Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana menyiarkan confession ni. Aku nk share pengalaman aku sebagai salah seorang yg berkerja di bidang yg mnyimpang dri jurusan aku.
Aku ada diploma dan ijazah dlm hr. Dan sejarah kerjaya aku hampir semua tiada kena mengena dengan apa yg aku study. Aku jugak bkn peminat matematik dan yg seumpanya dgnnya. Apa yg menariknya kerja yg aku dapat tu berpisah tiada dgn math. Haha.
Kerja pertama aku sebagai kerani akaun. Dan akaun bknlah subjek favourite aku dan aku kalau boleh taknak langsung terjebak dgn kira2 ni. Tp da rezeki. Aku harung jelah dgn tabah. Dan alhamdulillah aku mampu performed kerja aku tu. Tp aku kerja cuma setahun. Aku berhenti sebab isu perkauman kt ofis aku terlalu kuat.
Selepas permohonan demi permohonan kerja aku dipandang sepi. Aku gamble je kje cashier. N again. Kira kira jugak kn. Mula mula takut. Tp lepas tu best sbb jadi cashier ni enjoy sebenarnya. Kau akan jumpa macam2 jenis orang. Macam perangai. Dan kt sinilah kau akan develop kekuatan mental dan hati kau.
Serius weh kalo nk kuat mental utk hadapi cabaran kerjaya,try kerja yg kena berurusan dgn org ramai. Kalau kita dapat harungi dgn baik berdepan dgn mcm2 perangai manusia,insha allah lepas tu apa kerja pun yg ceburi. Kau akn dpt kuatkan hati dgn masalah2 kerja yg mendatang. Ha ni 1 tips la jugak.
Hampir setahun sebagai cashier. Barulah dapat tawaran sebagai asst. Hr exec. And masa ni aku kembali merantau ke negeri lain. Oh ya. Sblum ni aku kerja di tempat sendiri. Ni lah satu2 nya kerja yg ada kena mengena dgn field aku. Tapi aku cuma ditawarkan gaji diploma. Aku terima sebab aku nak ada pengalaman dlm bidang pentadbiran dlm resume aku nanti.
Masa berlalu dan aku rasa gaji tak berbaloi dgn living cost aku merantau jauh. Tambah pulak masa tu bos aku ada je salah aku yg dia nampak. Aku xtaw apa masalah dia dgn aku. But i still admit my mistake. Cuma aku xpuas hati bila aku ditegur dan dimarah depan staff lain. Jatuh maruah aku. Dalam bulan april tahun tersebut bertimpa timpa dugaan dtg. Aku da tak boleh nk go on da.
Masa tu juga company ada problem. Ramai staf berhenti dan aku tiba2 kena multitask. Entahla kalo ingat balik rasa sedih dan tertekan sangat. Aku banyak pujuk hati aku masa tu. 1 kata2 yg aku pegang adalah jika kita sabar dgn ujiannya. Allah akan beri rezeki dari arah yg tak disangka2.
Aku bagi notis sebulan dan aku resign tanpa ada backup kerja. Balik duduk dgn parent dan aku mintak kerja kt kedai 1 malaysia. Aku da x kira kerja apa. Yang penting ada kerja. Masa ni bulan ramadhan. So bermulalah kerja aku kt 1 malaysia. Hari pertama kerja balik rumah pas solat. Aku menangis teruk. Sebab aku rasa aku da downgrade hidup aku.
Dari kerja ofis. Aku kembali kerja susun2 barang. Mop lantai. N ada org atasan kedai ni yg pandang rendah pada aku beb. Sedih btol. Aku tak hina kerja mcm ni. Aku respect semua. Tp dari segi personal achievement, im downgrade myself. Tu yg aku rasa demotivated.
Hari hari aku doa agar aku dapat kerja yg stabil dan dekat dgn parent. Sebab aku nk jaga dorg. Aku tabahkan hati pergi kerja walau hakikatnya aku rapuh. Tak sampai seminggu aku kt situ. One day aku dapat call dri sebuah company yg tak jauh dari rumah aku utk dipanggil interview. And again. Kali ni bertambah tambah menyimpang dari jurusan aku.
Aku ditawarkan jawatan asisstant supervisor di makmal kimia kilang tersebut. So maksudnya aku perlu bekerja dlm lab. Aku langsung takde pengalaman. Masa sekolah pun aku bukan pelajar aliran sains. Aku pergi jugak interview tu. Berkat doa mak. Aku dapat kerja tu on the spot dengan gaji yang aum2 dan diberi on the job training. Alhamdulillah.
Sekarang. Dah hampir 3 tahun aku kat sini. Setiap hari aku belajar benda baru. And it was really fun! Setiap hari life aku berhadapan dgn testing. Terms chemical and so on. Kadang2 kena guide chemical engineer and explain kt dorg psl testing. Bila fikir balik. Aku pun tak sangka dgn working life aku skrg. My surrounding. Memang jauh dari apa yg aku bayangkan masa study dulu. Yelah dulu berangan acah acah nk jadi exec. Kerja ofis and pakai formal all the time. Haha.
Sekarang kerja aku lasak. Lasak fizikal dan mental. Dalam batch aku masa study. Aku je yg menyimpang jauh camni. From management line to chemical industry. Tapi kat sini aku belajar banyak sgt benda. Dan banyak mengubah diri aku in a positive way.
Even working hours agak panjang. Tapi kerja ni menyeronokkan dan tak bosan. Aku pun tak sangka bidang ni kena dengan jiwa aku sampai aku mampu bertahan sampai hari ni. So, utk graduan di luar tu. Jangan kecewa kalau tak dapat pekerjaan yang sama dgn yang kita belajar. Just grab every chances.
Pandanglah segalanya dengan hikmah. Jangan takut mencuba dan jangan banyak mengeluh. Tak semua yg kita nak kita akan dapat. Just enjoy the moment. Anda akan dapat belajar sesuatu yang baru dan lebih bernilai. Sekian…
– Nureen
hantar confession anda di sini -> https://iiumc.Com/submit