Aku tahun ni dah masuk awal 30an, masih belum berkahwin. Berkerja sebagai babu korporat (corporate slave) di tengah bandar KL agak memenatkan jugak.

Kerja sekarang aku tengah handle project yang sangat stress kerana dateline yang tak masuk akal, dan juga komitmen kerja yang tinggi. Stress tu aku bawa juga balik ke rumah.

Di rumah pula, aku sekarang tinggal sorang diri, takde peneman hidup, takde anak kecil. Stress level aku lagi bertambah dengan masalah kehidupan pulak.

Kalau ada isteri atau anak kecil, aku takdelah sunyi sangat, ada tempat bermain, bergurau mesra. Tapi hidup aku sangatlah sunyi.

Stress kerja aku tu boleh hadap lagi. Tapi stress pasal jodoh ni terasa berat betul bahu aku.

Pada umur yang dah 30an ni dah bila bayang jodoh pun masih kabur, aku tak tahu apa akan jadi bila aku dah tua nanti.

Aku bukan tak usaha, banyak dah usaha aku buat, wang ringgit pun banyak juga aku dah laburkan dengan join apps dating, kadang2 keluar belanja calon makan. Tapi semua calon tu tak menjadi lagi setakat ni.

Doa pun dah puas aku panjatkan mengadu pada tuhan juga.

Kadang tipu lah kalau rasa takde putus asa. Aku manusia jugak. Ada masa aku rasa penat sangat dengan hidup. Sampai nak tadah tangan berdoa pun rasa macam dah putus asa.

Sebab kadang aku rasa yang tuhan tak dengar pun keluhan aku, ataupun doa aku tak layan untuk dimakbulkan. Mungkin aku banyak dosa.

Tapi aku tengok ada orang lain yang lagi teruk dari aku, masih dapat rezeki jodoh. Aku bertambah kecewa.

Sekarang ni aku rasa macam aku dekat titik terendah dalam hidup aku.

Aku rasa loser sangat, dan aku rasa kalau ada perempuan yang jadi jodoh aku nanti, dia sangatlah bernasib malang sebab bersuamikan aku.

Aku saja nak ranting dan luah perasaan. Korang komen la, nak juga aku baca pendapat korang. Kot2 ramai diluar sana yang senasib dengan aku, ataupun ada yang lebih teruk dugaan korang.

Mungkin bila aku rasa aku tak keseorangan, aku dapat kekuatan sikit untuk teruskan sisa hidup aku..

– Mer (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

14 Comments

    • Hi Mer, I pun single dan perempuan pertengahan 30an. Lagi ramai septikal kenapa I tak kawin2. Kerja pun tak menentu. Dah pernah rasa apa yang apa yang you rasa, berada di titik terendah dalam hidup dan mentally tired sampai I pergi jumpa kaunseling. Apa yang boleh I nasihat, cuba dekatkan diri dengan Tuhan lebih lagi seperti sembahyang di masjid waktu yang you free like magrib or isyak. Tukar environment, seperti tempat tinggal atau tempat kerja. Buat lebih banyak aktiviti luar. Kalau masih ada kawan single, ajak la keluar. Hiking or fun aktiviti,lepak, tengok wayang, travelling. Kadang2 kita statik berada di tempat yang sama buat kita rasa kosong dan fikir apa yang kita tak ada atau tak dapat. Cuba keluar dari comfort zone dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada (family, friends, duit yang cukup untuk meneruskan hidup, masih diberi peluang untuk hidup dll). Mungkin jodoh you belum masanya lagi, teruskan berdoa dan I doakan you dapat jodoh yang baik2 satu hari nanti.

  1. Bro punya problem kecil sgt utk consider as titik terendah. Bro kena byk explore lg life org2 susah. Bru bro tahu yg ujian bro ni apalah sgt banding dgn org lain

  2. mer, you single, i pon single. kira jadi la eh. on serious note, kalau you sunyi, dekatkan diri dgn Allah. pergi ke masjid kalau ada masa, join majlis agama kalau ada kesempatan. normal kalau you sunyi because you’re human too. cuma maybe you kena improve cara you handle stress, sunyi you kot.

  3. Mer,apa yg awak rasai,saya pun alaminya.Balik kerja hanya mampu luahkan kesunyian dan beban kerja pada bantal.Air mata peneman sentiasa.Sekarang saya berpegang pada satu kalimat.Jangan jadikan jodoh satu perlumbaan.Jodoh bukan siapa cepat,siapa lambat.Bukan juga soal “bila”,tetapi dengan ” siapa” dan “bagaimana”.Lebih baik lambat tapi tenang,daripada cepat tapi penuh duka dan penyesalan.Selalu bersangka baik Allah tahu masa yang sesuai.Allah mungkin sedang ” hold” jodoh kita sebab nak lindungi kita dari orang yang salah.Sekarang bila rasa sedih or sunyi saya layan cartoon or marathon movie je untuk buang kesunyian.

  4. Dik.. faham sunyi. Normal.. kalau adik nak compare.. jgn compare dgn org yg bahagia. Please tengok betapa ramai yg kawin tp tak bahagia. And tengok ramai lagi yg bernasib malang. Takde keje. Takde tempat tinggal selesa. Masalah kewangan. Masalah keluarga. Baru adik akan rasa syukur menjadi seketul mer. Bahagia tu bukan dari 1 sumber. Try find new hobby.. pergi sungai, pantai, gunung. Grounding utk kurangkan stress. Jaga makan. Jaga minum. Jaga kesihatan. Tido cukup. Cuba bahagiakan adik beradik. Rapatkan diri dengan family. Semoga bertemu bahagia yg dicari. Amin..

  5. Mer,

    kuatkan lagi pergantungan dengan Allah. mohon keampuanan kepadanya dalam doamu sehari-hari. kamu tidak kesorangan, kamu dan kita ada Allah sebaik-baik pendamping dan peneman. apa akan jadi bila tua nanti? Allah selalu ada disisimu. Yakinlah. Dia Maha Mendengar

  6. Byk komen bagus kat Facebook, tapi sy nak sebut satu je. Betulkan mindset: apa KEUTAMAAN SEBENAR dlm hidup ni. Stres tu pilihan kita, gembira pun pilihan kita..hidup ni nak tenang atau sengsara smuanya pilihan. Tapi tulah kita asyik sibuk fikir drpd sibuk menyelesaikan. Kdg² yg disangka pnyelesaian pun bukan pnyelesaian sebenar sebaliknya penambah masalah.
    Yasmin Mogahed tulis; reclaim your heart. Tu yg sptutnya kita sbg hamba ni buat, insya Allah yg lain mengikut. Tak berjaya? Sbb kita tgk apa yg kita usaha, tapi kita tak cukup yakin dgn janji Dia. Yakin pd Allah byknya sekadar sebut di mulut, bukan dgn sepenuh kepercayaan & keyakinan di dlm hati.
    Sy rasa elok Mer iktikaf & rapatkn diri dgn masjid, sambil² bergaul, dpt jgk bljr dr org² baik/ tua yg byk pengalaman hidup. Lps solat atau baca Quran, jgn terus bngun. Ambil masa muhasabah diri/ mindfulness, kdg² kita ni byk sgt komplen dgn yg takde sdgkan byk lagi perkara² lain yg patut kita syukuri (melebihi dr apa yg kita rungutkan & tak puas hati)

  7. Are you sure you can handle family life while single life pun dah buat you stress sangat? Mungkin adalah hikmah tak kahwin lagi sebab single pun dah stress kerja, nanti apatah lagi kalau kahwin, ntah2 lagi tiada masa dengan family, lepas tu kot terbawa stress kerja sampai ke rumah, isteri dan anak jadi mangsa (samada mangsa lepas geram atau mangsa pengabaian).

    Another thing is, don’t stress sangat pasal jodoh sampai you question Allah’s plans. At least you dah usaha. Samada you want to usaha+try again cari jodoh (and maybe need to fix something here and there about yourself sebab kalau dah ramai calon tapi tak jadi, mungkin ada something wrong about youself,,?)
    or redho lah dan yakin dengan perancangan Allah. Teruskan berdoa tapi apa2 pun Allah knows what best for you. Ada ke tak jodoh, minta Allah yang jaga you and bagi you ketenangan, bukan manusia. Sangka baik dengan Allah. Kalau tiada jodoh di dunia, Allah dah janji jodoh kat akhirat nanti. So jangan stress2 pasal jodoh. Kalau orang tanya pasal jodoh, bila nak kahwin, makcik bawang perli2, just senyum and jawab saja lah “Kalau ada jodoh insyaallah, doakan saya ya”. Pastu dah continue with your life with the things that make you happy (hobbi ke, food ke, games ke). Tak payah stress pasal apa orang nak kata sebab manusia ni memang akan mengata dan kita tak boleh control. So better focus kat benda yang kita boleh control saja.

    Also speaking of banyak dosa, sambil-sambil tu usaha juga untuk perbaiki dan dekatkan diri pada Allah juga. Mulakan dengan pergi solat jemaah kat masjid/surau, dan jangan pedulik apa pakcik2 surau/masjid nak kata nanti sebab kita pergi surau/masjid sebab Allah, bukan dorang. Kena tanam dalam kepala yang dunia ni adalah tempat ujian, kat mana2 pun ada ujian dia sendiri. Ujian tempat kerja, ujian jiran, ujian kawan2, etc.

    Also, bak kata orang, lelaki ni takde expired date in term of producing heirs. Kahwin umur 40,50 pun masih laku. Tapi perempuan? Dah masuk 30-40 mulalah kena label tak laku dah nak expired susah nak beranak/ada risiko kat baby lah..

    Kalau sekadar nak kahwin sebab taknak rasa sunyi, cuba bela pet dulu, tengok boleh tak jaga betul2. Kucing ke, lizard ke, turtle ke. Make sure boleh bahagi masa untuk kerja dan juga masa untuk dorang (jaga makan minum bersih semua). Kalau makin stress, mungkin belum ready lagi tu nak ada family life..

    Panjang pula, but yes you’re not alone.

  8. Doa
    Usaha
    Istiqamah
    Tawakal
    Lakukan 4 perkara ni In Shaa Allah akan lebih tenang.
    Jika jodoh itu ada In Shaa Allah akan dimudahkan Dan Jika jodoh x juga kunjung tiba ketahuilah Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya.Jangan pernah putus asa.. Semoga Allah mudahkan urusan saudara.

  9. Rileks bro I pun single dah pertengahan 30an dah..pakej I perempuan.. jodoh belum bertemu tp I yakin Allah dah siapkan yang terbaik untuk I…bukan jodoh di dunia mungkin akhirat

    Kwn I lelaki umur 42 dah tahun ni pun masih bujang..ada gf gf pun takda jodoh..dia enjoy je life dia ..ada duit g bercuti solo travel kat negara negara berdekatan.Dia selalu ckp kalau kahwin ada anak pun belum tentu dapat jaga anak betul betul.

    Dgn bajet hidup makin meningkat.
    Semuanya yang berlaku ada hikmahnya semua kena pandang itu kasih sayang Allah.

    Berapa ramai confessor dalam ni mengadu bermasalah dalam rumah tangga?

  10. aku faham. situasi kita sama. aku pun laki 30an, belum bertemu jodoh. orang-orang lain pun dah komen dan bagi pandangan yang sangat bagus. aku tak nak ulang taip benda yang sama.

    cuma nak bagi sikit pendapat dari sudut pandang aku yang mungkin boleh menenangkan kegusaran hati kau. masa aku berdoa, aku akan minta pertemukan jodoh yang terbaik untuk aku. terbaik itu membawa banyak erti, tidak hanya kepada paras rupa, kecerdasan, kepintaran, kewangan, kesucian dan lain2. jadi, aku yakin dengan Tuhan, yang terbaik untuk aku masih belum dipertemukan. akan datang 1 masa, mungkin bukan di dunia ini pun, aku akan dipertemukan dengan yang Tuhan dah tentukan yang terbaik untuk aku. apa yang aku nak cakap sebenarnya adalah jangan putus asa dengan Tuhan. aku pernah terbaca atau terdengar ceramah, ketika kita berputus asa dengan Tuhan, kita ibarat sudah tidak lagi perlukan Tuhan. dan aku yakin kau tahu apa maksudnya ‘tidak lagi perlukan Tuhan’ tu.

    ujian jodoh lambat ni sebenanya kecik je. kau tengok orang2 dekat Gaza tu, sangat dasyat ujiannya dan diorg tetap tidak berputus asa dengan Tuhan. Cadangan aku, kurang2 kn tengok media sosial dan cara aku yang tak berapa rajin pergi surau/masjid ni, tambah ilmu dengan membaca atau tengok video/podkas bermanfaat kat platform youtube atau facebook (biasanya video ilmu ni panjang2 tak macam yg kat tiktok dan instagram) atau main game advanture yang ada story line best supaya kau distracted daripada fikir pasal jodoh yang belum tiba tu. boleh reply komen aku ni kalau nak aku bg suggestion game yang padu. hahaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *