Hi saya nama WaterMelon, lelaki, 1980s, boleh bajet umur daripada tahun lahir, terima kasih admin kalau siarkan post saya ni.
Saya ade kenal seorang perempuan, boleh panggil Coffee, masa time raya tahun ni daripada apps online jodoh. Lebih kurang nak masuk 5 bulan dah kenal. Dan akhir bulan Julai, kami bertunang.
Mungkin kalangan perempuan, kata terlalu singkat seblum nak kenal2 pasangan. Saya pun ada bertanya pada Coffee, berapa lama panjang tempoh sesuai, supaya boleh mendirikan rumahtangga.
Coffee jawab, as along as we comfortably to each other.
Bila lepas bertunang, komunikasi antara kami berdua macam kurang smooth, ada saja yang tak kena, mungkin baru betul2 nak ngam.
Saya ni lelaki tak faham sangat love language perempuan, dia nak saya bertanya pasal dia, pasal keadaan dia hampir setiap hari melalui call.
Kadang2 saya ni tak lekang dengan phone, waktu malam pun tengok tv. Kadang2 ade standby kerja, keluar bersukan, saya ni suka tengok series kdrama kat netflix ke, viu ke, disney ke, semua layan, sebelum tido.
Masa mula2 kenal, ye la saya seronok call dia borak2, tapi lama2 saya jadi lemau, kering idea nak cakap apa dah.
Kadang2 saya senyap je n dia demanding more daripada saya. Saya ni sebenarnya lebih kurang introvert, kalau ade orang tanya baru saya jawab, dan bukan jenis pemula conversation.
Baru2 ni gaduh besar, dan sampai Coffee block semua phone, whatsapp, socmed lain2. Sebab saya cakap saya tak boleh janji nak buat apa yang dia expected daripada saya. Slow2 tu bolehla.
Coffee nak saya tanya pasal dia apa dia rasa setiap hari. Saya cakap saya ni kurang bertanya, dan kalau boleh ceritalah dan saya ni great listener.
Saya nak mintak pendapat daripada admin dan pembaca netizen semua, apa saya patut buat, hubungan kami ni akan berakhir kah?
Yang benar,
– WaterMelon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Istikharah jawapanya.
Entah lah encik. Ni bagi saya lah.. maaf sebab mungkin pemikiran kita tak sama sebab saya gen 2000’s dan kalau saya sendiri yang berpegang dengan agama jugaklah. kalau bagi saya jujurnya kurang sesuai pasangan yang belum berkahwin nak bergayut setiap hari. tak perlu lagi sebabnya nanti mungkin Allah boleh uji kita dengan bosan dengan pasangan dan sebagainya. sebaiknya sekarang, masing-masing boleh belajar ilmu munakahat dulu. encik nasihatkan dia juga, untuk jadi isteri yang baik bla3 dan untuk perkahwinan kita diberkati Allah kena lah jaga hubungan sebelum kawin. aagitu. sekian
Mcamne awak nk jd ‘suami yg baik’ nt, klaw asyik dgn hp n kdrama etc.. ni blom kawen lg, klaw dah kawen nt, 2-3 bulan dah mula ‘bosan’ dgn pasangan.. (mmg ‘berjaya’ la ‘misi yahudi’ utk memesongkn umat islam melalui “socmed” or medsos.. mngkin bakal isteri or isteri awk nt nk tengok ‘commitment’ awk dlm hubungan n r/tangga.. klaw awal2 lg dah ‘angkat 2 tgn’, n kta awk x mampu nk buat ‘lebih2’ ckit utk dia, mcmne dia nk harap awk utk membimbing dia n ank2 nt.. hidup berumahtangga ni bkn utk dapatkn pasangan tu shj, yg lbh penting, mcmne nk bimbing pasangan ( & ank2 nt), ke arah yg lbh baik sama ada hal di dunia, apatah lg dgn hal akhirat.. ramai pasangan muda harini masih ‘berlagak’ spt org bujang, w/pon dah bergelar suami atau bapa.., itu sbb yg lma kelamaan hubungan dlm perkahwinan akn jd ‘hambar’, walau pon mse buat majlis kawen dlu, semuanya mcm ‘perfect’, org kta “wedding of the year”, tp bila dah slamat nikah, lma kelamaan, ada je msalah.. so ‘focus’ la dgn apa yg awk akn lalui slepas ini.. klau awk x serious, knp decide nk tunang n kawen dgn dia nt.. klaw mmg awk nk teruskan hidup dgn tunang awk, kna ubah persepsi n cara awk handle sgala msalah dlm r/tangga nt, itu lah yg awk kna tempuhi, bkn stakat nk happy2 je, yg x happy pon awk nk kna hadapi.. cth mcm org pergi haji la, kita dengar dah blk haji, dpt title ‘haji or hajah’, tp kita x rasa semua yg mrk telah lalui di tnh suci sna tu.., or mcm org yg dah jd ‘jutawan’, nmpak mcm senang n seronok je kan, tp mesti bnyak perkara yg mereka lalui utk sampai ke puncak kejayaan tu.. (kecuali jutawan ‘scammer’ la kot).. sorry klaw dah ‘melalut’, tp itu sbg ‘metafora’ je.. so, gud luck bro.. semoga berbhagia “till jannah”, insha Allah..
Kita hampir sama bro…umo aku pun dh 30+ tp smpai skrg aku xterfikir nk kahwin sbb aku suka buat hal sendiri, lyn kdrama, manga, manhwa, novel and lyn mini2 drama plus anime. Circle aku kecil je. Sblm ni aku bosan, aku suka sembang dgn strangers dkt satu apps ni..tp mcm kau, lama2 idea kering n rasa lemau nk communicate dgn org. Aku nk duk dlm dunia aku je..btw aku ni social introvert..ok je bersosial dgn org..tp cpt lemau..kita dh terbiasa dgn gaya hidup mcm ni..aku susah nk adapt kalau aku betul kahwin nnt. 😅🥹…aku boleh bersosial tp xbermkna aku suka org masuk dlm dunia aku..terutamnya org luar. Kalau kau yakin kau boleh slow2 kurangkan aktiviti kau and cuba cari semula common ground/interest korg..buatlah supaya korg tahu boleh selari ke x lifegoal korg, visi misi hidup, perancangan masa dpn, etc.
Tapi jwpn terbaik always istikharah. Sbb aku pernh minta Allah “jika benar apps ni tiada apa2 utk aku, maka jauhkanlah dr aku”. And termakbul 😁…apps apa..xnk gtau 🤪