nanti.
Dan aku pun tanya la Mira Lily bagitau bila yang dia beli tu, Mira cakap Lily bagitau tadi masa kelas , aku pun eh baru ja tadi tanya Lily dia cakap tak beli sebab mahal. So aku dan Mira terus ber eh² sebab tak tahu yang mana betul.
Aku rasa sampai sini ja aku cerita kalau admin approve nanti aku sambung lagi. Terima kasih.
Semua nama² yang aku guna tu nama samaran ja tau jangan percaya pula.
– Nana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit