Aku sekadar ingin meluah dilema seorang mak yang perlu bahagikan antara kerja keluarga dan diri sendiri.
Aku pemilik travel cleaning business, tapi skala kecil je la. Makin mengecil lepas PKP. Sekarang dah 3 tahun keadaan menuju kestabilan selepas zaman covid.
Aku sudah berumah tangga selama 10 tahun dan berkat bertapa di rumah asbab PKP, aku dikurniakan seorang baby boy dan setahun selepas itu baby girl. Alhamdulillah rezeki paling besar bagi aku dan suami. Teruja gembira bersyukur tak terkata.
Kedua family kami pun sangat gembira kerana 10 tahun penantian untuk miliki zuriat sendiri.
Aku akui asbab kami stress bekerja lah yang menyukarkan proses lekat benih. Walau sebenarnya tak rushing pun nak ada anak, namun Allah jua tentukan sudah tiba masanya untuk timang anak. Kami terima dengan hati yang terbuka dengan sujud syukur atas kurniaan ini.
Namun, ada permasalahan yang lain sepanjang aku mengandung hingga kini. Waktu PKP aku terpaksa berhentikan semua staff, 8 orang kerana kemampuan syarikat nak bayar gaji terbatas.
Aku strukturkan semula syarikat dengan pembahagian ikut kawasan. Tapi mostly aku yang cover segala urusan pejabat dan kerja di site. Memang kerja cleaner teramat lah letih dan tak berbaloi dengan bayaran.
Tapi kalau korang nak tahu, syarikat aku la bayar gaji staff paling tinggi seperti kerja-kerja lain. Kalau pergi ke site jumpa cleaner lain dorang tanya pasal gaji memang dorang pun nak kerja dengan syarikat aku. Tapi itu dulu la, sebelum covid melanda.
Al kisah selepas ada anak, aku dah kurang fokus bisnes ini. Aku memang fokus pada anak. Tambahan pula 10 bulan dapat anak pertama, termengandung anak kedua. Salah perancang la tu. Takpe, aku anggap rezeki yang tertunda Allah baru bagi. Jadinya 100% aku fokus pada anak.
Bisnes aku makin slow down. Dan akaun agak hancus tapi terkawal. Aku hire sorang dua tapi disebabkan kami tak ada office, kerja dorang tak mencapai expectation aku dan kewangan agak tersepit bila hire mereka.
Kepala aku makin serabut. Mana nak fokus anak lagi, mana nak ajar staff lagi nak kena suruh satu satu. Last aku minta dorang resign. Aku yang jaga bisnes sendiri.
Kini, anak-anak makin aktif. Aku fikir lepas fasa baby, boleh la aku fokus pada bisnes, tapi meleset. Makin aku paranoid.
Macam-macam fikir macam mana kalau anak aku speech delay, macam mana tak pandai bergaul, macam mana 3 tahun tapi tak boleh sebut apa-apa lagi. Baby aku pula baby colic. Hampir anxiety dah aku dengan baby yang 24 jam menangis. Lagi la aku lost.
Oh suami aku sangat-sangat banyak membantu. Cuma kita si ibu kena lagi extra effort dengan anak-anak tambahan pula anak-anak memang melekap dengan aku.
Memandangkan 2 orang anak beza setahun, aku cuba hantar playschool, tapi cikgu tak larat sebab anak aku masih pampers dan tak nak dengan orang lain. Menangis sampai sawan yang baby tu. Yang abang pula asyik berebut itu ini.
3 hari je aku hantar then terus stay kat rumah. Aku tak berani nak hantar pengasuh. Sebab baby tu la. Bimbang orang hilang sabar.
Sejak selepas PKP bermacam perubahan yang berlaku untuk sistem kontrak kerajaan dan urusan kewangan. Aku rasa aku langsung tak sempat nak follow perubahan semua sistem ini. Jadi bila aku berurusan dengan satu jabatan, segalanya jadi panjang dan ambil masa yang lama.
Bila ada anak kecil ni, lagi la drag masa untuk uruskan sesuatu. Nak ke sini, cancel, selang 3 hari baru boleh pergi semula. Ya sejak ada anak hidup aku agak kalut dan serabut dan langsung tak terurus. Bila jadi macam ni, lagi la sakit kepala. Rasa segalanya menekan aku untuk itu dan ini.
Aku akui, memang aku tak dapat nak catch up segala benda berlaku kat luar dunia aku. Bila aku bagitahu kat suami “aku banyak sangat masalah, tapi orang kata aku tenang macam tak ada masalah langsung.” S
uami aku kata, “sayang kan sedang jaga 2 baby.” Aduhai, aku tak tahu nak fikir macam mana. Family faham, tapi sistem tak faham. Surat warning itu ini sampai macam surat cinta. Tak terkejar rasanya. Nak buat kerja itu, anak ini nangis. Nak buat ini anak itu nak ini.
Aku tengok mak lain okay je anak kembar tapi boleh bekerja. Aku pun tak tahu apa masalah aku ni. Aku nak grow bisnes ni tapi macam-macam halangan aku dapat. Macam mencuba tapi tak ada hasil pun. Nampak usaha tu tapi keputusan nya kosong! Tak ke mana, masih di takuk yang sama.
Aku cuma mampu fikir, aku jaga anak aku harini, Allah tolong permudahkan urusan kerja aku. Allah jauhkan masalah yang berat untuk aku. Allah jaga emosi aku supaya bukan kerana kerja aku nak baran dengan anak-anak.
Asbab aku bermain dengan anak-anak aku hari ini, Allah bagi sesuatu dengan lebih untuk keluarga aku.
Aku pun tak tahu sama ada aku perlukan nasihat dari orang, atau sekadar untuk meluah, atau berkongsi cerita. Aku nak normal life aku semula. Rasa nak stop semua apa aku buat sekarang tapi semua tu datang menuntut segala hal.
Contohnya kontrak, mana boleh stop begitu saja. Kena bayar pampasan dengan jumlah yang besar. Mana nak cekau duit. Nak tukar kontraktor pun tak boleh. Aku nak stop tiber la datang surat itu ini nak audit akaun la apa lah.
Nak tamatkan semua, aku fikir, komitmen aku nak bayar pakai apa. Aduh stress bila fikir semua ni. Terus rasa gelap mata nak pitam.
Kesian anda semua pening baca permasalahan aku. Tapi aku tak tahu nak cerita kat siapa. Aku perlukan “magic word” untuk betulkan balik mindset aku ni.
Sekarang rasa lemau dan lemah asbab rutin dengan anak sedari hari pertama mereka lahir. Aku dah tak boleh nak “kritikal thoughts “ dah. Lebih kepada lantaklah apa nak jadi pun jadi la. And makes it worst tu normal.
Itu saja la kut nya. Terima kasih sudi membaca luahan ini. Terima kasih juga atas kata kata yang manis dan pahit jika ada dari anda.
– Syee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit