Assalamualaikum dan hai. Nama aku Qas (bukan nama sebenar)
Akhirnya, aku confess jugak kat sini. Sebelum ni, tak pernah nak confess kat sini. Cuma sejak beberapa hari lalu, aku stress melampau dan dah lama aku dapat rasakan aku ada anxiety disorder. Memang musim ke? ?Haha. Sekarang aku cuba kawal penyakit aku tu… Perit..
Aku mula start perasan penyakit ni muncul masa aku study degree, aku jadi gelisah bila masa result nak kluar.. Aku gelabah, tak boleh tidur malam seminggu result keluar. Tapi peliknya depan orang, orang akan tengok aku biasa je. Cuma rakan baik aku je tahu macam mana perangai aku. Berbalik tadi, result aku tak OK macam orang lain. Aku stress bila kawan2 aku tunjuk result mereka yang bagus dan dekan di fb. Aku rasa orang bodoh masa tu. Aku tak faham kenapa aku tak boleh dapat result yang bagus macam diorang. Sampai kesudah habis degree result aku tak cemerlang macam kawan2 aku. Tapi cuma beberapa kawan yang tahu aku strugle nak dapatkan result yang bagus. Cuma…Allah tak izin..jadi aku redha.. Masa tu penyakit aku tak teruk lagi aku rasa.
Habis belajar, aku kerja. Disebabkan family aku agak tegas orangnya, mereka sarankan aku sambung belajar. Masa tu aku panik, panik sangat sebab aku tak nak dah berhadapan dengan result yang teruk. Start dari situ, tidur malam aku terganggu. Aku perasan selalu aku mengetap gigi sampai aku rasa sakit di tulang rahang dan kemudian sampai sakit kepala tu. Kadang tu aku rasa tak lalu nak makan sebab tak nak sambung belajar. Tapi lama kelamaan aku turut jugak perintah keluarga aku, konon nak tebus kesalahan lalu walaupun family aku jenis ok je dengan result aku masa degree dulu. Diorang dapat terima je. Cuma aku je yang tak boleh terima lagi kenyataan.
Ok, macam panjang.. Haha. Sepanjang tempoh aku belajar, kadang aku rasa down. Kenapa? Keliling aku ramai yang bijak pandai. Bila presentation je, rasa hebat semuanya. Aku kagum. Aku? Seperti biasa, budak yang tak tahu apa-apa tiba-tiba diletakkan bersama-sama orang genius. Macam tu perasaan aku. Rasa rendah diri. Dalam masa sama, rasa takut, gemuruh gelisah. Sepanjang aku belajar, aku struggle malam hari sebab aku takut aku kecewa dengan result dan rasa takut kecewakan family sekali lagi. Orang lain tidur, aku jadi burung hantu. Kadang-kadang 1 assingment aku check berulang kali, dan aku akan pastikan bahagian aku lebih dari kawan-kawan aku kalau assingment berkumpulan. Masa aku belajar tu memang rasa tekanan tu. Tapi Alhamdulillah mungkin berkat doa mak ayah aku and mungkin adik beradik aku, result aku agak memuaskan. Tapi dalam masa yang sama penyakit gelisah aku semakin teruk walaupun dapat result baik. Aku tak boleh nak tidur malam, kadang sejam aku tidur. Ada masa rasa semput, menangis dan ada masa bila aku baring aku dapat dengar jantung aku berdegup kencang. Ya Allah, hanya Dia tahu betapa susahnya aku nak kawal semua tu. Ada masa, dalam pukul 2-3 pagi aku menangis seorang diri. Kadang, aku jadi tak fokus apa yang orang cakap. Family aku geram kalau diorang cakap aku tak dengar. Bukan tak dengar, tapi otak aku ligat berfikir perkara yang tak penting. Sebab aku terlalu memikirkan perkara yang kadang-kadang tak penting, tak ada mengena pun dalam hidup dan aku hanya fikir macam mana nak puaskan hati orang dalam masa sama aku terluka.
Ok.. Memang panjang sebab tak habis lagi..hehe.. Ingatkan lepas habis belajar rasa gelisah tu berkurang. Tak sama sekali. Penyakit tu datang lagi teruk bila aku mula kenal dengan sesorang. Sejak dari kecik memang aku tak pernah bercinta, sebab family aku memang jenis jaga bab-bab pergaulan ni. Sampai aku masuk u pun aku tak bercinta. Aku pun tak suka nak bercinta. Ramai kawan-kawan aku ramai bercinta-putus, bercinta-putus(maaf ya bahasa aku yang tak beberapa bagus ni). Dari situ perasaan nak bercinta tak ada langsung. Sehinggalah tahun lepas, entah macam mana aku boleh terbuka hati untuk seseorang. Ya, aku jumpa dengan seseorang yang aku rasa sesuailah nak dibuat calon suami. Diulangi sekali lagi SUAMI. Sebab niat aku kalau boleh nak kawin terus tapi laki tu kata nak kenal dulu. Aku setuju. Dia, kadang tu buat aku rasa mengharap dengan cara dia. Betullah yang dikatakan oleh orang lain, kadang-kadang Allah hadirkan seorang insan dalam hidup kita bukan untuk menyatukan, tapi mungkin kita boleh ambil pengajaran dalam memperbaiki diri. Mula kenal aku rasa biasa, tapi lama kelamaan aku suka cara dia. Nampak tersusun, ada matlamat, bekerjaya, beragama dan jenis yang menjaga family dia. Bagi aku, tak perlu cari sempurna, cukup pakej aku nak walaupun 6/10 kira. Tapi sayang, dia tak bersunggguh. Aku tahu dia kenal ramai perempuan lain yang lagi cantik, dan lagi ‘bijak’ dari aku. Masa tu aku rasa down dan sedih ya amat. Penyakit gelisah aku datang secara drastik. Aku jadi takut kehilangan, rasa insecure tu datang banyak kali. Kadang-kadang aku rasa apa aku buat merepek.. Allahu. Masa ni aku rasa aku teruk. Sebelum ni bila jadi macam ni, aku kerap menangis. Cuma, bila berkait dengan hati dan perasaan, aku tak mampu nak menangis. Air mata dah tak keluar. Apa aku buat? Aku senyum dalam masa yang sama aku doa supaya aku terus kuat dalam masa sama aku doa laki tu jodoh aku..gigihkan? .Banyak lagi dia buat aku rasa kecewa tapi tak nak cerita sini. Sekarang aku rasa gelisah tu sampai aku tak selera nak makan, kadang tu aku muntah (ya aku dah start muntah). Ya Allah, ampunlah dosa hambaMu ini. Aku makan macam tak ada perasaan. Balik kerja aku mengurung diri. Aku diam.. Aku pernah tak cerita kat kawan aku bila ada masalah ni? Ya pernah dan selalu, masa inilah baru aku tahu.. Sebenarnya aku tak perlu kata-kata semangat yang biasa ‘awak kuat’, ‘ awak boleh buat’, ‘try lupakan’.. Semua tu tak memberikan kesan langsung. Tapi baru-baru ni kawan baik aku banyak membantu aku.. Terima kasih banyak-banyak terima diri ini seadanya. Bila duduk sendiri dalam bilik, aku cuba untuk dekatkan diri padaNya, kali ni lebih struggle aku dekatkan diri kepada Allah.. Ya, sebab aku tak ada pengharapan lain selain Dia. Aku cuba banyakkan istighfar, berzikir dan mmbaca al quran. Hikmah dari situ, aku belajar untuk tak mudah percaya kepada manusia lain, hati-hati dalam memberi hati. Cuma, aku rasa dia beruntung, sebab tak pernah aku rasa segigih ini nak berkenalan dengan orang, aku rendahkan ego aku nak kenal dengan dia dan punyalah aku setia nak kenal dia, aku tolak semua orang nk kenal aku. Dia? Wallahualam. Bagi aku, kenal betul-betul aku macam mana dahulu barulah kenal dengan orang lain. Bila jadi macam ni aku rasa tawar dah. Tak apa, aku faham yang memegang hati tu Dia. Aku maafkan.
Kepada pembaca, kalau nampak seorang dari ahli keluarga anda, atau kawan-kawan yang rapat berkelakuan lain dari lain. Jangan anggap perkara biasa. Kalau boleh ambil perhatian lebih. Jangan kata mereka mengada-ngada, sebab korang tak rasa perit sakit tu. Orang macam kami tahu macam mana susahnya nak lawan tu. Ajak mereka keluar, atau dengar masalah mereka. Kalau boleh bagi advice yang tak terfikir oleh mereka. Dan para pembaca yang budiman, jangan cepat melatah bila awak sendiri tak berada ditempat orang lain. Bagi awak, masalah ni simple dan mudah nak selesai. Tapi bagi mereka, sangatlah susah. Hehe
Sorry semua, panjang confession aku kali ni. Tak akan ada dah selepas ini. Tahun 2018, aku hanya berazam nak fokus untuk bahagiakan diri aku sendiri. Aku harap, bila aku luah ni sekurang-kurangnya rasa gelisah tu berkurang untuk tempoh yang lama. Dan muka aku still lagi orang tak akan percaya aku ada masalah tersebut. Muka yang akan senyum dan tak ada perasaan sedih tu .. Terima kasih kerana membaca. Aku ok dah sekarang.. Hari esok dan seterusnya aku harap aku ok macam sekarang ni. Doakan aku kuat dan sabar. Untuk awak, fi hifzillah(kata pertama awak mesej saya sebelum tidur dan hari ini saya balas semula), semoga setiap perbuatan dan langkah awak, Allah jaga baik-baik. Saya? Dah biasa kutip hati sendiri yang berkecai dengan apa yang awak buat. Tak apa saya maafkan.. Assalamualaikum
-MynameisQas
– Qas
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit