Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika sudi siarkan tulisan akak. Dalam 2-3 minggu ni akak baca banyak kisah-kisah berkisar soal jodoh dan kisah rumahtangga yang bergolak. Benarlah orang kata nak kahwin ni senang tapi nak harungi alam rumahtangga tu tak seindah drama tv3 yang kisahnya ‘bersemut’ selalu.
Jika kita lihat ramai pasangan sebelum kahwin bukan main ‘sweet’, kononnya rasa bahagia ‘till jannah’ tapi seawal 2-3 bulan lepas kahwin terus rasa perkahwinan tu macam neraka. Rasa tersalah pilih pasangan atau tiba-tiba rasa tak selesa dengan keluarga mentua. Yang lagi teruk lagi bila si isteri rasa suami ni cuma nak perabih duit isteri je.
Dik, perkahwinan ni bukan sekadar suka-suka atau semata-mata sebab cinta. Sebelum kahwin kena set minda siap-siap, perkahwinan bermaksud awak dah bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai suami/isteri & bersedia nak bina keluarga. Sepatutnya kena rancang ekonomi keluarga dari awal lagi. Tetapkan tanggungjawab masing-masing sebelum kahwin. Jangan sekadar ikut trend, orang kahwin kita kahwin. Orang nak ada anak kita pun nak ada anak tapi bila dah ada anak sorang rumahtangga huru hara macam ada anak 10 je.
Ok, akak tak nak cakap banyak. Di sini akak nak share sikit ciri-ciri ‘loveable wife’ & ‘leavable wife’. Perkongsian ni akak petik dari apa yang disampaikan oleh Puan Diyana Tahir secara online tahun lepas. Alhamdulillah memang tips untuk jadi ‘loveable wife’ memang sangat membantu rumahtangga akak. Dulu pun akak hampir bercerai dengan suami gara-gara tak tahan dengan perangai suami yang selalu abaikan rumahtangga tapi bila dah belajar cara nak jadi isteri terbaik, perlahan-lahan suami mula berubah & jadi sayang sangat dekat akak & anak-anak sekarang.
Apa ciri-ciri ‘loveable wife’ tu?
1. Isteri kena selalu rendahkn ego diri tapi layankn je ego suami. Contohnya ego paling dominan pada suami adalah ego ingin berkuasa. Jadi apa-apa kata-kata dia selagi tak bertentangan dengan agama kita cuba patuh sebaik mungkin.
2. Penuh expressable masa hubungan intim( macam nampak ghairah bila bersama), jangan macam kayu je tak ada respons. Lama-lama suami cepat bosan.
3. Sentiasa mencantikkan diri depan suami (tips: suami sebenarnya tak suka isteri pakai bju kelawar dengan bedak sejuk atau pakai baju yang tak nampak kewanitaan mcm pakai tshirt dlm rumah)
3. Pertahankan cinta pada suami dan sanggup buat apa saja nak selamatkn rumahtangga.
4. Sentiasa memaafkn kesalahan suami dan terbuka hati terima salah dia (kena sedari diri sendiri pun banyak buat salah) ‘provided’ suami bukan kaki pukul atau kaki judi atau sewaktu dengannya.
5. Paling penting hargai & sayangi diri dulu dan tak mengharapkan penghargaan dari orang lain termasuk suami. Bila sayang diri sendiri lebih dari segalanya secara autamatik kita akan kongsi kasih sayang dengan suami tanpa mengungkit apa-apa.
6. Jangan kedekut untuk ‘invest’ untukdiri sendiri. Contohnya make up simple depan suami,beli produk kecantikan, beli baju tidur lawa untuk melawa depan suami je. Bagi suami rasa isteri kat rumah paling lawa berbanding dengan pompuan kat tempat kerja dia.
7. Selalu sokong hobi dan minat suami. Sekali sekala biarkan dia keluar dengan kawan-kawan dan tak ganggu ‘privacy suami’.
8. Jadi ‘best friend’ & ‘best listener’ pada suami. Bila suami cerita tumpukan perhatian sepenuhnya walaupun sibuk dengan anak & tunjukkan rasa kita minat nak dengar. Ni tujuan supaya dia rasa isteri pendengar paling setia bukannya perempuan kat luar sana.
9. ‘Always communicate’ dalam apa-apa hal. Bercakap lembut setiap kali ingin menegur sesuatu atau sampaikan ketidakpuasan hati tak terus marah-marah.
Tapi apa pula ciri-ciri ‘leavable wife’? Maksudnya ciri-ciri isteri yang ada potensi untuk suami berpaling arah atau hilang ‘spark’ pada isteri.
1. Bila bercakap selalu je nak lawan ego dan cakap suami dari benda kecik sampaila benda besar.
2. Masa hubungan intim, malu-malu & tak terbuka, pura-pura puas sekadar nak sedapkan hati suami je. Suami boleh rasa isteri pura-pura.
3. Selalu merungut & rasa diri tak cantik dan tak jaga penampilan depan suami. Di sini ramai yang silap katanya sebab sibuk dengan anak dan kerja rumah sampai tak ada masa nak melawa. Nak melawa bukan susah dik, contohnya make up simple guna make up murah pun ok dah just nak bagi nampak berseri depan suami. Kalau masa nak pi kenduri sempat melawa kenapa depan suami tak boleh?
4. Selalu layan perasaan sedih dan fikir semua kekurangan suami dan kurang memandang kelebihan dia. Zaman sekarang susah nak cari lelaki sempurna 100% dik. Mungkin keburukan cuma 10-30%, kebaikan 70-90% tapi kebanyakan yang buruk jugak dipandang.
5. Susah nak maafkn suami, suka berdendam dengan suami dan mengungkit semua salah dia sampai buat suami rasa ‘loser’. Yelah buat baik macam mana pun isteri tetap tak puas hati.
6. Harapkan suami je sayang, hargai dan puji diri sedangkn diri sendiri pun tak hargai diri suami. Lelaki ni macam perempuan jugak nak rasa dihargai. Kalau suami tak dihargai isteri macam mana kita nak ‘expect’ suami pun akan buat benda yang sama?
7. Ambik mudah soal berpakaian depan suami, selalu pakai serabai dalam rumah & tak nak ‘invest’ untuk mencantikkan diri. Bagi yang suri rumah sebenarnya boleh jana pendapatan dengan buat bisness kecik-kecik atau dropship dari rumah. Duit lebih boleh guna untuk mencantikkan diri.
Akak kongsi bukan nak minta dikecam tapi apa yang puan Diyana cakap ada betulnya juga. Sebab dulu akak hampir ada semua ciri ‘leavable wife’ tu sebab tu suami akak makin lama makin dingin dan tak pedulikan akak & anak-anak. Tapi bila akak ubah sebaliknya suami bertambah sayang kan keluarga. Suami dulu gamers kental tapi sekarang lepas setahun kekalkan ciri ‘loveable wife’ dia sendiri yang berhenti main games & banyak masa dihabiskan untuk akak & anak. Rasa bahagia sangat-sangat terutamanya bila akak sayangkan diri akak lebih dari segalanya.
Jangan percaya apa yang akak cakap tapi buat dulu baru nampak hasilnya. Harap perkongsian akak bermanfaat untuk semua para isteri atau gadis yang baru nak mendirikan rumahtangga.
Ada satu kata-kata Puan Diyana Tahir akak pegang sampai sekarang ;
“ orang yang bahagia tak akan menyakiti orang lain, hanya orang yang sakit yang akan menyakiti orang lain”.
Maksudnya di saat kita rasa pasangan menyakiti hati kita, cuba renungkan adakah kita pernah menyakiti hati dia?
Bagi akak, selagi suami bukan kaki pukul, kaki judi, malas kerja, berzina atau buat perkara-perkara mungkar, layanlah suami sebaiknya. Tahu apa keperluan suami. Suami bila di rumah nak dilayan dan dibelai sama macam anak-anak kita. Suami nak kan ketenangan di rumah. Kalau tak boleh belai suami sebab payah dengan anak sekurang-kurangnya cakaplah perkataan yang elok & layanlah makan minum sebaik mungkin. Jangan suami bukak pintu rumah je terus hambur dengan kata-kata kesat. Suami yang penyabar pun lama-lama boleh hilang sabar. Mungkin dia tak cakap tapi sedar-sedar dia cari perhatian dari perempuan lain. Jadi para isteri beringatlah.
Ramai yang ambik mudah, katanya kalau dah semak sangat dengan suami baik bercerai je. Bercerai bunyi macam mudah tapi hidup sebagai janda tak mudah kerana berdepan dengan stigma masyarakat. Tapi kalau suami memang betul-betul tak bertanggungjawab sampai mengabaikan nafkah atau menzalimi isteti dan anak-anak tak salah untuk berpisah demi kebahagiaan diri sendiri dan anak-anak. Apa pun banyakkan mohon petunjuk dari Allah kerana perancangan Allah yang terbaik.
Salam sayang dari akak. Wassalam.
– Kak Hajar
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit