Diam tak diam rupanya dah nak dua bulan long pergi meninggalkan dunia yang hanya tempat persinggahan ni. Dah hampir setahun lebih juga abang pergi meninggalkan keluarga.
Keluarga aku kehilangan dua ahli keluarga secara dua tahun berturut-turut, dua abang aku pergi meninggalkan dunia ni kerana kanser. Ya kanser! Selama ni aku selalu baca coretan pesakit kanser berjuang! tanpa aku sedar dalam adik beradik aku ada yang pejuang kanser.
Abang kedua ku meninggal dunia tahun lepas, kematian dia memberi tamparan hebat buat semua ahli keluarga aku. Sehingga ayah jatuh sakit, mak menangis sentiasa, sehingga aku terpaksa berulang alik dari kampus ke rumah. Abang aku meninggal dengan mengejut, rupanya selama abang (panggilan dalam keluarga) dah menderita kanser, tapi tak pernah nak bercerita dengan keluarga.
Cuma dua minggu sebelum abang masuk hospital, dia balik ke rumah, bawak kfc, dan itulah kali terakhir aku nampak abang balik rumah, actually aku dengan abang tak rapat mana, sebab abang tak berapa ngam dengan aki yang sememangnya nakal berbanding kakak aku yang lain.
Entah lah aku rasa sangat berdosa, sebab banyak salah aku pada abang, dan aku tak sempat minta maaf. Cuma setiap kali solat, setiap kali baca quran, aku niatkan pahala disedekahkan untuk abang. Cuma itu yang aku mampu. Pemergian abang sangat terkesan buat mak, sebab abang tak pernah menyusahkan mak sejak dari kecil dan abang selalu keep silent dalam apa-apa je, tapi abang sebenarnya dia prihatin. Banyak bantu keluarga dalam diam.
Abang juga anak lelaki mak yang tak sempat mendirikan rumah tangga kerana abang tau dia masih ada lagi banyak tanggungjawab dengan keluarga. Sejak abang pergi, aku tekad nak belajar jadi seorang independent tak nak menyusahkan mak ayah sangat. Itu cerita mengenai kematian abang.
September 2018 kami sekali lagi diuji. Abang sulung aku! Yang aku panggil long! Sewaktu abang meninggal long tiada di Malaysia, waktu tu long di luar Malaysia, aku tau long sangat sedih, sebab long yang pernah menjaga abang masa abang kecil. Sebab itu adalah adik lelaki bawah long. Long diagnos pesakit kanser selepas akhir tahun lepas.
Aku ingat lagi, bila dapat tahu long masuk ke hospital, aku bergegas balik dari kampus ke rumah, dan terus ke hospital, sepanjang aku drive selama 2 jam lebih, aku langsung tak terasa jauh. Bila tengok long sakit, aku sebenarnya tak get ready nak dengar lagi satu berita. Tapi aku tau, qada&qadar Allah.
Time anak saudara aku beritahu, long aku dah tak lama je ada peluang, aku rasa sangat-sangat kesal. Sebab masa long sihat, aku antara adik long yang banyak menyusahkan long. banyak mengada ngada dengan long. Mungkin sebab faktor aku anak bongsu. Aku sempat melawat long beberapa kali sewaktu long di hospital, long mohon maaf sebab peristiwa long marahkan aku, sampai aku merajuk dengan long. Ya memang aku terkesan tapi aku dah lama lupakan hal ni, long bersungguh sungguh minta maaf. Aku yang sebenarnya yang perlu minta maaf dekat long.
Pernah dulu long balik rumah, long biasa balik mesti bawak makanan, dia jerit nama yang biasa di rumah, aku pura-pura tidur sebab malas nak layan. Rupanya long bawak satay, dia nak suruh bukak kan dan hidangkan. Long pun kalau balik, dia mesti nak minta aku buatkan air “cu buat kan long air” jawapan aku mesti “alaaa buat lah sendiri, orang tengah ada kerja” tapi end up aku akan buat kalau mood rajin.
Aku lebih banyak nak itu ini dengan long compare abang. Mungkin faktor long ni jenis suka mengalah. Ya long mesti mengalah dengan adik beradik long. Sampai bila long dah takde, mak selalu kata “longlah antara anak mak, kalau mak marah dia, sikit pun tak tunjuk muka” means long ni mak marah macam mana pun, dia diam and tak menjawab pun.
Pernah aku time tu lapar, takde duit sebab mesin ATM problem, dan masa tu cuma ada motor je, aku mengada call long, mujurlah long tak balik rumah lagi, long pick up aku bawak makan dan balik rumah mak. Kebetulan tempat kerja long dengan kampus aku cuma berapa minit. Long juga lah sanggup pukul 3 pagi hantar aku ke airport walhal terlalu pagi long nak masuk kerja.
Aku selalu cerita dengan long, aku nak jadi tentera, dan kebetulan long ex- tentera. Bab logistics memang long expert, jadi long selalu kata, “ucu belajar logistik tak rugi, explorer selagi boleh explorer, dah habis nanti masuk tentera boleh jadi pegawai”. Aku terlalu banyak memori dengan long. Sampai kadang aku lalu tempat kerja long, aku menangis, nampak orang pakai baju kerja macam long, aku menangis. Mungkin aku belum puas nak manja dengan long.
Kematian long dan abang berbeza, abang pergi tanpa ada ahli keluarga disisi, tapi long pergi, disisinya ada anak isterinya, mak ayah, dan dua adiknya yang hanya sekali kami pernah bergambar. Aku sendiri menyaksikan kedua-dua abang ku ke dalam liang lahad, aku juga lah antara adik yang dapat solatkan jenazah abang-abangku. Sebab itu lah peluang terakhir aku dapat buat untuk mereka.
Sampai saat ini, ayah kerapkali sakit, mungkin tekanan melihat anak-anak lelaki pergi dulu sebelum ayah. kini, aku cuma tinggal abang seorang. Aku cuma berharap wali-waliku diberikan kesihatan yang baik, untuk melihat aku diserahkan kepada lelaki lain nanti.
Sesungguhnya aku sayang dengan adik beradik aku, walaupun kadang perangai annoying aku buat kakak-kakak aku menyampah dengan aku, tapi aku tetap sayang dan sanggup buat apa sahaja untuk mereka.
Sayangilah adik beradik kalian sebelum terlambat.
Al-fatihah buat abang-abangku, semoga nanti kita akan dapat berkumpul bersama semula seperti mana dulu kita akan berkumpul sewaktu hari raya!
– Adik bongsu yang nakal
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit