Assalamualaikum wbt. Nama aku Muja. Ini adalah confession aku yang ke-3. Aku ada ada cita-cita, nak berjaya dalam pelajaran dan nak kerja bagus supaya dapat ubah nasib family, tapi apa yang aku rasa ialah kosong dan sempit. Not contented. (Confession 1,2; Betulkah Allah Itu Maha Adil?).
Untuk part I, (https://iiumc.com/betulkah-allah-itu-maha-adil/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/betulkah-allah-itu-adil/).
Kali ni aku nak cerita something yang sangat-sangat penting, aku nak semua orang tahu. Agak panjang sedikit, aku harap korang semua sabar baca sampai habis.
Pemikiran aku banyak dibentuk oleh keadaan sekeliling, dimana dari dulu hingga sekarang ukuran kejayaan tu pada result exams, kekayaan, jawatan dan yes, rupa. Benda-benda ni semua lead kepada satu penyakit iaitu “losing identity disorder”. Aku namakan ia LID. Penyakit ni datang tanpa aku sedar, macam kanser. Bila dah stage 4, baru tersedar. LID ni menyerang hampir semua umat manusia tak kira kecik tua atau muda, perempuan atau lelaki.
Allah telah menrezkikan aku untuk sambung belajar di negara yang hampir semua penduduknya bukan islam. Dan lebih epic, bila aku dicampakkan sorang-sorang kat satu uni ni, dan akulah manusia pertama yang berhijab di bandar tu. Pertama kali aku sampai, tak kira kemana aku pergi, semua mata akan pandang kat aku macam aku ni alien datang dari luar solar system.
Bila aku berjalan kat laluan pejalan kaki, dan kereta berderet tengah tunggu traffic light, semua orang dalam kereta akan tengok aku dan mereka bercakap sesama diorang. Bila aku sesat, dan nak tanya jalan kat orang-orang kat situ randomly, orang akan lari dan buat-buat tak nampak aku. Nak buat kawan memang susahlah. Semua orang menjauhkan diri dari aku. Bila aku cuba tegur, kekadang diorang memang anggap aku macam tak wujud kat situ.
Negara yang aku pergi ni ialah negara yang guna Bahasa ke-3 selain melayu dan English. Dan orang-orang kat uni tu pada awalnya diorang tak penah tahu aku boleh cakap bahasa diorang. Dan banyak kali lah aku ni di ‘umpat’ secara direct depan-depan sebab diorang ingat aku ni tak faham apa yang diorang cakapkan. Salah satu dialog yang aku ingat ialah bila ada satu group perempuan yang ala-ala diva , berskirt pendek dan baju pun macam singlet, berjalan belakang aku, diorang cakap
“ish, tengok dia ni tutup dari atas sampai bawah, tak panas ke? Serious panas ni! Dah la pakaian pelik”
Aku nak je toleh belakang dan cakap dengan bahasa diorang “Yang korang pakai skirt pendek sangat ni tak sejuk ke ha?!” Tapi aku diam mengetap bibir. Aku buat-buat tak dengar saja. Dan setiap kali benda macamni happened, memang aku buat-buat tak faham. Tapi deep down inside, aku rasa sakit dan rendah diri.
Masa tu agak kecoh la kat uni tu dengan kehadiran seorang perempuan berhijab. Diorang siap fikir lagi sebab kenapa aku tutup kepala ni sebab aku takde rambut, botak ke. Nak kata betapa famous nya kehadiran aku waktu tu, seorang kawan aku yang ada kat negara yang sama datang dari wilayah lain untuk teman aku masa medical checkup. Masa tu kami jalan berdua dalam uni, sampaikan dengar diorang bercakap sama diorang
“weh, bukan ada sorang jeke apasal ada dua orang yang pelik macamni?”
Masa tu for the first time dalam hidup aku, aku rasa malu dengan hijab yang aku pakai. Aku segan dengan baju labuh dan skirt labuh yang aku pakai. Senang cerita for the first time dalam hidup aku, Allah swt uji aku dengan rasa malu dengan ‘keislaman’ aku. Dan aku tak pernah expect akan experience perasaan macamni.
Bayangkanlah, sebelum tu 21 tahun aku hidup dan membesar di Malaysia yang masjid merata dan nak jumpa orang yang berhijab pun bukanlah sesuatu yang pelik. Pernah tak kau rasa malu nak keluar rumah hanya disebabkan sehelai kain yang kau letak atas kepala? Confirm tak penah kan. Kat Malaysia kot. Artis pun pakai tudung. Ye, sebab aku pun tak pernah ada isu ni masa kat Malaysia sampailah Allah swt hantar aku ke negara ni.
Hari-hari aku kumpulkan kekuatan untuk berjalan pergi uni. Aku sampaikan tak pernah masuk kantin uni lepas satu peristiwa dimana bila aku jejakkan kaki ke kantin, satu kantin yang besar tu, semua orang akan pandang aku dan berbisik satu sama lain. Yelah bila kat kantin, nak ambil tray pun kena beratur panjang, tambah-tambah bila peak hour masa lunch. Dan masa nak ambik makanan pun, aku kena tanya adakah makanan tu muslim friendly, jadi benda ni akan menarik perhatian semua orang lah.
Ya Allah, aku rasa malu yang teramat sebab berbezanya aku dengan diorang, benda ni buat aku sedih. Sejak tu aku tak lagi masuk kantin tu. Setiap hari aku akan jalan cepat-cepat ke kelas semata-mata nak elakkan diri dari terserempak dengan crowd, aku taknak dipandang atas bawah.
Aku suarakan kegelisan aku ni pada seorang kakak halaqah ni, dan dia beri aku satu firman Allah swt dari Surah Ali-Imran yang buatkan aku tersentak.
“Dan janganlah kamu(merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, kerana kamu paling tinggi (darjatnya), JIKA KAMU ORANG YANG BERIMAN”
Perempuan Afrika yang pakai turban atas kepala mereka, sami Buddha yang pakai selipar jepun bodoh dengan ‘sari’ oren, even naik kapal terbang pun diorang pakai macam tu, adakah diorang malu dengan apa yang diorang pakai? Adakah sami buddha tu malu dengan ‘kebudhaan’ nya? Macamana aku yang islam ni boleh rasa malu dengan keislamanku, sedangkan title islam ni Allah swt anugerahkan pada aku dengan penuh kemuliaan, sepertimana Allah swt berfirman dalam surah Al-Hajj ayat 78;
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. DIA TELAH MEMILIH KAMU dan DIA SEKALI-KALI TIDAK MENJADIKAN UNTUK KAMU DALAM AGAMA SATU KESEMPITAN(MEMBERATKAN). (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu muslim sejak dulu lagi, dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas segenap manusia makan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan BERPEGANGLAH kamu pada TALI ALLAH, Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong”
Helaian kain yang menutup aku sepenuhnya kecuali muka dan tapak tangan ni ialah mahkota keislaman yang aku bawa kemana saja aku pergi. Yang melambangkan keISLAMANku. Yang melambangkan identity aku. ISLAM. MUSLIM tu. Tapi malangnya sebab aku pun confuse dengan identity diri, kesan kepada penyakit LID ni aku Nampak helaian kain ni hanyalah sekadar satu budaya dan kebiasaan yang wanita muslim pakai.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda;
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali asing dan ganjil. Maka beruntunglah orang-orang yang asing” (Hadis Muslim)
Ye. Aku memang rasa macam makhluk asing sanagt. Pernah juga satu petang di musim panas, aku ke supermarket. Tiba-tiba ada sorang pak cik ni tengok aku atas bawah. Aku senyum saja. Just another human yang pelik tengok aku. Kemudian dia tanya aku,
“Kenapa awak pakai mafla sampai atas kepala? Sejuk sangat ke? Ni kan musim panas..”
Aku dah pelik dengan soalan pakcik ni.
“Erm, pakcik ni bukan mafla, ni hijab. Saya pakai ni sebab Tuhan saya suruh. Sebab saya islam. Dan kat seluruh dunia ni ramai lagi muslim dan pakai hijab ni macam saya.”
Pakcik tu masih lagi tak faham dengan apa yang aku cakap. Dia seolah-olah tak pernah dengar langsung pasal hijab mahupun perkataan islam pun dia tak pernah tahu.
“Awak boleh pakai mafla tu masa winter” memandangkan aku fasih berbahasa mereka, dan mungkin sebab mata aku sepet macam diorang ni, pakcik ni memang ingat aku warga situ, dan kepelikan yang teramat lah bila ada orang tetibe pakai mafla penuh kepala di musim panas yang teramat panas tu.
Aku tak mampu explain sampai pakcik tu faham sebab dia terlampau clueless. Sampai kesudah dia tak get lagi yang aku ni seorang muslim dan kain atas kepala aku ni hijab. Dia pun berlalu tinggalkan aku dengan kerut seribu.
Balik rumah, malam tu aku tak boleh tidur. Aku keep on fikir macamana kat zaman serba canggih ni masih ada lagi manusia kat dunia yang tak pernah dengar langsung pasal islam?! Dah la negara tu bukan lah negara cikai-cikai takde teknologi, tapi negara tempat aku bermastautin bertahun lamanya tu ialah negara yang sangat maju malah jadi rujukan satu dunia tentang kehebatan teknologinya. How can berita tentang islam ni tak pernah sampai pada mereka? Takkanlah. Tak logic.
LID ni membunuh identity islam kita, hingga cita-cita kita jadi kecik. Sesiapa yang terkena penyakit ni, jiwa nya kecik, apa yang dirisaukannya tak lain tak bukan benda-benda kecik yang tak mengubah dunia. Contoh, apa yang aku nak makan nanti, apa yang aku nak pakai nanti, aku nak kawin bila dan dengan siapa. Aku mesti dapatkan lelaki atau perempuan yang aku suka.
Teringat kisah bila suatu ketika dulu, Christian nak rampas Andalus (Spain) yang pada waktu tu berada kat pemerintahan islam, malah jadi salah satu pusat pentadbiran tamadun islam terbesar selepas Baghdad. Mereka upah seorang lelaki perisik untuk tengok keadaan orang islam waktu tu. Kemudian masa perisik tu masuk ke kota Andalus, dia terserempak dengan seorang budak lelaki muda tengah nangis teruk. Perisik tu tanya kenapa budak tu nangis, dan budak tu jawab teresak-esak;
“Sebab mak aku tak bagi pergi berjihad selagi aku tak hafal 30 juzu al-Quran”
Perisik ni balik ke tempat nya, dan bagitau ketua nya pasal kejadian tu. Then ketua tu cakap “kita tak boleh lagi serang mereka. Kita takkan menang lawan orang-orang yang cintakan jihad dan tak takut mati”.
Lepas 30 tahun, Christian hantar perisik sekali lagi untuk check keadaan orang islam kat Andalus. Perisik masuk ke kota Andalus dan terserempak dengan seorag budak lelaki muda tengah nangis teresak-esak. Perisik tu tanya budak tu kenapa dia nangis, dan budak tu jawab;
“Sebab mak aku tak bagi aku kawin dengan perempuan yang aku suka.”
Perisik ni balik ke tempat nya dan report pada ketuanya, then ketua tu cakap “Okay, kita boleh serang Andalus sekarang.” Maka jatuh lah Andalus satu persatu ke tangan Christian, dan Kota terakhir yang jatuh ke tangan mereka ialah kota Granada dan kisahnya sangatlah sadis dan epic. Macamana ratu Isabel dengan Raja Ferdinand dapatkan kunci Kota Granada melalui tangan orang muslim sendiri!
Kalau korang baca kisah jatuhnya Granada ni korang akan rasa loser gila. Sebab betapa mudahnya islam tu jatuh kat tangan orang kafir pada waktu tu. Diorang dapat conquer Andalus semudah ABC, effortless.
Maka hilanglah islam dari Andalus hingga ke hari ini. Kalau dulu, Andalus merupakan tempat yang paling banyak masjid kat dunia ni, tapi semuanya dah ditukar jadi gereja sampaikan sekarang.
Di Spain hanya tinggal dua buah masjid sahaja itupun dikunci dan tak digunakan, suara azan berkumandang tak lagi kedengaran di Spain hingga ke saat ini. Sebab? Sebab jiwa-jiwa pemuda islam mengecil, cita-cita orang islam waktu tu, dari cintakan jihad tak takut mati, menjadi seorang yang cintakan perempuan, bahkan boleh menangis hanya kerana perempuan! Senang cerita waktu tu, orang islam diserang penyakit LID!
Teringat kata-kata Umar al-Khattab r.a masa orang islam buka(tawan) Baitul Maqdis, masa tu Umar bagi ucapan masa Rom nak serahkan kunci,
“Kita adalah umat yang diberi kemuliaan dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan lain selain daripada islam, kita akan ditimpa oleh kehinaan”
Kemuliaan tu dengan islam. Maknanya, bilakata kau ni islam, kau pergi mana pun kau akan rasa bangga dengan keislaman tu. Bukannya rasa malu bila tutup aurat. Bukan rasa malu bila nak baca quran depan orang. Bukannya rasa KEREK bila kau cakap pasal benda-benda islamik. Pendek kata bukannya rasa POYO dengan keislaman kau.
Pelik kan, yang kita rasa ialah sebaliknya. Dengan keislaman ni, bukannya kita rasa mulia,bangga, sebaliknya kita macam takde benda yang nak dibanggakan dengan islam ni. Bahkan kita rasa malu! Rasa rendah diri. Kenapa boleh sampai kau dan aku tak rasa proud dengan identity kita yang sebenar ni?Inilah identity islam yang dah makin menghilang dari dalam diri kita. Tengoklah media sekarang, benda yang dibangga-banggakan semua nya bersifat materialistic, malah kita lebih bangga dengan benda-benda yang datang dari luar.
Kalau korang perasan trend-trend yang masuk dari luar memang tak sah lah kalau kita tak follow. Kononnya kalau tak follow macam ketinggalan gitu. Trend barat ka, Korea ka, Jepun ka. Seolah-olah, identity islam kita ni ‘ditempelkan’ oleh benda lain, sampaikan tenggelam semua nilai-nilai keislaman yang sebenar. Orang pun tak nampak kat mana islamnya kita. Jadi, macamana kita nak rasa bangga dengan identity sebenar kita ni?
Tengoklah drama-drama di tv kat rumah tu, kebanyakan plot cerita memanglah samada kisah perjalanan hidup lelaki nakkan perempuan atau perempuan berusaha untuk kawin dengan lelaki yang dia nak. Malah dalog-dialog dalam drama ni semua bukanlah bercakap perihal yang besar, tapi kadang-kadang tu hanyalah scene nak tanya “kau suka dia tak sebenarnya?”.
Bahkan most of the drama memang akan ada watak antagonis yang akan buat jahat semata-mata nak dapatkan orang yang dia suka. Ya Allah, kalau lah hari-hari kita dihidangkan dengan cerita-cerita yang macamni, budak-budak kecik tengok, lama-lama benda tulah yang akan jadi cita-cita kita, cita-cita anak-anak kecik ni. Iaitu ‘No matter what happen, I need to have a guy that I like, and I have to kahwin dengan orang yang aku suka’.
Bukanlah aku nak cakap kau takleh suka kat orang, tapi we worth more than just to think tiny little things that doesn’t even make a change to the world. Akal kau dan aku diciptakan untuk fikirkan benda yang lebih besar. Otak kau dan aku di anugerahkan untuk bercita-cita lebih besar. Tubuh badan kau dan aku tak kiralah underweight atau overweight we are more than just to get the ideal weight saja. Kau dan aku berharga lebih daripada hanya nak mendapatkan semua ni. Come on, we are way better than this.
Menjadi seorang muslim is more than just solat 5 kali sehari, berpuasa, zakat, haji, tapi we worth more than that. Kita bukan islam by chance. We are chosen. Kita dipilih untuk misi ini. Misi menyampaikan islam ni kesuluruh alam ni, barulah islam ni jadi ‘rahmatilil alamin’, menjadi rahmat keseluruh alam. Kalau islam sekadar terperap di masjid-masjid sahaja, dan terpisah dari system hidup kita, takkan mungkin ia sampai ke seluruh alam sepertimana islam yang start dari tanah Mekah tapi kita yang nun jauh di garisan khatulistiwa pun boleh merasa keislaman ni.
Kalau lah sahabat-sahabat Nabi dapat islam lepas tu berdiam diri saja dalam masjid-masjid, apply islam in certain occasion seperti hanya baca doa di pembuka majlis sahaja, pastilah islam tu takkan sampai pada kita hari ni. Sebab tulah Allah swt berikan tujuan hidup selain daripada abid ni Allah swt berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 30;
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan-mu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi,” Mereka berkata “Adakah Engkau hendak menjadikan orang yang akan merosakkan dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Allah berfirman, “Sesungguhnya, Aku mengetahui apa yang yang tidak kamu ketahui..”
We should be what Allah told us what we have to, not the media. Iaitu menjadi abid dan khalifah di muka bumi Allah swt ni. Dan dua perkataan ni disimpulkan dengan satu perkataan iaitu ISLAM. Inilah identity kita. ISLAM. Islam dalam erti kata yang sebenar.
Bukan pada ritual dan routine sahaja. Dari dalam hati, hingga ke darah daging, bahkan perbuatan, pemikiran, kesukaan, kebencian juga mestilah based on islam. Melihat sesuatu dengan kaca mata islam. Betul dan salah juga dari islam, bukan apa yang media cakapkan, bukan orientalis cakap kan. Bukan islam yang terpisah dari hidup, tapi ia sebati dengan semua system hidup kita.
Aku akhiri penulisan kali ini dengan satu persoalan untuk kau dan aku tanya pada diri sendiri.
“APA IDENTITI MU?”
– Muslim yang sedang cuba memperbaiki diri,
– Seorang Muja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit