Love Hate Relationship With Mother

Assalamualaikum & hi semua. Saya S, umur 38, perempuan, married with 3 kids already. Bekerja sebagai penjawat awam dalam bidang professional. Suami juga dalam profession sama.

Straight to the point, saya dulu pernah dengar lecture tentang love hate relationship ni masa lecture psychiatry waktu medical school dulu. Tapi masa tu mcm terpinga apakah itu. Sekarang saya rasa itulah diri saya & mak saya, having love hate relationships.

Mak saya adalah penjawat awam dengan 9 anak. Saya anak sulung. Ayah cikgu. Bila umur dah cecah 40 an ni, saya tanya diri saya sdiri, kenapa saya tak sayang mak macam orang lain sayang mak. Tak rasa rindu sangat nak balik kampung jumpa mak. Balik kampung tu sekadar tunaikan tanggungjawab kepada ibu bapa kerana tak mahu jadi anak derhaka.

Jawapannya sebab saya tak pernah happy masa membesar dengan mak ayah dan banyak sangat kecil hati dengan mak. Flash back balik, saya mungkin ada fasa depressed masa hidup dengan mak ayah dulu.

Maklum saja saya anak sulung perempuan. Adik beradik ramai. Masa saya umur 6 tahun dah ada 4 orang adik. Rumahtangga mak ayah pun bukan la bahagia sangat, haru biru dengan sikap ayah yang demanding & tidak mahu membantu serta campur tangan keluarga (datuk & nenek) yang sangat teruk.

Saya faham mak tertekan dengan keadaan rumahtangga dia, anak yang ramai. Masalah kewangan lagi dengan dia cuma kerja kerani tapi perlu tanggung anak sebab ayah tidak menunaikan tanggungjawab kepada keluarga, sibuk melayan kerenah nenek yang asyik ingin tambah harta beli tanah bagai. Juga uruskan adik2 ayah yang tak habis menyusahkan (ayah juga anak sulung).

Ayah pernah jadi penjamin pinjaman MARA untuk adik dia yang sambung belajar kat US. Adik ayah dapat result cemerlang tapi tak nak convert pinjaman kepada biasiswa. Juga tak nak bekerja. Last2 ayah jadi mangsa kena bayar pinjaman.

Balik kepada hubungan saya & mak, sejak sekolah rendah lagi mmg dipaksa dan diperah tenaga untuk membantu mak. Kalau untuk mendisiplinkan anak seharusnya semua anak rasa benda yang sama. Tapi ini tak, adik2 saya boleh seronok berehat main game dan tengok tv, tapi saya kena buat semua tu.

Pernah jugak disuruh jaga adik yang kuat nangis, dan saya bagi excuse nak buat kerja sekolah yang banyak tapi kena tengking teruk dengan mak. Bila adik nangis mmg mak mengamuk. Saya tahu mak stress sebenarnya. Penat balik kerja kena masak untuk anak yang ramai. Pantang silap tak menghidang ayah merajuk tak nak bercakap dengan mak seminggu.

Ada sekali tu mak tertidur lepas menyusukan adik, lauk dah siap masak hidang bagai, cuma mak lupa nak hidang nasi itu pun ayah marah. Kata cacian kepada mak ayah hambur sesedap rasa, contoh ayah cakap perangai macam janda.

Pernah je ayah ugut nak kahwin lain masa mak dalam pantang lepas bersalin adik nombor 5. Sebabnya mudah je, mak menjawab bila ayah marah2 kena cuci rumah yang banjir masa tu. Saya rasa mak memang dapat post partum blue dah masa tu. Saya pernah nampak ayah angkat penyapu nak pukul mak masa mak tengah mengandung. Diaoanrg gaduh sebab ayah asyik keluar balik lewat malam.

Akibat tekanan perasaan emak, saya sering jadi mangsa mak lepas geram. Mak selalu keluarkan kata2 pedih bila saya buat salah walaupun perkara remeh atau tersilap sewaktu nak bantu mak.

Saya pernah panjat basuh tingkap kat tingkat atas bulan puasa. Tengah prepare untuk raya masa tu. Kalau jatuh mmg mati katak masa tu. Sambil basuh tingkap turun naik tengok langsir dalam mesin basuh. Malam buat kuih raya. Maklum adik beradik ramai kecik2 memang tak mampu nak beli.

Saya buat kuih raya siap kemas complete sebab kalau bersepah memamg mak marah. Tapi ada sekali dalam bulan puasa tu saya tertidur lps solat asar sebab letih sangat cuci tingkap. Mak marah sangat saya tertidur tu macam saya dok goyang kaki saja. Ada tetamu datang rumah dia burukkan saya sebab tertidur tu.

Mak ni demanding dan ada perangai suka menunjuk. Bila raya dia nak impress kat orang dia boleh produce banyak jenis biskut kek yang sedap & menarik. Dipaksanya saya buat 5, 6 biji kek + almond london + kemas rumah mlm raya. Memang malam raya saya jarang tidur. Selalu tertidur lepas subuh sebab letih sangat. Dan akan kena marah.

Saya sangat takut kalau mak marah sebab dia akan keluarkan kata2 pedih & merendahkan. Mak pernah cakap kat saya; “Orang kampung semua bercakap yang kau ada ketuat sebab kau pemalas!”. Sekarang saya dah jadi doktor saya tahu ketuat tu penyakit bukan sebab pemalas. Saya memang sakit hati sebab saya tengok kawan saya dapat ketuat mak dia bawak ke klinik tapi saya dapat cacian.

Itu cerita zaman budak. Lepas dah habis belajar saya antara yang lambat jumpa jodoh. Umur 28 baru saya kahwin. Mak memang sering merendahkan paras rupa saya berbanding adik2 saya yang memang cantik. Bila saya lambat kahwin, asal ada orang bertanya saja dia berdebar. Kawan2 saya dah ramai yang kahwin ada anak masa tu.

Keputusan saya nak kahwin dengan suami ni pun agak terburu2. Saya & suami dikenalkan oleh seseorang. Hubungan kami bukan macam couple lain yang asyik dating calling bagai. Bila mak ayah belah suami tahu hubungan kami mereka terburu nak masuk meminang. Yalah sapa tak mau menantu doktor. Parents saya pun tanpa siasat latar belakang terus terima.

Sebelum kahwin tu saya smell something not right about husband’s family & saya ingin batalkan perkahwinan tersebut. Tapi mak berkeras nak kami kahwin demi menjaga air muka dia. Malulah dengan adik beradik saudara mara sebab segala persiapan dah dibuat. Saya pula masa tu percaya keputusan mak yang terbaik maka saya menurut.

Lepas kahwin terjadilah apa yang saya dah smell sebelum ni. Rumah tangga saya dapat gangguan daripada ibu bapa mertua & ipar duai yang sangat teruk. Sampai satu tahap saya telah menfailkan fasakh di mahkamah kerana tak tahan dengan sikap ibu bapa suami yang suka campur tangan terutama hal kewangan.

Sampai masa saya nak bersalin anak sulung suami tak boleh hulur duit pun untuk beli baju anak. Masa saya dalam pantang pun suami boleh tergila2 nak balik rumah mak dia daripada jenguk saya & anak.

Back to my mother, bila berlaku semua benda tak baik kat saya, dia boleh cakap, “ma tak rasa ni salah ma. Sebab kamu berdua kenal pun dengan cara yang baik. Bukannya bercinta bukan2. Bila dia masuk meminang ma terima lah”. Oh mudahnya!

Saya melalui saat pantang yang sangat teruk. Dengan anak sawan tangis, suami & family dia buat hal. Mak masih kerja masa tu. Tapi mak expect saya bantu dia buat kerja rumah macam tak ada apa2 masalah.

Bukan tak ada orang lain dalam rumah tu, adik lelaki & perempuan ada jer. Tapi mak tak nak suruh diaorang. Kesian katanya. Bagila budak2 tu rasa zaman muda nak berehat, itu kata mak. Oh jadi saya ni apa. Dikerah tenaga mengalahkan bibik. Dengan bibik boleh pulak mak kesian. Saya tertanya siapa saya bagi mak.

Masa saya nak kahwin, mak buat keputusan renovate rumah. Mak buat pinjaman peribadi untuk baiki rmh tapi tak cukup. Sebelum tu memang saya bgtau mak, saya tak nak buat apa2 pinjaman. Sebab tak mahu terjerat dengan hutang. Gaji doktor gred UD41 masa tu pun berapa sangat. Tiap2 bulan memang saya bagi duit almost RM1K untuk mak ayah.

Kadang2 dapat bonus atau claim oncall saya bagi lagi. Belanja untuk adik yang belajar di Morocco pun saya hulur. Balik rumah beli apa barang dapur habis. Time raya beli baju untuk adik. Dan ada hutang kereta honda jugak yang itu pun demi memenuhi hajat mak ayah.

Sebab tu saya tak berani buat hutang lagi. Perbelanjaan kahwin saya uruskan sendiri. Mak ayah janji nak bayar kan duit makan pun saya tolong hulur sebab tahu mereka kesempitan. Perabot & aircond bilik pengantin saya beli dan sampai 5 orang adik lepas saya kahwin pun guna yang tu jugak.

Balik kepada cerita renovate rumah tadi, bila mak tak lepas loan, adik saya, anis yang baru kerja tolong buat loan untuk mak. Tapi lepas tu dia dah tak hulur la duit bulanan kat mak. Saya sendiri tak tahu tentang isu loan tu. Renovate rumah tu pun saya tak setuju. Tapi mak mengungkit tak habis di belakang saya konon saya yang nak kahwin tapi anis yang buat loan.

Sampai adik ada yang terpengaruh dengan kata2 mak biadap dengan saya. Kalau betul pun mak perlu duit, kenapa tak berterus terang dengan saya. Bukan tak boleh bincang pun benda tu. Sure la dia tak mahu bincang dengan saya sebab saya bangkang idea renovate rumah tu. Dan kalau kata saya tak bagi duit, kedekut, habis tu yang saya hulur bulan2 tu apa? Mana pergi duit tu semua.

Sampai satu tahap, saya balik kampung masa pregnant sebab nak mengurut. Masa tu dapat ligament pain yang teruk. Tapi berhari tunggu mak bawak rmh tukang urut last2 balik kerja dengan sakit jugak. Sebab mak sibuk nak temankan anis beli tudung untuk jual di ofis.

Yelah, saya ni anak kebencian mak yang tidak menyumbang serta tiada paras rupa yang nak dibanggakan seperti anis. Anis adik saya dah cecah umur 35 pun sekarang tapi belum kahwin. Tapi mak tak ada la terburu nak kahwinkan dia macam saya dulu.

Saya pernah balik kampung masa pantang anak ketiga. Time nak mandi saya panggil la adik saya yang masih sekolah tolong tengokkan anak2 saya. Itu pun mak marah sebab ganggu adik yang berehat. Habis tu buat apa saya balik.

Banyak sangat nak tulis tapi cukupla sini dulu. Banyak sangat perkara yang menyebabkan saya terasa dengan mak. Saya tahu saya tak akan ke mana tanpa mak. Saya berjaya sebab mak. Mak banyak berkorban untuk keluarga. Tapi saya tak boleh lupakan segala kenangan pahit dengan mak ayah. Itulah love hate relationships.

Tiap kali lepas solat saya mohon hadirkan rasa cinta kepada mak ayah dalam hati saya. Allah…

– Anak kecik hati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *