Loser Di Usia 30-an

Terima kasih admin sekiranya sudi publish apa aku nak coretkan ini. Semoga pembaca dapat bagi nasihat berguna untuk aku yang buntu dan hilang self-esteem ni.

Biar aku perkenalkan diri. Aku, Nana. Umur 38 tahun. Seorang pemegang ijazah, pernah bekerja dan sekarang aku rasa aku seorang loser. Kenapa? Meh aku cerita.

Aku ni dibesarkan oleh ibu bapa berpendidikan dan bekerjaya. Ada pembantu rumah yang menguruskan rumah. Parents aku ni memang menitik-beratkan pelajaran. Alhamdulillah semua adik beradik aku berjaya dalam bidang profesional. Kami semua dapat ke asrama penuh sejak form 1. Hidup kami selesa di ibu kota.

Lepas aku mendirikan rumah tangga dengan suami, hidup aku makin berubah. Aku pindah ke utara tanah air setelah mengandung memandangkan suami bekerja dan familynya asal dari sana. Bila melahirkan anak pertama kami, suami tiada inisiatif membantu aku mencari pengasuh mahupun taska.

Aku tak kenal sesiapa di situ. Tiada saudara mara, kenalan mahupun rakan. Rakan2 office pula samada anak sudah besar2 atau belum berkahwin. Jadi, aku buntu mencari tempat untuk menghantar anakku yang masih bayi comel tu. Suamiku memujukku untuk berhenti Kerja dan menjaga sendiri anak kami.

Dan.. Aku akur akhirnya. Aku berhenti kerja tapi niatku bukan berhenti terus tetapi untuk sambung belajar dan mencari pekerjaan lain yang lebih flexible sebagai ibu dan isteri ketika itu. Memandangkan pekerjaanku ketika itu amat memerlukan komitmen yang tinggi yang menyebabkan aku kurang masa untuk Keluarga. Setiap kali menatap wajah comel anakku, naluri keibuanku tersentuh.

Dan.. Kesengsaraan aku bermula. Aku mula memohon kerja lain selepas itu. Memandangkan anakku masih bayi, aku yang harus menjaganya 24jam. Aku tiada kereta. Kereta telah dipulangkan semula kepada ibuku kerana waktu aku kerja dahulu, aku pinjam kereta ibu.

Jadi, aku tidak dapat keluar ke mana2. Hanya menunggu suamiku yang sangat sibuk tu pulang. Aku meminta suamiku tolong mengepos surat permohonan kerja ku. Tapi dia menolak. Alasannya, dia suka aku menjadi suri rumah. Menjaga anak kami sepenuh masa.

Tidak pernah aku bayangkan aku akan menjadi suri rumah sedangkan aku sudah biasa bekerjaya. Ketika cuti semester di uni pun aku akan bekerja part-time. Aku dibesarkan mempunyai pembantu rumah. Bayangkan lepas aku berkahwin, aku perlu membuat semua kerja rumah 100%. Satu kejutan budaya buat aku. Suami? Jarang berada di rumah. Jadi, memang aku lah kena buat dari A smpai Z.

Kemudian aku memohon untuk sambung belajar. Berkali-kali aku dapat tawaran tapi aku tidak dapat mendaftarkan diriku kerana tinggal di utara tanah air. Sedangkan universiti dan kos yang aku mohon hanya ada di universiti di sekitar Selangor. Suamiku tidak mahu kami berjauhan dan dia juga tidak mahu pindah ke Selangor.

Aku teruskan lagi memohon dan kali ini memohon belajar di luar negara. Syukur, setelah melalui exam dan interview yang sukar, aku mendapat tawaran dan tajaan ke luar negara. Tapi sekali lagi impian aku musnah bila suamiku tidak mengizinkan dengan alasan kenaikan pangkatnya akan terjejas sekiranya ambil cuti tanpa gaji.

Sekiranya aku berkeras untuk pergi, aku pergi seorang. Tinggal anak di Malaysia. Aku sebagai seorang ibu yang menjaganya 24jam siang malam, pasti akan memilih anak. Dan impianku hancur bersama air mata..

Masa berlalu, kini anak ku sudah besar. Umur ku juga meningkat…

Aku masih menyimpan impian. Untuk terus menuntut ilmu. Tapi apa kan daya. Aku tak punya wang untuk sambung belajar. Dan aku masih di utara tanah air. Pasti memerlukan wang yang banyak untuk ulang alik ke kelas di Selangor nanti.

Mungkin ada yang beri idea untuk membuat business. Bukan aku tak cuba, aku dah cuba. Dah banyak business aku ceburi. Dropship, MLM, agen, sewa, preloved, emas, insurans, shopee… Semua sudah dicuba. Namun, aku tetap tak berjaya.

Aku lebih rela makan gaji yang pasti dapat duit di hujung bulan. Business kalau untung pun beberapa ringgit sahaja. Tak cukup menampung kos minyak mahupun kos untuk aku sambung belajar. Tempat aku tinggal ni pula sukar mendapat pekerjaan kerana kawasan kampung. Buntu dibuatnya.

Aku menulis bukan untuk apa. Hanya luahkan apa yang berlaku dalam hidup aku. Aku pernah dengar orang kata, hebatnya seorang isteri kerana suaminya di belakang yang memberi sokongan.

Tapi aku, aku ingin terbang mencapai bintang kejayaan. Tapi kepakku dirantai.. Aku tak dapat terbang. Aku masih mencari-cari aku yang dulu. Yang bersinar cemerlang. Aku hilang semangat, aku tiada kawan. Aku sendirian. Hanya ada keluarga kecilku.

Ya aku loser, aku depresi. Aku rasakan semua impian, cita-citaku tidak mencapai apa yang aku rancangkan. Sedangkan aku dulu seorang top scorer, sentiasa dapat apa yang aku hajati.

Aku bukanlah ingin menjadi jutawan tapi cukuplah duit untuk aku bahagia kan ibu bapa, mampu sedekah pada mereka yang memerlukan. Tapi bagaimana aku ingin memberi sedangkan aku tak punya apa-apa.

Inilah kisah kehidupanku. Doakan aku terus kuat dan dimurahkan rezeki. Semoga masalah aku ni ada penyesaiannya. Keinginan aku untuk sambung belajar masih berkobar-kobar. Kerana bagi aku, ilmu itu perlu dituntut sehingga ke liang lahad. Tapi aku tak punya wang untuk sambung belajar. Aku hanyalah suri rumah.

Aku ingin berjaya tapi aku hanya nampak masa depan yang kelam. Aku lihat rakan2ku berjaya dan semakin mendaki naik tapi aku mengundur ke belakang. Orang makin melupakan ku… Aku seolah-oleh tenggelam sendirian. Bantulah aku. Berikan kata-kata semangat atau idea.

Aku tak nak jadi loser lagi..

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *