Limit Kesabaran Seorang Menantu dan Isteri

Aku Joyah (biasa la bukan nama sebenar). Aku dah kahwin dengan laki aku lebih kurang 13 tahun, anak bongsu lelaki, satu-satunya anak lelaki dalam family.

Bila dah satu-satunya anak lelaki mesti korang dah faham kan, segala tanggungjawab yang berat2 contoh macam bawa ibu mertua aku pergi hospital kalau ada check up atau sakit, urusan rasmi semua laki aku la kena handle.

Jadi aku sebagai menantu perempuan fahamla, takde la benak sangat pasal tanggungjawab dia tu. Aku terima dengan lapang dada.

Sebelum tu lupa nak bagitahu yang ibu mertua aku ni balu, penerima pencen dan ada rumah tempat kediaman sendiri hasil peninggalan bapa mertua aku yang dulunya penjawat awam.

Laki aku ada dua orang kakak suri rumah yang selalu nak suruh laki aku iaitu adik diorang ni buat semuanya untuk mak diorang ni,

Contoh kalau balik kampung mesti kitorang yang kena bawak naik kereta kitorang, macam benda tu kewajipan, diorang takkan bawak dan akan bagi bermacam alasan untuk tak bawak mak mertua aku ni.

Mak mertua aku pulak jenis yang tak nak faham masalah laki aku, maksudnya kalau dia nak balik mesti kena balik kampung jugak, jenis orang tua yang degil dan tak nak faham masalah anak-anak. Itu baru satu contoh.

Walaupun mak mertua aku ni tinggal dengan kakak ipar aku dekat rumah peninggalan bapa mertua, kakak ipar aku selalu cari alasan untuk suruh ibu mertua ni datang dan stay dengan kitorang kadang2 dalam setahun dalam 2 bulan la jugak la kadang2 lebih dari tu.

Aku ni mak bekerja, walaupun aku rasa menyampah dan rimas sebab mak mertua aku ni jenis yang manja, nak dilayan macam tetamu dan kerja dia meniarap sambil tengok handphone je sepanjang hari. Dia selalu bagi alasan kaki dia sakit, bila jalan terhencot-hencot.

Tapi Ironiknya, bila x-ray tak de pun tulang patah ke ape. Aku memang pelik dan ajaib. Aku tak tahu la kalau selama 7,8 tahun ni dia berlakon atau buat-buat sakit wallahualam.

Dahlah duduk berbulan-bulan, nak dilayan macam tetamu pulak. Pinggan dia makan pun tak boleh nak angkat letak dekat sinki, basuh apatah lagi. Korang rasa tercabar tak kesabaran aku sebagai menantu dan tuan rumah ni.

Makan pulak perlu ditanya, kalau aku order ikut kesesuaian menu untuk aku dan anak-anak dia akan makan tak habis, kadang-kadang sombong langsung tak sentuh pun.

Aku ni jarang masak, selalu order foodpanda atau Grab je. Dia akan makan menu yang dia request sahaja ye. Nak hulur duit suruh order menu dia, memang aku tak pernah terima duit satu sen pun daripada mak mertua aku ye.

Sampai satu masa ni, dia datang dikala aku pregnant 32 minggu. Dah sarat sangat dan aku memang takde mood nak layan peel dia yang cerewet,

Disebabkan kakak ipar aku nak kemas bilik dia dekat rumah tu yang dah macam sarang tikus disebabkan sikap dia jugak yang selalu nak harapkan orang lain kemas untuk dia.

Mak mertua aku ni memang bukan jenis yang pembersih, segala selimut telekung memang selalu dia longgok2 je. Kadang-kadang makan dalam bilik dengan plastik dan kertas tu dia longgok je tepi katil.

Dia nampak aku ni macam takde perasaan, dengan perut besar buat kerja rumah dan ditambah dengan aku kena jaga makan pakai dia.

Suami aku niat tu dah baik, tapi serious talk, ape je yang orang lelaki buat dekat rumah, memang typical asian husband yang jarang-jarang tolong isteri dekat rumah dan memang perangai laki aku ni mengikut mak mertua aku.

