Lompat Kerja

Assalamualaikum hai semua. Bila baca confession ni, (https://iiumc.com/cara-saya-lompat-kerja/), saya terdetik nak share pengalaman saya juga.

Semoga dapat memberi manfaat terutama buat yang sedang mencari kerja.

Hai! Nama saya Titab. Saya guna nama ni sebab pagi tadi baru bincang dengan officemate nak makan menu apa untuk breakfast esok. Tiba-tiba sangat kan.

Cerita Titab ni agak panjang, tapi nak cerita suka duka dalam mencari pekerjaan di klang valley. Titab graduan finance. Degree in Finance and Diploma in Accounting.

Okay first job experience Titab adalah sebagai trainee. Masa zaman tu (2017) orang panggil Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) dekat salah satu HQ bank yang ternama dekat Malaysia ni.

Waktu tu Titab decide nak join SL1M sebab fikir taknak susahkan parent.

Nak beli duit pencuci muka ke top up ke, rasa segan itu pun nak minta parents.

So yes, Titab decide nak join SL1M program tu sementara waktu. Sebab Titab memang nak pulun cari kerja sementara contract SL1M habis.

Oh ya lupa nak inform, SL1M program Cuma 8 bulan saje. Lepas habis 8 bulan, depend dekat employer nak accept ke tak. Tapi memang Titab tak expect boleh sambung pun, sebab yelah kan.

SL1M ni lebih kurang macam practical je, gaji pun RM1,500. Memang cukup2 makanlah orang kata.

And bila throwback balik, rasa wow sangat time tu. First thing, Titab ni perempuan. Tapi waktu dapat SL1M tu, jarak tempat kerja dengan rumah dalam 50km jugak.

So Titab akan naik motor ke stesyen KTM berdekatan, then kena tukar LRT pulak, lepastu baru sampai depan office.

Perjalanan mengambil msa dalam satu jam. Titab pula dapat department yang memerlukan Titab masuk 7.30am, jadi bayangkan lah pukul berapa Titab keluar rumah.

Sebelum subuh dah start motor, solat subuh selalu dekat stesyen KTM.

MashaAllah. Tapi Titab selalu ingat pesan mak Titab “amik peluang bangun awal pagi tu, doa dekat Allah supaya mudahkan urusan kamu dalam cari rezki yang halal”. MashaAllah terima kasih mak.

Dengan semangat juang dan harapan doa pada Allah waktu tu, 2 bulan selepas Titab kerja situ, Titab dapat call offer kerja dekat company B as executive dekat area yang dekat dengan rumah (15km). Alhamdulillah

Okay bila dah start second job, Titab yakin sikit nak beli asset sendiri. Gaji pun naik la sikit walaupun tak kena dengan pencapaian akademik dan jawatan.

Tapi still dapat secure satu kerja. Tapi Titab beli motor je hehehe. Motor Honda Wave je, untuk Titab senang pergi dan balik kerja.

Nak beli kereta Titab tak confident, sebab tak suka long commitment. Lagipun kereta parent Titab ada, boleh pinjam bila emergency hehe.

Allhamdulillah dekat sini Titab dapat korek banyak sangat job experience, sebab Titab ni kiranya ala2 fresh grad la kan, terima kasih sangat2 buat manager Titab sebab sanggup terima Titab time tu.

And yes, you need to be willing to accept any job at that time. Biarlah orang nak kata apa pun.

Orang dah terima kerja pun dah syukur sangat2. So buat je kerja, seremeh2 nya. Start from scratch and add value to your skill.

Dekat sini Titab seronok sangat sebab manager banyak ajar Titab, officemate pun sangat2 best and supportive. Biasalah kena marah sikit2 tu kan.

Belajar. Tapi kat company B ni, satu je problem, management. Daripada awal sampai ke akhirnya, Titab adalah contract position.

Walaupun ada jaminan contract akan direnew setiap kali due, tapi Titab rasa tak secure. Bonus pernah rasa sekali, increment tak pernah and setelah 4 tahun, Titab decide untuk lompat kerja.

Walaupun sejujurnya Titab sedih sangat. Manager Titab sampai menangis time hari last Titab tu, tapi nak buat macam mana, Titab ada komitmen.

Titab tak boleh nak redha je dengan apa yang sedia ada sedangkan Titab boleh mintak lebih dengan apa yang Titab deserve.

So here is the start where Titab start ‘gunakan skill dan experience’ yang Titab dah belajar to demand for salary. After 4 years ya.

Lepas Titab berhenti dekat company B, Titab dapat offer dekat fintech company yang sejujurnya Titab rasa masa depan memang akan cerah lah.

Sebab jobscope sikit tapi offer salary tinggi. Benefit hebat, unlimited medical insurance, boleh remote (work from home), siap ada entitlement untuk work from home lagi dalam setahun.

Wah Alhamdulillah sangat rezki kat situ. Tapi ada cerita sedih. Titab dapat tahu yang company tu ada invest in forex 100%. Which kalau dalam islam, benda ni dah syubhah. Ragu2.

Titab bukan apa, Titab fikir duit gaji Titab nak pakai untuk beli makan. Kalau sumbernya pun ragu2, Titab rasa tak sedap hati.

Then dengan hati yang berat selepas 2 bulan dekat company B, Titab decide nak berhenti. Tanpa ada offer baru. Titab betul2 redha waktu tu.

Fikirkan komitmen dan lain2. Memang betul2 berserah 100% pada kekuasaaan dan keajaiban Allah. Titab hari2 scroll LinkedIn, Jobstreet, maukerja, dan improve resume Titab.

Dengan kuasa dan izin Allah, Titab dapat offer elok2 selepas habis notice leave Titab dekat company B. MashaAllah hebat sangat kuasa Allah.

Then sekarang Titab sedang masih bekerja dekat Company C. Banyak lagi jobscope yang Titab nak belajar dekat sini sebab company C is a public listed company. Doakan Titab ya.

Okay panjang kan? Ini adalah sekelumit experience Titab sepanjang Titab bekerja. Banyak juga yang duka walaupun nampak macam everything went smooth je kan? Titab tiada apa pesanan mahupun tips pun.

Cuma yang Titab pegang sekarang, kita kena value diri kita sendiri. Kalau tak tahu, tanya. Jangan bodoh sombong. Dan jangan lupa juga sedekah.

Kadang2 Allah lebih mudahkan urusan dunia ni kalau kita baik padaNya. Jangan hairan dengan orang. Be who you are.

Okay itu sahaja daripada Titab. Titab doakan semoga adik2 mahupun rakan2 yang sedang mencari kerja dipermudahkan Allah. Yakin dengan Allah. inshaAllah semuanya akan mudah. Bye!

– Roti Titab (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *