Long Lost Smile

Assalamualaikum semua. How you live without friend?

Saya Wafa. Saya tak tau nak mula story dari mana. Saya dari kecil ada masalah hubungan dengan mak. Macam orang selalu cakap, buruk macam mana pun tetap mak kita, kena hormat. Saya dah cuba, sabar dan tahan. Sampai satu tahap, saya dah meletus.

Saya tak kisah orang nak cakap saya kurang ajar. Saya mula lawan apa yang mak cakap. Tiap kali diherdik, dihina, dibandingkan. Sakitnya tak sama, pedihnya rasa ibarat ditoreh dengan pisau hidup-hidup. I feel hopeless, loneliness. Ada adik beradik, ibarat tiada, ada mak, ibarat tiada.

Arwah ayah saya dah lama meninggal. Since arwah ayah takde, saya tak rasa ada kawan. Rasa patah sayap. Mak pinggirkan saya, macam saya anak tak wujud. Selalu saya sedih tengok suami bagi duit kat mak ayah dia, mak ayah dia boleh doa yang baik2.

Saya takde semua tu. Dari kecik saya tak pernah rasa sentuhan mak. Saya bagi duit kat mak tak pernah miss dari zaman belajar lagi tau. Satu perkataan apa pun mak tak cakap kat saya.

Adik beradik pula suka jadi batu api, busuk hati, mak pula buat macam-macam cerita.. Lagilah benci mereka kat saya. Kalau sebut pasal mak dan keluarga ni, memang boleh keluar air mata. Saya sampai sekarang, asal ingat je mak dan adik beradik, rasa sebak. Ibarat saya seorang di dunia ni.

Saya struggle nak kekalkan kewarasan saya. Dah banyak kali fikir nak mati. Banyak kali tanya, kenapa allah tak tarik nyawa saya. Saya tak minta lahir ke dunia semata-mata utk dibenci oleh mak dan keluarga.

Saya tak kisah kalau adik beradik atau sesiapa benci saya, tapi bukan mak. I did everything to make my mom happy. I did my best, tapi mak selalu ranapkan hati saya dengan kata-kata dia. Jiwa saya hancur. Sampai saya takde keyakinan utk hidup

Ini ujian untuk saya. Masalah saya dengan mak, saya tak pernah cerita kat sapa-sapa. Dengan suami sekalipun, sebab saya takut suami ada bad impression pada mak saya.

Saya dah berkahwin. Juga atas pilihan mak. Setiap lelaki yang rapat dengan saya, yang saya selesa dan saya rasa kelakar, mak mesti reject. Yang ni tak cukup rupa lah. Yang ni gemuklah.

Punya saya nak mak happy dengan saya, sampai calon suami pun saya ikut cakap mak. Tuhan je tau betapa saya sedih kena lepaskan someone who can make me happy.

It never make my mom enough, walaupun saya ikut pilihan mak. Ada je lah, tak kena suami saya pada mata mak. Sekarang saya punya anak-anak yang comel. Suami saya typical malay man. Ada ego, taknak isteri lebih apapun drpd suami. Saya pernah lalui fasa bekerja. Kemudian jadi suri rumah.

Masa jadi suri rumah, saya korbankan kerja saya utk suami. Jaga rumah, jaga anak-anak. Saya sunyi. Suami tak layan saya sebagai kawan. Saya tak rasa ada connection dengan hati. Suami tak pandai berbual, taknak berbual, takde usaha nak berbual.

Kalau saya bercerita, responnya tiada. Dulu kami selalu bergaduh besar. Setiap kali bergaduh, suami jenis pandai cakap, dia pusing balik jadi semuanya salah saya. Dia perfect, dia takde salah apa. Saya sedih, kecewa, sakit hati, marah. Tapi tak tau nak marah kat sape. Sampai mental saya blocked.

I really hate him, i need someone who i can talk with.. I just need a listener, satu hari saya urus rumah dan anak-anak. Saya penat, suami kat tempat kerja.. Saya masakkan untuk suami. Lepas dia balik, time rehat, time baring, time makan, time outing, time driving.

Semua time saya cuba nak berbual. Tapi semuanya salah saya, suami kata masa tak sesuai nak berbual. Entah bila masa yang sesuai. Saya jadi fed up.

Bila saya bercerita, suami sekadar respon “hurm”. Saya tak tau bila masa dia ok, yang boleh normal sikit berbual dengan saya. Saya rasa sakit sangat. Ada suami tapi macam saya seorang kat rumah ni.

I lost my smile. Please tell me, am i expecting too much? Kalau suami bercerita, saya boleh respon dengan bertanya2. Ada two way communication.

Tapi bila saya bercerita, saya rasa cakap dengan dinding. Ajaibnya suami saya boleh senyum, buat lawak, dengan kawan-kawan sekerja. Tapi tak dengan saya

Saya rasa, saya tak lebih daripada teman tidur. Suami juga tak appreciate saya sebagai ibu yang lahirkan anak-anak dia. Self esteem saya memang down teruk. Masa jadi suri rumah ni, saya rasa nak bunuh diri. Kerap kali saya drive rasa nak speed up dan langgar kereta.

Terdengar bisikan, baik kau mati je. Masa tu lah, saya baca kuat-kuat aku berlindung daripada syaitan yang direjam. Rasa loser giler. Penat saya struggle nak bantu diri saya. Saya tak jumpa jalan how to develop balik rasa sayang pada diri sendiri.

Kemudian saya kerja balik lepas 3 tahun jadi suri rumah atas beberapa faktor. Kat tempat kerja, saya jenis pendiam. Saya lebih banyak mendengar. Saya pilih orang untuk saya bercakap. Sebab tu saya banyak diam, saya tak suka orang yang depan saya lain belakang lain.

Dalam berhati-hati, saya pernah juga ditikam rakan sekerja, kena fitnah. Tapi masa kerja ni, saya masih boleh tahan semua cabaran. Kerana satu sebab. Sebab yang saya rasa sedih bila ingat. Sebab yang saya tak boleh nak avoid.

Sebab saya boleh tahan masalah tempat kerja dan family. Adalah kerana kawan, dia ni lelaki. Dia banyak bantu saya bina keyakinan diri. Bantu saya di tempat kerja. Katanya, dia kesian kat saya, kenapa orang sebaik saya dianiaya orang lain. Sejak tu dia berazam utk buat saya gembira.

Dia juga jadikan saya motivasi untuk dia kerja. Sebab masa tu, dia tengah down dan benci dengan kerja dia.

Tapi bila jumpa saya, first day saya masuk kerja, dia dah kesian kat saya sebab kawan dia cuba nak buli saya. Dia jadi ada semangat balik nak keje sebab nak protect saya. Sepanjang berkawan, we always motivate each other

Dia ajar saya secara tak langsung untuk appreciate diri saya. Dia selalu cakap benda baik pasal saya. Semuanya positif. Kalau saya dah tone macam nak marah masa bersembang sebab tengah cerita benda tak best, dia akan ingatkan saya, you are more beautiful when you are not angry.

Padahal dia ni pernah tengok sisi buruk saya masa saya mengamuk. Tapi dia still boleh buat lawak dan calm me down.. Bila dah setahun lebih berkawan, saya rasa saya jumpa diri saya yang dulu. Saya dah mula pandai ketawa.

Then kami jadi lebih rapat bila dia pindah tempat kerja. We talk on phone almost everyday. Dia selalu dengar masalah dan support saya, masa ni saya lagi teruk kena aniaya kat tempat kerja.

Dia ni, tak pernah potong apa saya cakap, atau matikan semangat saya. Dia kawan yang boleh pinjam bahu. Takde lah saya menangis ke apa dengan dia.

Maksud pinjam bahu tu, dia dengar dan motivate, give good words, tu buat saya lapang dada. Saya selesa bercerita dengan dia, rasa a true friend. He don’t even judge me. Kawan perempuan pun susah nak cari macam ni.

We are not more than friend. Saya tak pernah fikir nak bercerai, atau nak berdua dengan dia. I always hope that the person i love to talk with is actually my husband, not my dear friend ni.

Tapi kenyataannya tak. Bila saya bercerita dengan husband, dan ia adalah masalah saya, i feel more dissappointed, demotivated, stupid..Even worst. Last-last saya rasa sangat marah dengan diri sendiri. Kenapa lah nak jugak bercakap dengan suami dah tau suami macam dinding tu.

Takde kebaikan bercerita dengan suami. Ini sebabnya kenapa saya sedih. Why my husband is not like him who can talk with me when i am need. Kenapa bukan suami yang comfort me, be my ears, be my side..

Kalau saya cerita dengan suami, ibarat kata saya ni lemas, nampak macam kau minta diselamatkan, dan suami cakap, sape suruh lemas, dah kau tu yang tak pandai berenang, jangan nak salahkan orang tak tolong, kau yang bodoh tak pandai berenang.. Macam tu lah perasaannya.

Padahal kau dah penat giler nak berenang, kau dah habis tenaga, kau bukan nak minta diselamatkan pun, kau cuma perlukan support dari segi kata-kata, supaya kau boleh guna baki tenaga kau tu.

Itulah bezanya. Kawan saya ni memahami apa yang saya perlukan. He just be there. Support me when i am alone to fight them manusia2 talam dua muka di tempat kerja.

Saya juga tak boleh avoid. Or stop talk to my dear friend everyday. Sehari tak bercerita dengan kawan saya ni, rasa tak lepas. Sebab saya rasa sangat lonely.

Saya tak ada kawan perempuan yang saya boleh percaya kat tempat kerja. Kawan sekolah ke kawan universiti semua busy dengan hidup masing-masing. Saya tau dosa bersembang berjam dengan dia. Tapi i just think that he just like my female friend. Hakikatnya tak.

Dia lelaki kot. Lama-lama, dia terbagitau i love you dalam gurauan, expressed dia punya jeles bila tau ada pekerja laki lain bg perhatian kat saya, so i just keep in my mind, dia bergurau je tu. Saya tak pernah anggap serious pun. So we continue chit chat macam biasa.

Saya bagitau dia, saya suka bersembang dengan dia just utk saya relief dan gelak. Dia cakap dia faham.. Dia tak pernah berlebihan dengan saya. Macam talk about se* atau keluar berdua. Tak pernah. Dia hormat dengan saya. Dia pun suka tgk saya gembira, it motivates him by the way.

Suami tau saya berkawan dengan dia tapi suami tak tau yang kami bersembang berjam tiap hari. Sekarang kalau suami buat don’t know bila saya bercerita, i just tell my husband i need space dan keep distance. Suami tahu saya marah dan tak suka respon dia.

Tapi suami tak pernah nak ubah, takde effort. Dia lebih prefer respon kat saya, seolah macam lantak kau la, or not my business, or it is small thing,. So, saya akan jarakkan diri utk rawat rasa sedih, sakit, kecewa, sendirian. I never stop try to talk with my husband, but end up, saya yang sedih.

Saya tau suami macam tu, saya keep nak bercerita, ingat dia memahami tapi takde nye lah. Selalunya sekarang saya balik rumah saya dah tak ada benda nak bercerita dengan suami.

Sebab saya dah habis puas bercerita dengan kawan saya tu. Lama2 suami mungkin dah perasan yang saya kurang bercakap dengan dia.

Kadang dia pula yang cakap, lama dia tak bersembang dengan saya. Dalam hati saya, bukan kita sembang pun. It is never looked like a bersembang. Like i’m talking to myself.

Sendiri bercakap, sendiri gelak. Sampai anak pernah cakap kat depan saya dan suami, saya cerita, saya gelak, tapi suami tak gelak pun, kesian kat saya..

Anak-anak memerhati kot. Tapi macam tu je lah suami saya. So saya biarkan jelah suami ingat saya dah okey tak bersembang, tak bercakap sangat dengan dia dekat rumah. Padahal saya dah mula develop dalam diri saya kat suami, perasaan lantak kau lah..I don’t care about you.

Actually i have someone who can talk with me outside there. I rather keep silent, tak cerita kat suami hal saya bersembang dengan kawan ni, asalkan hati saya hidup dan terjaga. Daripada asyik rasa kena tikam berkali-kali dengan suami. Daripada suicidal thought.

I also never tell my friend about my husband. Apa problem kitorang suami isteri. I never tell him about my kids. Selalunya kami cerita hal pejabat..Hal kelakar yang berlaku.

Hal membawang dan tak puas hati but in mode nak gelak je la. Dia tak pernah buat muka, atau fikir buruk bila saya luah benda serious. He can catch up what i really mean. His response totally different with my husband.

My husband selalu buat muka, macam saya la yang jahat dan teruk giler. Macam saya loser. Padahal saya nak maksudkan lain, bila saya tension tengok response dia, saya jadi marah, why he can’t understand. Tu lah punca kenapa kami selalu bergaduh.

But my husband never want to learn. Dia masih dengan ego dia.

In many arguments, saya yang salah, suami yang betul. Apepun perbandingan saya buat antara kawan saya ni dan suami, saya tak pernah fikir nak move our friendship to another level. Saya tak boleh blah dan mental koyak dengan certain perangai suami tang ni je. Yang lain saya ok dengan suami.

I always tell my husband i need a friend, not just husband, or bed partner. Entah lah, ibarat mencurah ke daun keladi, suami masih dengan egonya. Yang pelik, dengan kawan elok dia senyum, gelak, buat lawak. Tapi saya tak kisah dah, sebab saya ada kawan saya ni.

Kawan saya ni dah kawin, ada isteri dan anak. I know, i will not ruin other woman relationship. Kadang saya yang nasihat kat kawan saya, be good husband, be good father..Kalau nampak dia workaholic. Or too ambitious.

Saya suruh dia balik rumah jangan keje je. Kesian kat wife , kesian kat anak. Saya kenal isteri dia, jenis serious juga. Maybe that what make us connected. .Maybe kawan saya ni pun rasa tak content dengan wife dia. Tapi kami tak pernah cerita hal rumah masing-masing.

Saya tau dosa sembang dengan suami orang. Tapi to keep sanity, saya rasa it is better than i kill myself. I need laugh, i need happiness. Orang kata laugh is medicine. How can i get medicine. I can trust him for time being. Saya jenis secretive, reserved.

Saya bukan mudah nak cerita2 dengan sesiapa. Kecuali saya rasa boleh caya kat dia. Saya tak minta pun you all support apa saya buat ni, saya tau whatever reason, it is dosa..

Bukan saya tak cuba pergi kaunseling keluarga, saya pernah call talian-talian untuk orang macam saya ni. Befrienders la, pejabat agama la, tapi saya tak rasa secure bercakap dengan orang saya tak kenal.. Selalunya respon mereka meragukan.

Saya takut orang tau aib kami suami isteri. Suami pula tak bagi kerjasama. Bagi dia jatuh ego dan maruah pergi kaunseling. Entah la sampai bila kami berkawan macam ni. I hope to end but i dont know how.

I hope to have solutions. Sometimes i wish i dont know dosa pahala, takde lah saya hidup dalam rasa bersalah. Please. Paling kurang, doakan untuk saya kuat.

Saya fragile, saya memang takde hati dah nak hidup. I found my long and lost smile but in not good way. Saya takde kekuatan nak teruskan hidup.

– Wafa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *