Assalamualaikum korang. Ini bukan luahan just perkongsian santai-santai sahaja. Maaf penulisan agak terabur. Thank you admin siarkan perkongsian ini.
Ini pesanan untuk sesiapa yang lost dalam dunia tak kira lah pekerjaan, hala tuju dan sebagainya. Aku pon pernah berada di tempat korang.
Kalau diikutkan, aku menganggur dalam tempoh yang sangat lama selepas aku tamat diploma. Tapi pada umur sekarang aku belajar semua yang aku lalui bersebab.
Dari sekolah rendah hingga ke universiti, Alhamdulillah aku boleh dikatakan seorang budak yang agak bijak. Diberikan rezeki result aku selalu cemerlang sampai aku rasa apa je aku nak aku dapat.
Tapi life is not all sunshine and rainbows. Lepas diploma aku apply kerja merata-rata sampai aku give up mencuba. Duduk di kawasan kampung agak mencabar untuk mencari pekerjaan kerana persaingan tinggi.
Reality hit hard. Tapi di umur aku sekarang aku mula sedar yang Allah letak aku kat sini bersebab.
Ayahku seorang pendidik. Lumrah pendidik ni pekerjaan mereka sangatlah stress. Ayah aku hidap strok sampai majlis konvo aku pon dia tidak dapat hadir. Aku pergi hanya ditemani seorang kawan.
So ayah aku pencen awal dijaga oleh mak aku. Mak aku juga seorang pendidik tapi kelas petang.
Tapi sepanjang2 aku menganggur aku sedar aku adalah anak yang banyak abiskan masa dengan parent aku. Aku antara adik beradik yang paling faham parent aku.
Aku jugak ada di setiap jatuh bangun mak aku dalam usaha memulihkan sakit ayah aku. Dari mula sakit sampailah sihat. Dari tak boleh berjalan sampai boleh berjalan,
Aku saksi mak aku selalu ada disisi suaminya dan aku menolongnya sebagai anak. Aku anak yang dikurniakan pandangan dapat melihat semua ini. Aku bersyukur Ya Allah.
Aku ada 4 adik beradik tapi yang lain sudah berkahwin dan tidak tinggal di kampung. Tapi mereka juga ada membantu parent aku.
Dan Alhamdulillah tahun lepas aku dikurniakan pekerjaan tepat pada waktu. Dimana ayahku sudah makin sihat.
Allah bagi rezeki pekerjaan kepadaku tak lambat tak cepat tapi tepat pada waktu. Bagi aku pekerjaan ini sudah cukup untukku.
Biarpun lingkungan gaji masih lagi bawah basic tapi pekerjaan yang mempunyai boss dan pekerja yang baik dan faham kita adalah salah satu rezeki yang tak ternilai.
Pagi tadi aku cuba try recap balik life aku. Ya Allah sungguh banyak rezeki yang kau limpahkan kepada aku sepanjang aku menganggur.
Sungguh banyak antaranya aku dapat pergi travel merata tempat asbab dikurniakan rezeki seorang teman yang baik yang tidak berkira jika mahu bercuti. Selalu bawa aku. Terima kasih sahabat.
Family aku pon banyak bawak aku pi travel. Allah cukup tahu hobi aku so dia hantar mereka2 dalam life aku.
Ya Allah sungguh banyak nikmat yang Allah berikan sampai aku terdetik Allah sangat2 menyayangi hambanya. Kenapa baru aku sedar?
Pesan aku untuk sesiapa yang lost dalam life. Duduk sekejap try tengok sekeliling apa yang boleh kau syukurkan dalam life ini.
Jika masih ada parent, Alhamdulillah, jika masih boleh pergi berjalan2 tak kira lah taman depan rumah pon, Alhamdulillah, jika masih bernafas, Alhamdulillah.
Semua bende jadi dalam life bersebab. Kau tak nampak sekarang, kadang2 bertahun baru kau akan sedar.
Akhir kata, don’t give up trying guys and bersyukur walau dimana pon kau berada.
Sambil2 try tu tengok sekeliling what can you do to make everyday of your life special. Tak kisah lah mende tu kecik je macam sky viewing atau star gazing contohnya. Hari2 kau boleh buat.
Bak kata Eminem dalam lagu Not Afraid “I shoot for the moon but I’m too busy gazing the star”.
Tepat pada waktu In Shaa Allah kau akan dapat apa yang kau nak jika Allah izinkan.
– Sea Cucumber (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kisah yg positif