Nak basuh baju memang boleh kira la berapa kali je dia tolong dalam setahun. Korang rasa siapa yang akan jaga mak mertua aku ni kalau dia datang nak bertenggek kat rumah aku sebulan dua tu?

Disebabkan aku mengandung, aku memang rasa nak meletup, aku tak boleh terima perangai laki aku dengan mak mertua aku tambah dengan kakak2 ipar aku yang selalu menolak untuk jaga mak diorang sendiri.

Laki aku tahu perangai mak dia tu memang la sangat buruk, tapi alasannya seburuk-buruk perangai mak mertua aku, dia tetap mak dia, syurga dia.

Memang aku tak nafikan la. Tapi sampai bila aku boleh bertahan. Aku ni menantu yang tak boleh nak suarakan apa yang terbuku dalam hati. Kalau aku cakap mesti mak mertua aku tak kan terima.

Mak mertua aku ni macam narsisistik pun ada, dia rasa dia sentiasa betul dan akan buat ayat kesian dan salahkan orang sekeliling. Aku cuba buat baik pun tak dipandang, tak bersyukur pun ada aku tengok orang tua ni.

Bila cakap kat laki aku dia pun tak boleh buat apa. Bila maknya datang, kami akan bergaduh sebab aku dah penat mental dan fizikal, mana nak kerja, nak layan orang tua tu lagi, serabutlah.

Aku pun tak tau kenapa aku nak post dekat sini. Mungkin sekadar nak meluah kot, kalau orang nak tolong pun belum tentu ada solution untuk masalah aku ni.

Nak jadikan pengajaran pun rasanya takde pengajaran daripada kisah aku ni. Mungkin jugak aku boleh tengok balik posting ni sebagai pengukur berapa lama aku boleh bersabar dan bertahan dengan mak mertua dan ipar toksik.

Sekian, terima kasih sebab baca luahan aku ni.

– Joyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. letak kan diri awak sebagai mak mertua. cuma ada seorang anak lelaki, balu, anak perempuan pula kena patuh pada suami mereka.
    Dan,
    Tanya diri, adakah salah awak minta anak lelaki awak layan awak sebagaimana suami awak melayan ibu nya sekarang?

  2. I fell you sis. I pun hadap benda yang sama. Suami dan mertua yang pemalas dan pengotor. Ditambah anak2 lain lepas tangan utk mengurusnya.

    Tuhan saja yang tahu perasaan ni. Jujurnya mmng tiada solution. Macam kena hadap sampai kita mati atau mereka yang mati.

    Semoga Allah beri kita kesabaran dan ketabahan.

  3. Pelik betul,suami yg nak berbakti pada mak sendiri tp semua bini kena buat..tipikal lelaki sedunia,nak jaga mak sendiri tp bini yg kena hadap karenah ibu mentua,dah la bini tengah sarat,lelaki senang betul membawa telur dia je..mmg patut pun ada yg cakap lelaki ni lepas kawin dia cacat,nak harapkan bini buat semua,pandai tabur benih je.

    Semoga tt tabah dan sihat selalu melayan karenah suami dan mertua narsisis.

  4. Ini bukanlah Solution tapi blh la digunkan sebagai salah satu usaha. Iaitu of course sentiasa berdoa meminta pertolongan Allah tp bukan itu sahaja, berkomunikasi dgn baik dgn suami, yg ni pun perlukan kekuatan dan pertolongan Allah juga utk lembutkan hati suami utk memahami. At the same time, perkara begini blh buat kita rasa depress and burnout. So dptkan sessi dgn counselor kerana ia sgt memantu even just talking theraphy pun sgt membantu sebenarnya kerana kita ada tempat utk meluah dan dptkan sistem support. Jgn berhenti kat situ, latih anak anak juga untuk bantu kerja rumah atau sekurangnya behave supaya tk bertambah beban kita (ni jika ada ada anak yg dah besar sikitlah). Yang seterusnya kena build boundary dan nyatakan baoundary ini pada keluarga esp suami. Adakalanya org tgk kita ni blh dipijak dan kerana kita tk de boundary so mereka terusan rasa blh. Learn to say no dan tegas pada sesuatu perkara walaupun sukar. Of course kena faham dulu apa itu boundary yg sihat dan konsisten melakukannya.

    Sikap manusia mmg susah nk ubah maka kita yg kena ubah sikap kita dulu. Ubah tak semestinya dgn cara tidak menghormati mereka tp bila mana kita tetap menyantuni mereka namun kita pertahankan hak dan dan menjaga mental health kita, kita bertegas daei di buli atau tidak dihormati dgn cara yg betul, slowly org sekeliling kita juga akan mula terkesan. Spt nk disiolin kan anak kecil, kena train kena ingatkan dan kena bertegas. Begitulah juga dgn org org yg toxic begini.

    Dptkan support sistem yg baik dan dpt bantu kita bila kita rasa tertekan untuk istiqamah dlm melakukan perubahan.

    Semoga puan terus kekal tabah dan jgn putus dlm berdoa danmeminta pertolongan Allah kerana perihal hagi manusia ni hanya Allah sahaja pemilik hati yg dapat menukarnya. InsyAllah.

  5. Saya paham situasi burn out tu.. cuma xsama beban nya sebab sy jaga bapak sendiri 😅 xde ape yg mampu nak share melain kan sabar lah duhai isteri.. demi syurga mu nanti.. sy doa kan semoga tt kuat !! Diberi kesabaran yg tinggi dan sentiasa Allah hantar bantuan dari setiap sudut asbab ikhlas nya tt menjaga org tua.. amin… Btw sy pun sama.. tgh sarat pregnant juga.. semoga tt dan kandungan sihat sentiasa… insyaallah

  6. Sangat penat & sakit bila dapat seorang suami yang ada mindset & didikan berat tulang hal2 harian ni.

    Bertambah penat bila ada mentua yang cerewet begini.

    Satu sis perlu tegas dengan suami hal kerja rumah. Sebagai contoh bahagikan kerja rumah ke suami, jadikan dia yang bertanggungjawab atas specific kerja rumah, contoh bab basuh baju, sidai, lipat & simpan.

    Boleh jadikan urusan baju adalah urusan suami. Luahkan ni secara lisan kepada suami & jangan sekali pun ambil peduli untuk uruskan baju bagi pihak suami.

    Kadang kita isteri akan rasa, sambil2 tu tak pe la, kita settle kan aja. JANGAN. Ingatkan diri anda yang bila urusan basuh tandas ke kemas dapur ke, ada tak suami buat untuk kita. Tinggal la kotor macamana pun suami boleh tutup mata untuk bantu, malah salahkan isteri jika rumah kotor.

    Jadi buat suami isteri yang sudah lali dengan membiarkan semua isteri je buat, berhentikan perhambaan ini terhadap isteri kamu. Tegas & jangan cerewet dengan hasil kerja yang suami buat. Janji baju dah berlipat masuk dalam almari, tak serabut rumah dgn baju berlonggok sana sini.

    Kalau didikan suami sedari kecil begitu, kita la perlu ajar suami untuk bertanggungjawab bukan lepas tangan.

    Sedih tengok berita isteri yg terlalu penat dengan urusan rumah/ keluarga sehingga kaku meninggal begitu. Bela la hidupmu sendiri sebab lelaki ni dia tak akan faham bila dia sendiri tak hadap.

  7. Masalah nye menantu yg kne layan buat semua..laki tak membantu..klu laki dia iaitu anak makcik tu yg uruskan semua takpe la..fhm la jgak si menantu keje,anak lgi, keje rumah lgi nak kne buat tup2 tmbah ieje kne layan mertua gini..klu mertua jenis tak cerewet takpe la jgak

  8. Geram ya dpt yg mcm tu..sepatutnya suami yg tanggung nafkah,ni isteri dah bantu dari segi kewangan,lepastu kerja rumah pula Tak dibahagi dua,mengadap pula mak mertua yg mcm tu..yg boleh ubah semua ni hanya suami,bukan nak suruh dia jadi anak derhaka tapi kerja2 seharian kena la dibahagi dua,geram plk baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *