Losing Myself

Hi dan assalamualaikum semua. Aku Bunga. Setelah berkali-kali aku nak send cerita aku tapi gagal, here I am. Serious talk, aku tiada siapa untuk aku meluah. Sebab, no point kalau aku cerita tapi end up aku akan disalahkan balik sebab aku hanyalah anak.

Dan untuk aku luahkan kat orang luar, aku ada trust issues. Jadi, aku memilih untuk bercerita di sini sebab tiada siapa yang akan tahu aku.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang ada mindset “anak lelaki adalah raja, anak perempuan adalah hamba” dari side mama dan papa. Papa bekerja. Mama suri rumah. Urusan rumah dari a-z, hantar ambil anak sekolah, pergi ke sekolah bila ambil report card/PIBG.. memang semua mama uruskan.

Papa? Balik kerja, hanya uruskan diri papa sahaja. Pernah sekali rumah sepah sebab mama tak larat kemas/ tak sempat masak, papa akan cakap “buat apa duduk rumah dari pagi sampai malam, takde buat apa² pun”.

Biasalah, anak- anak masih kecil. Dah kemas rumah, tapi nanti sepah balik. Mama bukan goyang kaki je duduk rumah. Pagi petang malam mama ‘bekerja’ tanpa gaji. Tapi papa tak nampak semua benda tu. Mama memang fokus kat anak-anak dan suami.

Dulu, aku kagum dan nak jadi macam ibu dan isteri macam mama. Bila aku dah faham, aku doa supaya tak jadi macam mama bila kahwin nanti.

Adik beradik aku ramai lelaki. Hasil didikan papa dan mama, adik beradik lelaki aku semua tak reti buat kerja rumah. Dah besar, tapi bilik harapkan orang lain kemas, lipat baju pun tak nak, nampak rumah sepah tapi suruh adik beradik perempuan kemas.

Bila aku tak nak, cakap anak dara kena rajin, kesian kat laki bila kahwin nanti. Aku pernah cakap kat mama papa, bestnya jadi anak lelaki takyah buat apa-apa kerja. Makan, minum, tidur dan tengok phone je. Aku kena marah balik sebab kurang ajar. Time tu, jiwa remaja.

Aku banyak gila cakap benda yang aku rasa betul kat mama papa. Aku tahu salah aku. Tapi aku sebagai anak, aku penat. Duduk sekali dalam rumah, tapi adik beradik perempuan dan mama macam maid.

Mama pernah cerita, papa pernah tegur abang aku. Masa tu abang tolong mama sapu sampah. Papa cakap “kenapa sapu sampah, inikan kerja orang perempuan”. Dan abang aku tak pernah tolong dah mama. Mama pula sekarang ni dah tua. Mana larat nak kemas rumah seorang diri.

Time puasa pula, yang terlampau penat lelaki. Tak boleh disuruh buat kerja. Habistu yang bangun awal pagi masak sahur, nak masak lauk untuk berbuka lagi, uruskan rumah lagi.. tak penat?

Hari raya pula, sehari sebelum dah masak juadah dari pagi sampai la pagi esoknya. Nak hidangkan lauk lagi. Sampai takde masa nak bersiap cantik-cantik. Pakai baju raya pun sekejap je, pastu pakai baju rumah balik sebab senang nak buat kerja dan taknak baju kotor.

Ayah aku bekerja biasa-biasa je. Gaji pun cukup-cukup untuk perbelanjaan keluarga, bayar rumah dan bil-bil berkaitan, duit untuk sekolah dan lain-lain. Walaupun, ayah selalu rimas sebab asyik-asyik minta duit. Aku faham, papa seorang je breadwinner dalam keluarga. Anak-anak ramai dan tengah membesar.

Tapi, aku as anak pun ada hak untuk minta duit. Aku pun kadang-kadang takut nak minta duit dari papa. Aku rasa macam aku ni menyusahkan parent aku. Pakaian aku banyak dari kakak dan abang aku. Walaupun secondhand, tapi aku seronok sebab dapat baju ‘baru’.

Beli baju pun setahun sekali time raya. Aku beli baju raya yang murah sebab nak beli kasut dan tudung juga. Pastu, dapat duit raya dan duit belanja sekolah yang aku dapat tabung.. aku beli baju, seluar dan pakaian dalam. Best time tu dapat duit raya banyak sebab masih sekolah.

Orang lain pandai bergaya, aku tak. Fashion taste aku teruk sebab aku pakai apa yang ada je. Masuk universiti pun sama juga. Laptop guna abang punya yang old version. Tapi aku okay je. Asalkan aku dapat buat assignment. Beli phone sendiri guna duit biasiswa. Pakai barang dan kelengkapan yang ada dari rumah.

Aku selekeh gila time tu. Kulit hitam, muka teruk sebab breakout, fashion style pun kelaut. Tahun kedua belajar, aku baru kenal apa itu skincare dan makeup. Sama juga, aku kumpul duit beli barang yang aku nak.

Cerita pasal aku pula, aku ni tak boleh kalau ada orang bergaduh, tinggikan suara. Confirm aku jadi berdebar dan shaking. Aku jalan dan lari cepat-cepat sebab aku takut. Aku tak tahula, ini bentuk trauma ke tak. Atau mungkin sebab peristiwa masa lalu yang aku tak bole lupa.

Time aku kecil, abang aku dan papa gaduh. Banyak kali dan tiap kali tu aku berkurung dalam bilik, tutup telinga dan distract myself sebab aku takut gila. Sampai satu hari, tiba-tiba mama papa aku menjerit. Aku keluar bilik sebab nak tahu apa yang jadi. Aku tengok lantai ada darah dan tangan abang aku luka.

Aku tergamam time tu. Mama papa cepat-cepat bawa abang aku pergi hospital. Aku tahu hati mama papa banyak terluka sebab anak-anak.. jadi aku memilih untuk diam dan lebih pendam apa yang aku rasa. Aku cuba jadi anak perempuan yang baik pada mama dan papa. Walau banyak kali aku penat jadi anak perempuan.

Mama pernah cakap, kena pandai itu ini nanti mak mertua cakap mama tak ajar pulak. Malu nanti. Aku ni dari kecil selalu tengok bias ya cara didikan kat anak lelaki dan anak perempuan.

Anak perempuan kena perfect, nanti dah kahwin kena jaga makan minum suami, kena bantu suami bila susah, kena hormat suami, kena ada skill itu ini, jalankan tugas as isteri dan ibu, focus kat keluarga yadda yadda.

Tapi, pesanan kat anak lelaki langsung takde ya. Asyik anak perempuan je kena. Cuba nasihatkan anak lelaki tu juga untuk jadi seorang yang provider mindset, bertanggungjawab bukan hanya sekadar nak kahwin sebab nanti ada orang uruskan keperluan a-z.

Aku tak pernah rasa aku ni lawa. Sebab dulu, aku pernah naik berat badan sebab stres. Papa cakap ‘Bunga, kuruskan la badan. Gemuk betul. Perempuan kena jaga badan’. So aku maintainkan berat badan aku. Naik sikit, aku dah rasa diri aku gemuk. Dan kan aku kata muka aku breakout.

Adik beradik lelaki aku semua ejek aku. Cakap aku ni buruk, muka banyak jerawat dan diorang geli tiap kali pandang muka aku. Sama juga, time kat sekolah. Beauty privilege is real. Sebab tu aku tak ramai kawan. Kawan lelaki pun mana ada nak kawan dengan aku. Plus, aku ni tak pandai bergaul dan introvert.

Tapi sebenarnya aku adalah orang yang akan non-stop bercakap bila aku dah kawan dan selesa dengan orang tu. Disebabkan aku tak ramai kawan, aku hargai sangat persahabatan tu. Kawan baik aku tak bole nampak aku lebih dari dia. Kalau aku dapat markah tinggi, dia akan ambil kertas exam aku pastu compare jawapan dia dan aku.

Dan banyak kali, kawan baik aku tiba-tiba tak nak bercakap dengan aku. Bila aku tanya kenapa, dia senyap. Kawan sekelas aku akan tanya ‘kau buat apa kat dia? Mesti kau buat salah dulu. Pergi la minta maaf’. Dan tiap kali tu aku minta maaf dan kami okay balik walaupun aku tak tahu apa salah aku. Tapi aku diam je lah.

Aku sedih gila. Aku tak sedar yang aku juga jadi people pleaser. Aku fikir perasaan orang lain berbanding hati aku sendiri. Aku juga fikir, kalau aku buat baik kat diorang mesti diorang pun akan buat baik dengan kita. Walau banyak kali aku kecewa dan sakit hati sebab aku faham diorang, diorang tak faham aku. Aku pendam je masalah aku.

Aku selalu bagi kata semangat kat orang bila diorang down dan sedih, tapi aku hanya ada diri aku je untuk aku kuat balik. Orang kata, aku ni orangnya ceria tapi disebalik tu aku simpan banyak luahan. Aku tak happy dengan hidup aku. Sama juga kat universiti, aku try hard untuk berkawan dan bergaul dengan semua orang.

Faham tak, kau akan dapat rasa feeling bila orang tu tak suka kau pun. Macam tu lah aku. Dulu, aku terasa bila kawan aku pinggirkan aku. Tapi sekarang, aku dah letak boundaries. Siapa nak kawan dengan aku, aku okay. Tapi kalau tak nak, itu hak kau.

Dan, mungkin orang lain anggap aku ni mengada-ngada. Tapi itu la moment yang mana aku nak buat parent aku bangga sebab aku ni takde apa untuk make my parent happy tentang aku. Tak macam adik beradik aku yang lain. Aku selalu rasa diri aku ni anak yang gagal. Dan aku pun tak tahu ada ke tak rezeki aku nak convo lepas ni.

Sebelum ni papa pernah cakap kat aku, papa hanya akan datang ke negeri tempat aku belajar untuk majlis konvokesyen. Aku dah excited gila. Aku dah pesan awal-awal untuk datang tepat waktu sebab risau pintu dewan tutup. Aku whatsapp tanya dah masuk ke dewan? Duduk kat barisan mana? Tapi takde reply.

Hati aku positif lagi, mungkin tak tengok phone. Majlis dah lama start dan sikit lagi tiba giliran aku naik pentas. Aku cakap yang turn aku dah nak dekat. Hati aku sedih gila bila mama papa tak masuk dewan sebab lambat. Kena duduk luar. Aku konvo tapi mama papa tak tengok live aku naik pentas. Aku nak nangis. Tapi aku tahan.

Keluar je dewan, aku cari keluarga aku. Orang lain dapat flower bouquet. Tapi aku tangan kosong. Mama cakap, mahal sangat lah sebab tu tak beli. Baik beli makanan je. Dan time tu kawan aku whatsapp dan call nak jumpa aku. Aku minta izin pergi kejap je, tapi kakak aku marah aku sebab ada mama papa, buat apa pergi kat kawan? Sedih betul aku.

End up, kawan aku call tanya aku kat mana. Dia pergi kat aku dan keluarga aku. Kawan aku bagi bouquet kat aku. Tahu tak, sedih betul bila aku dapat bouquet dari orang luar. Bukan keluarga aku sendiri. Aku takde mood nak bergambar. Aku tengok tiket masuk dewan tu. Huhu.

Beberapa tahun ni, aku macam hilang diri aku. Aku lost motivation. Aku love-hate relationship dengan diri aku. Hahaha. Aku cuba cari my spark balik. Tapi tula, kadang aku feel motivated pastu tiba-tiba perasaan sedih datang.

Aku pernah doa, aku nak nangis bila aku rasa happy je. Sebab banyak kali aku nangis sebab aku benci diri aku. Aku tak pandai. Aku tertinggal jauh dari kawan-kawan aku. Aku pun tak tahu mana hala tuju aku nak pergi. Macam mana masa depan aku nanti? Aku akan berjaya atau masih gagal? Aku takut.

Aku pilih untuk kerja jauh dari rumah sebab mental aku dah penat. Betulla, bila kau takde apa-apa, orang akan bagi pandang rendah kat kau. Aku dah rasa macam mana. Aku nak bebas. Aku nak tentukan hidup aku sendiri walau aku pun tak tahu next plan aku nak buat apa.

Entah, mungkin banyak dosa aku kat mama papa sampaikan aku sendiri pun tak tahu dengan life aku. Aku takde rasa nak kahwin. Tapi aku nak kahwin so that aku rasa macam mana rasa disayangi tu.

Kalau aku ada rezeki kahwin, aku nak sangat jadi seorang ibu dan isteri yang terbaik untuk keluarga aku. Aku tak nak apa yang aku lalui sebagai seorang anak, berlaku kat anak-anak aku juga. Cukup aku je.

Aku tak suka bila perasaan kosong tu datang. Aku rasa diri aku gagal tapi aku lost motivation untuk start dari mana. Korang, tolong doakan aku boleh? Semoga aku dapat diri aku balik, happy balik, mulai sayang diri sendiri dan jadi orang yang berjaya dunia dan akhirat.

Maaf sebab panjang. Thank you sebab sudi baca luahan aku..

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *