Love And Hate Relationship Dengan Ibu

Salam readers.. Rasanya ramai je antara readers terutama yang wanita ada love hate relationship dengan ibu.. Sama dengan aku..

Umur aku 35 tahun, sudah berkahwin, kerja di bank, ibu kepada seorang anak lelaki.. Suamiku sebaya.. Baik orangnya..

Tapi, ini berkenaan ibuku.. Ibu berumur 60 pesara guru besar.. Sekarang aku dan suami tinggal dengan ibu dan ayah kerana mereka dah tua. Suami ada beli rumah sendiri tapi kami jadikan “weekend home”.

Dari kecil, aku sebagai anak sulung tak pernah merasa kelembutan atau kasih sayang ibu. Tapi ibu pun tak ada mendera atau membenci. Cukup diberi makan, belajar tapi tak ada langsung memori ibu bercakap lembut, puji, pujuk.. Tapi dalam memori aku ibu layan adik2 semua baik..

Aku ni pelajar cemerlang juga. Selalu wakil sekolah untuk pidato dan bercerita. Zaman sekolah dulu selalu pergi kem motivasi, kem jati diri.

Bila balik dari kem, excited cerita dengan ibu tapi ibu reaksinya mencebik, “ala, biasalah tu”. Teringat betapa mood yang sedang happy terus merudum.

Umur 12 tahun, dapat period, ibu tak pernah lngsung ajar cara2 membasuh pad, cara mengurus haid. Ketika umur 13, saya masuk MRSM barulah belajar dari kakak2.

Ketika umur aku 14 tahun, muka break out teruk ya. Jerawat baru banyak. Ibu pulak bercerita dengan sanak saudara betapa dia geli dengan aku. Siap cerita genetik dia tak ada yang jerawat, ni mesti ikut genetik abah.

Malu ya, bila pergi kenduri pun orang tak tegur muk aku, ibu yang brought up isu jerawat.

Time pass by, aku meningkat dewasa dan masuk uni. Aku akui aku kurang rasa attachment terhadap rumah tapi Alhamdulillah kawan rapat jenis suka balik rumah so aku terikut.

Life saya di uni walaupun ramai boyfriend, Alhamdulillah saya pandai jaga diri.. Aku suka dengan perasaan orang lain ambil berat terhadap diri aku. Sepanjang kehidupan saya membesar aku kurang pujian dari ibu abah..

Tapi itulah, balik rumah pun aku berkurung dalam bilik sahaja.

Ketika usia aku 24, saku nyatakan hasrat untuk pergi interview cabin crew. Kawan2 ramai menyokong tapi Ibu mati2 tak bagi. Katanya aku tak berapa cantik. Tapi, beberapa tahun kemudian adik nak pergi ibu aku tak halang.

Fast forward, sekarang aku dah dewasa dan juga seorang ibu.. Walaupun aku tinggal dgn ibu tapi hanyalah kerana aku risaukan ibu abah.. Beratus kali panaskan lauk tak tutup api, pintu belakang terbiar tak berkunci sepanjang malam..

Adik2 aku ada yang tinggal di KL dan ada di luar negara.. Tapi life aku lebih banyak habiskan masa di tingkat atas dgn anak dan suami.

Aku ibu, saya ikhlaskan semua tapi susahnya nak lupakan.. Sakit ya, membesar tapi tak rasa kasih sayang tapi adik semua dibelai manja..

Kadang kala ketika ibu cakap, aku pun macam tak beri reaksi sangat sebijik macam ibu buat dulu. Bila ibu tunjuk beg2 yang dia shopping pun saya just reply, “oh”. Aku tahu aku berdosa, aku cuba berubah ya

Dulu, sebelum aku kahwin, ibu macam hasut suami saya tu kurang baik untuk aku hanya kerana suami pada masa tu tak ada kereta dan bergaji RM1300 sahaja pada tahun 2016..

Tapi Alhamdulillah sekarang suamiku berpangkat manager dan belikan aku kereta. Suami aku jugalah yang selesaikan hal2 servis kereta ibu ayah, hal2 repair di rumah..

Aku ambil pengajaran daripada apa yang berlaku masa aku kecik. Aku takkan sesekali buat begitu kepada anakku.. Walaupun anak aku cerita benda sama berulang kali, aku dengar je.. Aku juga selalu minta anak aku doakan aku..

Kepada readers, doakan supaya aku lembut hati terhadap ibu aku..

– Suri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *