Losing Hope

Hai.

Saya bukanlah pelajar UIA. Tetapi saya kerap membaca confessions di page IIUM ni. Firstly, I hope my writing will make sense, because I’m not used to writing in Bahasa Malaysia. But I will give it a shot.

Tujuan saya men-submit confession ini disebabkan saya ingin mendengar pandangan/nasihat kalian.

Saya tak pasti sama ada ‘problem’ saya ni real problem ataupun saya ni oversensitive. Akan tetapi, perkara ini membuatkan saya menghadapi tekanan perasaan.

Saya dibesarkan dalam keluarga middle class, family saya kecil, ayah saya mempunyai kerja yang bagus, boleh dikatakan apa yang saya nak, ayah mampu belikan. Manakala ibu seorang suri rumah. Dikalangan adik beradik, saya je yang belum habis belajar, ada sikit lagi nak habis. Maksudnya saya masih financially dependent on my parents.

Parents saya memang tersangatlah ‘fantastic’ dalam menyediakan keperluan material kami adik beradik. Akan tetapi, saya dibesarkan dalam keluarga yang tidak mementingkan spirituality. Maksudnya perkara seperti sembahyang, ataupun ‘ingat tuhan’, bukanlah sesuatu yang normal dalam keluarga saya.

Ibu saya seorang muallaf, ayah saya pula seorang muslim. Di zaman mudanya, beliau adalah seorang yang ‘kuat agama’, akan tetapi dia bukan lagi seorang yang mahu mendekatkan diri pada tuhan. Saya tidak pasti kenapa. Jadi, saya ni dari kecil sampai besar memang tidak biasa sembahyang/solat.

Semuanya berubah ketika saya memasuki kolej, my heart was broken by someone, menyebabkan saya mengalami fasa depression. Kebetulan apartment tempat saya tinggal pada masa itu (Saya tidak tinggal bersama keluarga pada waktu ini) bersebelahan dengan surau, selama ini saya tidak pernah hiraukan azan, tetapi ada sedikit rasa bersalah kerana tak endahkan azan. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk meminta bantuan tuhan untuk heal saya dari depression.

Hari berganti hari, kemurungan saya semakin berkurang, boleh kira ia mengambil masa 2 3 tahun juga. Dalam masa 2 3 tahun tersebut, saya tidaklah sentiasa solat 5 waktu, boleh dikatakan hampir setiap hari ada miss solat fardhu. Tetapi, dalam masa 2 3 tahun ni, saya menjadi sangat berminat pada spirituality. Namun, apabila balik ke rumah, bila melihat sikap keluarga yang tidak kisah pasal ‘spirituality’, saya menjadi kecewa, dan marah kepada mereka. Mereka bertanggungjawab untuk mengajar tentang isu ‘belief/religion’ kepada kami adik beradik, tetapi perkara ini hanya di ‘dump’ kan pada formal education.

Formal education pun tidak menolong sangat, sebab saya di hantar ke sekolah yang tiada Islamic studies. Hanya subjek Religious studies yang ada, yang mana skop pembelajaran merangkumi pelbagai agama. Saya dikelilingi orang2 yang bukan se-agama dengan saya. Which is never a problem for me, sebab saya memang biasa dengan keadaan sebegini (Ibu muallaf, keluarga sebelah ibu ramai agama lain).

Sekali lagi hati saya dikecewakan, seperti biasa, saya mengalami kemurungan. Tetapi kali ini agak lain sedikit, kerana, di samping kemurungan disebabkan kecewa, saya juga sudah pandai menjadi bosan dengan rutin hidup (Bangun pagi, kelas, study). Btw, saya tak pernah ‘bercinta’ dengan orang yang kecewakan saya ni, mungkin sebab bosan dengan rutin hidup, pada suatu hari, this guy caught my attention. Saya ni jenis yang tidak mudah untuk memberi perhatian pada benda macam ni, sebab saya mahu fokus dengan pelajaran. Long story short, dia reject saya.

Bosan dengan rutin hidup, kecewa dengan ibu bapa, dan kecewa kerana patah hati. Semua ini membuatkan saya bosan dengan hidup, as a result, saya yang dulunya rajin belajar, kini menjadi pemalas, membuatkan saya kerap gagal dalam pelajaran. Saya sudah bosan dengan semuanya, ada kalanya terlintas untuk membunuh diri sahaja, tapi saya ni jenis penakut, so memang tak lah.

Dalam keadaan emosi yang kurang stabil, saya membuat keputusan untuk berpindah balik ke rumah keluarga, dengan harapan parents saya boleh membuatkan saya bersemangat kembali untuk belajar (Kerana merekalah saya sanggup mengambil course yang orang katakan agak mencabar ni). Nyata, mereka tidak lagi mampu menjadi sumber motivasi saya, sebab saya tersangat kecewa dengan sikap mereka yang telah saya ceritakan di atas. Tambahan lagi, hubungan saya dengan ibu menjadi kurang baik. Ibu saya memang seorang yang garang sejak saya kecil lagi (She is not very affectionate. My parents are not the affectionate type).

Ibu saya jenis yang suka bercerita, tetapi bukan dengan saya. Dia sangat suka berbual dengan relatives saya. In fact dia sangatlah rapat dengan cousin2 saya. Dengan saya? Saya adalah orang favourite untuk dia melepaskan marah dan moodynya. Dia pernah berkata, dia lebih suka berbual dengan adik beradik lain daripada saya. Kerap kali dia membuatkan saya berasa yang saya ni tidak cukup untuk dia (I am not enough to make her happy).

Untuk pendekkan cerita, dugaan2 ini membuatkan saya penat. Mungkin hanya dugaan2 kecil bagi pembaca2 confession ini. Tapi saya penat.

My prayers are becoming less and less everyday, and I am no longer as interested in faith as I used to be, because the pain inside is killing my strength. When the pain gets stronger, it makes me doubt about God’s power to heal it. When I’m upset because of this pain, I always wonder, does God even care?

– Lost girl

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit