Saya tertarik dengan satu kata2 ni ‘perempuan yang suka masak, meluahkan rasa cintanya di dapur’.
Saya percaya, setiap orang berbeza punya cara menunjukkan kasih sayang.
Masa arwah mak masih hidup, saya tak penah bagitahu sayang mak. Saya segan.
Tapi saya tunjukkan dengan memasak, mengemas rumah, hantar gi klinik, beli barang dapur, basuh baju, selalu telefon dan bagi duit. Actions speak louder than words.
Masa kerja dulu, ada la sorang lelaki ni saya rasa dia suka saya. Tapi dia tak penah cakap. Cuma perasan layanan dia pada saya berbeza. Walaupun selalu bertekak, tapi dia tunjuk caring.
Ada rakan2 yang saje mengusik kami. Saya buat dono, padahal malu giler. Dia pulak senyum2 merah muka.
Ada junior yang lawa, minat dia, tapi dia tak layan. Jenis tak menggatal dan tak pandang perempuan.
Kalau bercakap dengan saya, dia tak mahu pandang muka saya. Tapi kat belakang saya, rakan saya cerita asyik sebut nama saya bila dorang keluar melepak. Selalu tanya khabar saya dari kawan2.
Atas dasar etika profesional kerja, saya tak boleh melayan lebih2. Saya perempuan tradisional dan konservatif.
Dibesarkan dengan adat Melayu ‘perigi tak boleh cari timba’. Perempuan harus punya rasa malu yang tebal.
Sebelum kami pulang beraya, saya buat tart nenas. Saya bagi juga kat orang lain tak nak orang curiga. Cuma untuk dia je saya bungkus special diikat dengan riben keemasan dan paper bag lain dari yang lain.
Saya tahu dia suka nasi lemak, saya masak dan bawa ke tempat kerja. Sebab malu, saya suruh kawan saya yang bagi. Kawan saya cerita dia tersengih2 bila tahu saya yang masak.
Saya bagi dia mufin dalam paper bag kecil berwarna ungu lembut, sedangkan orang lain saya bagi dalam plastik. Dia simpan paper bag dalam almari kaca tempat simpan fail, macam benda tu berharga.
Mungkin sebab bukan jodoh, dia tak faham hint saya bagi. Kemudian saya berpindah. Berharap dia hubungi saya balik.
Selepas istikharah dan dia tak cari saya, saya masih tunggu 3 tahun berharap dia akan datang cari saya nanti.
Allah jawab istikharah saya selepas 3 tahun, dia mengahwini perempuan lain. Yang saya kenal dan rapat.
Masa dapat tahu dia bertunang saya menangis sedih. Pergi bercuti konon nak happykan diri. Masa dia berkahwin, saya jatuh sakit.
Terlantar berhari2 tidak makan dan termenung melihat siling dan kipas berputar. Sakitnya rasa mencintai dalam diam.
Saya berani cerita kat sini hari ni, sebab saya dah tiada perasaan ape2 terhadap dia. Ramai lelaki tak pandai baca ‘love language’ perempuan. Terlepas peluang yang ada.
Jarang lelaki hari ini faham hadis nabi ‘as sukut alamatur ridho’.
– Penunggu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alamakkk…pasal apa tak suroh kawan yg dipercayai bagi tau isi hati awak kat sidia? Dlm Islam ,org perempuan pun boleh merisik seperti yg dilakukan oleh Saiditina Khatijah…..eermmm..apa2 pun saya doakan dipermudahkam jodoh awak dgn org yg tepat…