Love Scam

Dulu, saya memang tak boleh brain macam mana orang boleh terjerat dengan love scam sampai ditipu jutaan ringgit.

Tapi bila hampir terkena dekat diri sendiri, baru tahu macam mana liciknya scammer mengaburi mata kita.

Jadi, jangan sesekali kecam mangsa scam dengan mengatakan, takkan tu pun tak boleh nak fikir? Jangan. Mereka tak minta pun benda nak jadi.

Orang yang mengalami takkan sama dengan orang yang mendengar.

Tulisan ni agak panjang. Saya harap korang baca sampai habis dan ambil pengajaran. Jangan lupa share juga dengan orang tersayang.

Okay, sedikit pengenalan tentang diri; saya Ara, umur 20 an, seorang guru bujang.

Baiklah, modus operandi scammer ni berlaku hanya dalam tempoh 5 hari. Ya, hanya 5 hari sahaja duit boleh lesap kalau terlalu mudah percaya orang.

Sangat cepat. Mungkin sebab saya ada cakap pada scammer ni yang saya takda masa nak kenal dengan orang yang tak pasti. Kalau betul pun ikhlas nak kenal saya, make it fast.

Saya minta maaf sebab saya guna kata ganti nama pertama berubah ikut situasi; saya, kita dan aku.

Tulisan saya juga bercampur dalam bahasa melayu dan broken english sebab scammer ni converse in english, jadi apa yang keluar dari fikiran saya berojak. Maaf kalau pening.

Ok saya mula cerita.

Day 1 ~ Suatu pagi, saya dapat friend request dekat fb daripada seseorang yang tidak saya kenali.

Gambar profile lelaki cium baby dan cover photo di Masjid Nabawi (ingat point ni).

Saya tekan profile, ada beberapa gambar dia tapi sangat sedikit sebab profile private, mungkin kena accept request dulu baru boleh tengok yang lain.

Tapi bila saya accept, no active activity, hanya gambar profile yang bertukar 2 kali setiap bulan. Akaun pula macam baru buat tahun ni. Orangnya memang ada rupa dan bergaya.

Ada gambar bersama rakan sekerja dekat office di UK, gambar aktiviti bersama kawan-kawan dan gambar ootd. Tak pasti gambar orang sebenar, gambar orang lain atau gambar yang telah disunting AI.

Details yang ada hanya studied at Western University and single. Takda apa yang boleh dicari sebab mutual friend pun takda. Jadi saya ignore sebab maklumat dekat fb dia sangat terhad.

But suddenly, dia pm bagi salam. Saya jawab salamnya. Saya terfikir, mungkin dia kenal saya daripada siapa-siapa.

Dia kenalkan diri. My name is bla bla what about you? Haha saya pun taknak kalah speaking juga tanpa tanya kenapa tak cakap Melayu je?

Ya, sepanjang 5 hari kami texting in english. Okay, dia bagitahu namanya Rayyan, dari Kg Baru KL, tapi bekerja dan menetap di Birmingham, UK.

Wehh kau rasa? Siapa tak teruja ada mamat stay abroad nak kenal arkitek pulak tu. Kalau dia cakap di orang luar negara memang saya tak layan. Tapi ni dia Melayu Malaysia.

Jammed kejap otak saya. Saya kelu tak tahu nak jawab macam mana sebab I’m not used to chat with men. Bila saya tak balas, dia tanya kenapa tak reply. Hmm.

Day 2 ~ Dia minta no whatsapp, saya bagi sebab tiada apa yang mencurigakan, all went smooth. Kemudian dia terus alih mesej dekat whatsapp.

Nombor UK +44. Gambar profile bunga dan dekat about bertulis ‘insha’Allah’.

First sekali, dia attached gambar terpaling handsome supaya kita terus jatuh hati, ada mamat handsome sudi whatsapp kita haha.

Kemudian dia teruskan tanya tentang saya, bla bla soalan cliché nak kenal someone new.

Compliments and appreciations of course banyak tapi langsung tak nampak desperate, gatal atau memaksa. Saya betul-betul percaya dan tak perasan apa-apa fishy.

Dia ada tanya saya single or married. Dia bagitahu juga dia single dan katanya susah nak cari true love nowadays, jadi nak cari kawan baik dulu.

Dia kerap ulang harapan dia supaya saya dapat jadi ‘good friend’ dia, hanya nak kawan. Haa konon macam dia nak sangat mengenali kita gitu.

Dia juga kerap tanya jam dah pukul berapa kat Malaysia. Nak bagi kita adore dia kat Birmingham tu. Ntah ye ntah tak haha.

Dia gambarkan dirinya sebagai seorang yang honest, simple, so kind and easy going. Ya, memang nampak matang dan berfikiran terbuka.

Saya ada cakap yang saya awkward sebab dia tiba-tiba muncul entah dari mana, jauh pulak tu UK sana dan saya langsung tak kenal tiba-tiba pm.

Rayyan : I just want to be friends with you if relationships I would have said it since I’m not someone to beat around the Bush about something.

With time we will get to know each other more better I pray so.

Saya sangsi juga sebab kenapa randomly pilih saya? Aku bukan cantik pun haha ya Allah. Saya nak tanya dia tapi segan. Langsung tak fikir tentang bakal jadi mangsa love scam.

Day 3 ~ Masih sama, hanya cliche berkenalan, puji kita dan soalan-soalan menunjukkan keprihatinan dia akan kita. Tapi langsung tak nampak desperate.

Dia keep tanya tentang jam pukul berapa. Saya ni pun nak juga tahu waktu kat Birmingham tu pukul berapa, tapi google jelah, takyah tanya orang haha.

Saya anggap mungkin dia hanya nak cari point untuk berbual. Tapi hakikatnya dia nak kuatkan kepercayaan kita bahawa dia memang di Birmingham.

Lepas tu, dia dah start nak prepare perangkap, tanya tentang hobi dan beritahu hobi dia. Mostly hobi orang berduit ya; travelling, shopping, sports, playing games and food hunting.

Oh ya, yang selalu menjadi persoalan saya ialah dia selalu tinggalkan persoalan saya tak berjawab dan 1 tick. Kalau tak online, dia akan hilang begitu saja.

Tapi saya tak pernah tanya kenapa. Saya fikir kan time zone berbeza 7 jam, jadi logik je lah. Plus siapa saya nak tanya kenapa tak online lama benor.

Saya rasa ni memang taktik dia supaya kita ternanti-nanti dan teringat-ingat akan dia. Angau lah senang cerita. Serius saya tak boleh buat kerja fikir bila dia akan muncul dan reply.

Day 4 ~ Hari pasang perangkap. Perbualan semakin rancak, konon dah saling mengenali, hakikatnya dia kurang bagitahu tentang diri dia. Kalau kita tanya, jawabnya sepatah je dan tak elaborate.

Dia cakap dia introvert, saya percaya sebab dia memang gambarkan diri dia yang selalu berseorangan dan tak ambil tahu sangat tentang orang. Introverts kan macam tu.

Tapi hakikatnya dia memang mengelak beritahu details tentang diri dia, takut mengganggu rancangan scam nanti.

Okay, jadi bermula lah rancangannya. Tiba-tiba dia tanya saya suka surprise tak?

Saya : Yes, but maybe not. The fact, I didn’t know how to react when it comes to surprises. So most of the time I’m not thinking to get it at all.

Rayyan : Alright today is Tuesday and I will be going out for shopping later and I wanted to shop for you also.

Masa ni saya dah tertanya, seriously that fast? Mudahnya dia percaya saya dan nak bagi hadiah bagai.

Saya : Seriously that fast? This is so unexpected

Rayyan : Yep not as hard even if this is my first time giving something to friend. Just be yourself when receiving surprise and appreciate the effort.

Uiiii baik betulkan? Siapa tak teruja orang nak bagi hadiah. Dari UK lagi tu oi haha. Konon kau lah kawan paling special yang finally dia jumpa dan percaya sampai nak bagi hadiah.

Lepas tu dia kuatkan lagi permainan dia dengan cara katanya nak bagi hadiah sekali dekat anak murid saya. Saya pun rasa alahai baiknya lahai.

Okay, jadi setuju lah nak belikan something. Dia pun minta saiz baju, saiz kasut, alamat rumah (saya bagi alamat office).

Saya pun appreciate la dia cakap thanks semua walaupun macam tak percaya. Mimpikah aku? Saya membayangkan, alah dapat sehelai baju dari UK pun cukuplah. Tapi…

Malam tu hampir pukul 10, dia hantar gambar dan video barang-barang yang dia dah belikan. Saya tengok, saya menggeletar dan takut. Serius! Sebab entahlah macam mimpi.

Tapi saya masih percaya dia jujur. Nak tau apa yang ‘kononnya’ dia belikan tu? Haha. Handbags, kasut, gelang, purse. Banyak handbags.

Okay best part! Dalam video pula dia tunjuk apple macbook & Iphone 13 Pro tak salah, bersama sekali dengan phone cover.

Kalau kita dah start suka dekat orang, memang jadi buta. Seriously saya bukan orang materialistik apatah lagi apple lover. Tapi saya jadi terharu tu sebab cara dia manipulate nampak sangat baik.

Lama saya biarkan message dia bluetick sebab saya shaking, tak percaya dan takut. Entahlah, semua perasaan bercampur baur, excited pun ya juga.

Saya : Sorry I took time to digest this. I’m shaking, I’m afraid. I’m afraid if I can’t do anything in return. Why are you doing this for me?

Seriously, these are too many. Don’t put yourself out for me, you don’t have to, you don’t even know me.

Daus : You are my good friend okay and I respect that alot. I’m not asking anything in return okay. It’s just a little gift from me to you my friend

Dia asik ulang you are my good friend, tak perlu balas apa-apa, hadiah sikit je katanya. Saya fikir, kaya betul dia ya boleh bagi stranger hadiah mahal macam tu je.

Lepas tu, dia cakap delivery service akan sampai esok. Esok barang tu sampai depan pintu rumah saya! Terlalu laju untuk orang sempat berfikir dengan baik bahawa kita bakal di-scam.

Okay fine. Saya pun keluarkanlah kata-kata appreaciate bla bla. Pastu…

Daus : I’m sorry I couldn’t find something for the kids, but I add a little in an envelope so after you receive the things you use the cash and get them their heart desires. And can you keep this gifts to yourself?

Pulak. Siap letak cash untuk saya beli hadiah budak-budak. Dia sengaja nak bagi nampak real dan kita ternanti-nanti package yang dia hantar tu.

Betul-betul tiada sangsi dan perfect flow. Dia juga pesan rahsiakan hadiah tu. Saya tanya macam mana nak rahsiakan? Kan saya akan guna, mesti orang akan nampak.

Dia cakap, lepas dah dapat package baru slowly tunjuk dekat orang lain. Rupanya kalau kita cerita kat orang, orang akan perasan something fishy.

Tapi kita yang terjerat dalam love scam ni dah dibutakan, memang terbuai dan tak perasan. Sebab tu dia tak kasi cerita dekat orang lain sebelum selesai scam.

Malam tu saya tak dapat tidur, saya kira-kira ada hampir 10k nilai barangan yang dia belikan tu, ada ke manusia macam ni? Kaya gil@ kalau betul ada.

Tiba-tiba saya terfikir, macam mana kalau dalam package tu ada dadah? Saya jadi keldai dadah? Saya fikir lagi, macam mana kalau macbook dan iphone tu boleh godam maklumat peribadi saya nanti?

Macam-macam saya fikir tapi masih percaya sebab dia langsung tak mencurigakan dan tak memaksa, seriously baik sungguh like angle haha.

Malam tu saya tidur lambat pukul 2 dan bangun awal pukul 5 sebab perasaan bercampur baur. Saya ambil wuduk dan solat tahajud.

Maaf saya cerita ni juga untuk iktibar. Sangat penting untuk kita masukkan Allah dalam setiap urusan kita walau hakikatnya Dia jualah yang menentukan segala apa yang berlaku.

Dalam sujud terakhir air mata saya jatuh tak dapat dibendung, saya tak pasti saya menangis sebab gembira ke, penat fikir ke atau terlalu mengharapkan petunjuk Allah.

Saya tanya Allah, betul ke he’s the one yang Engkau ciptakan untuk aku? Dia terlalu baik sampai rasa tak layak Allah ciptakan dia untuk saya. Saya takda amalan untuk dapat miracle macam ni.

Saya cakap lagi, tapi kalau memang betul dia untuk saya, saya terima kasih sangat-sangat sebab Allah baik sangat dekat saya walaupun saya banyak dosa.

Saya sampai mengagumi hebatnya kuasa Allah temukan orang yang jauh 13 jam perjalanan flight dan perbezaan time zone 7 jam. Walaupun macam mustahil dia yang jauh nun di sana, tapi kalau Allah kata ya, mudah saja bagi Dia kan.

Tengok weh? Doa pun boleh jadi salah walaupun kita rasa doa kita dah betul dah. Saya sangka ini ujian cinta, rupanya ujian lain yang Allah nak beri. Begitulah kasih sayang Allah.

Saya doa lagi, tapi kalau kedatangan dia hanyalah persinggahan dan ujian untuk saya, Engkau tunjukkanlah segera sebab saya takda masa nak fikir tentang orang yang tak pasti.

Saya kata saya tak nak buang masa, buang tenaga fikir perkara yang tak pasti. Saya minta Allah pandu saya dan jangan biarkan saya fikir sorang-sorang walaupun ujian tu dari Dia.

Pentingnya doa dekat Allah bila confuse, drain dan tak jumpa jalan. Jangan lupa terima kasih juga atas segalanya walaupun ia hanya sekecil-kecil nikmat.

Ok habis pasal doa saya, sambung hari seterusnya.

The Day ~ Hari menjerat mangsa. Pagi ni dia converse macam biasa, tanya breakfast apa bla bla. Sampai lah tiba-tiba saya dapat mesej dari nombor Malaysia yang kononnya courier company.

Bila check nombor dekat truecaller nama chinese. Tapi dekat whatsapp about tertulis ‘assalamualaikum’.

Memonya bertulis : “We are from a safe move service delivery company which we are now at Malaysia to send your package to you sent from rayyan

you need to pay local shipping charges, insurance and tax payments RM3500 Before we can continue shipping to your address”.

Masa nampak figure RM3500 tu saya agak terkejut. Saya mula perasan something fishy and suspicious.

Ayat tunggang langgang, nama orang mula dengan huruf kecil, jarak antara perkataan bersepah, perenggan apatah lagi, noktah takda.

Takkan establish company tulis macam ni? Tak meyakinkan langsung. Lepas tu urged orang suruh bayar cepat. Please respond and pay immediately katanya.

Saya pun forward memo tu dekat Rayyan yang kononnya ‘kawan baik’ saya tu.

Rayyan : Ohh that’s the delivery agent.

Aik, boleh terus tau ya, tu delivery agent? Sebab korang duduk sebelah-sebelah ke? Ataupun korang adalah syaiton yang sama?

Pelik lagi sebab dia langsung tak tunjuk reaksi terkejut tentang wang RM3500 yang diminta tu.

Sepatutnya terkejutlah kan. Saya fikir, mungkin sebab dia kaya sangat, jadi apa lah sangat RM3500 tu bagi dia haha.

Saya : Ahh what shall I do? Isn’t they ask for the shipping charges? Is it already paid or how?

Rayyan : Yes I guess so can you settle it?

Eh, macam tu je kau suruh aku settlekan? Kau tak rasa bersalah ke susahkan kawan kau? Dia yang beria nak hantar barang kat kita, kita pulak kena settlekan shipping fee.

Kot RM10 boleh lagi, ni RM10 darab RM350 weh haha.

Kesiannya pada mangsa dia yang terus percaya dan tak fikir panjang terus transfer. If something seems too good to be true, please jangan excited sangat.

Takda benda yang boleh dapat semudah itu dekat dunia ni, all need efforts. Kalau miracle pun bukan untuk kita. Dekat syurga je boleh dapat semuanya dengan mudah. Ingat ni sampai bila-bila.

Saya : Omg honestly I can’t. I don’t even have that kind of money seriously.

Rayyan : Didn’t know the fee would be this high maybe because I bought many things

Dia buat ayat nak bagi saya ingat yang dia dah belikan banyak barang untuk saya, jadi kalau saya bayar pun, saya akan dapat barang lebih banyak dari nilai yang saya bayar.

Daus : Let them know how much you can afford is that okay?

Ehh macam mana pulak kau boleh suggest minta bayar yang termampu kat agent yang sepatutnya kau tak kenal? Ke sebab kau orang yang sama? ahhh geram.

Masa ni saya dah confirm 85% memang dia scammer. Tapi saya masih play around untuk minta pandangan dia sebagai ‘kawan’. Nak tengok respon.

Saya : Argh how aa? What happen if the fees not paid?

Rayyan : Probably will be seized if that’s the case. And I don’t want something like that to happen because I put all my effort in getting to those for you my friend

Lagi ‘my friend’, ‘my friend’ haha. Dia buat ayat supaya kita tak tergamak nak kecewakan pengorbanan dia.

Logiknya, kalau kau memang kaya sangat sampai belikan orang macbook dan iphone pro, takkan lah shipping fee ni pun kau tak boleh bayarkan?

Kalau betul kau kawan yang sejujurnya memang baik nak bagi hadiah, settle-kan jelah semua! Mesti kau takkan susahkan kawan kau dengan perkara macam ni.

Saya : Ya Allah seriously how, I told you seriously I can’t pay for it. I don’t even know you well, how if you are trying to scam me? Please don’t do this to me!

Rayyan : Why would you say such thing to me. I would never do that. That’s an insult you know. It’s okay I don’t want this to lead to insults.

Aww dia buat ayat kecewa tapi dalam masa yang sama dia masih baik, gil@.

Mana ada orang yang boleh terima dengan baik kalau kita cakap dia scammer, dia sepatutnya mesti akan buktikan yang dia memang jujur dan bukan scammer.

Tapi dia tak cuba buktikan apa-apa, hanya buat ayat sedih dan kecewa sampai saya rasa percent kepercayaan saya pada dia naik semula.

Sampai saya fikir, macam mana kalau dia betul-betul orang baik? Saya pulak macam jahat tuduh dia. Betul-betul dia manipulasi hati, fikiran dan perasan orang!

Saya : I’m so sorry if you feel insulted. But you have to understand that how can I trust someone so easily. I don’t even know you.

One should be suspicious of strange things. I’m so sorry but I can’t do this even if you are really an honest person.

Rayyan : It’s fine please I understand. I’m not forcing you. Allah see and knows everything my friend  It’s okay my friend nothing will change okay you said what you said.

Hmm dia masih berlagak sebaik malaikat, agar kita kesian. Ya ni memang red flag, too good to be true. Sebut lagi ‘my friend’.

Saya sampai terfikir, mungkinkah dia memang tak kisah kalau kita tak bayar fees tu dan biar saja barang tu dirampas sebab dia tak heran pun barang tu, dia kaya gila.

Pastu menunggang nama Allah yang sebelum ni kau langsung tak pernah sebut. Langsung tak islamik.

Tapi disebabkan dekat fb dia ada gambar pergi umrah, saya fikir takkan tak tau agama pulakkan?

Saya : Is there any other ways to settle this problem? How about, they sending it back to you?

Saya tak heran sangat pasal iphone tu dan tak kisah pun kalau takda iphone walau orang sekeliling semua pakai iphone. Tapi yang saya heran tu, apesal nak minta duit saya!

Daus : I don’t know but if they can let them send it back honestly, my goods won’t kill me. I feel tired and sleepy I want to continue my rest.

Dia minta excuses nak rehat pulak, penat la bla bla. Nak bagitahu yang kau penat belikan aku hadiah? Pastu aku tak appreciate? Hmm.

Saya : I don’t know what to say.

Daus : Say whatever you want to I’m not angry just hurt that’s all. Have a nice day

Aww I’m hurting you ya. Saya rasa ni memang skrip diorang nak bagi mangsa rasa serba salah dan kasihan. Macam malaikat baiknya.

Opposite pula dengan si delivery agent, memaksa, marah, cakap kita nak mengajar dia, buang masa dia dan banyak mencarut.

Bila delivery agent dah desak-desak saya suruh cepat, saya sengaja minta tolong Rayyan.

Saya : Hey Rayyan. The delivery agent urged me to pay the fee immediately. I told them to hold the package until I pay for it. But now cannot, I’ve no money.

I’m sorry I have to ask you this, can you pay for it first? Here’s the account number. If not, I couldn’t do anything too.

Lama Rayyan tak reply mesej, dari pagi sampai petang. Tiba-tiba dia muncul lepas saya dah begitu begini dengan delivery agent.

Daus : No money or you are just too afraid to pay? So, let it be. Since midnight you said horrible things to me because of money. I have learnt my lesson. Thank you for being my friend this short period of time. ASSALAMUALAIKUM.

Haha wehh kenapa tanya aku macam tu kalau kau memang ikhlas nak bagi aku hadiah? Ayat dia saja nak play victim supaya kita rasa bersalah khianati keikhlasan dia.

Jelas dah berubah Rayyan yang baik hati lagi ikhlas tu.

Lepas ayat sedih tu, merajuklah kita khianati persahabatan. Dia padam mesej-mesej berkaitan ‘good friend’ dekat fb messenger, kemudian dia unfriend. Mungkin dia berharap kita akan masih percaya dia dan cari dia semula.

Hingga akhirnya, dia tak mengaku pun yang dia memang seorang scammer, mungkin supaya kita masih berfikir dia orang yang baik dan kita yang jahat sangka buruk.

Yang delivery agent pulak atau mungkin orang yang sama dengan Rayyan entah kenapa asik mengamuk. Tak cover langsung. Asik urged suruh bayar cepat.

Saya pun minta nombor akaun. Dia hanya akan beri nombor akaun selepas kita setuju nak bayar. Ni keldai scammer Nur Annisa binti Jir, no akaun Maybank 160296106280.

Lepas dia bagi nombor akaun, lama saya senyap, fikir apa nak buat.

Agent : Madam be fast about it.

Saya masih diam.

Agent : Resit madam. don’t have to delay so we can continue with delivery as quickly as possible

Dia paksa bayar segera dan jangan buang masa dia. Dia saja nak bagi kita takut, gelabah, risau, dan tergesa-gesa buat keputusan.

Saya tanya, kenapa pakai nombor akaun personal instead of company account? Dia marah, katanya jangan nak mengajar dia buat kerja, dah bertahun dia uruskan delivery.

Bila saya minta detail sender atau any delivery proof untuk saya buat payment…

Agent : Ask the sender yourself don’t ask me irrelevant things, you are just delaying my time off.

Saya : But seriously I don’t know who’s Rayyan. That’s why I need to confirm it with you.

Agent : All this stress for what trust issue is it, I don’t have time for delay I have other customers that need their goods delivered before 1pm

I’m trying to include yours to the list but you are not making it easy for me.

Eh, camna dia tau saya ada trust issue dengan Rayyan? Dia tunjuk sangat dia dekat side Rayyan.

Saya : I’m so sorry, I need to confirm it first before any payment. Everyone should do this. How about you hold the package until I find who’s Rayyan really are. I really don’t know him.

Agent : I’m not holding anything. You must be mad or something for wasting my time with your idiotic chase of trust issue.

Why will you accept something and later claim you don’t know the person because there’s a fee to pay. But if no fee to pay you will know the sender. Rubbish.

Wey dia sampahkan saya. Yang peliknya camna pulak dia boleh tau saya setuju terima barang tu dari someone? Ish, orang cakap baik-baik, dia ribut taufan pulak.

Katanya, bila kena bayar, saya cakap tak kenal sender, tapi bila free mesti saya kenal sender tu haha. Memanglah, bukan aku yang mintak kau hadiah, kau yang nak bagi. Tiba-tiba nak pau duit aku.

Saya : Haha no one send anything and let the receiver pay for it. It’s weird right?

Agent : I’m done talking with you, your goods will be confiscated. You fθol you are ignorant about the fact that he personally paid for flight ticket worth more than the tax fee you are asked to pay. Idiot like you always make me laugh.

Eh beria betul dia bod©hkan kita ya. Camna pulak kau tahu ada mamat yang berkorban kononnya hantar hadiah mahal naik flight untuk customer kau ni? Sebab dia member kau ke?

Saya : Wow how can you idioting your customer?

Agent : Because if my customer is stup!d and can’t think properly it’s important to straighten them a little bit about how delivery works. Tell me this one thing do you know how much a flight ticket cost?

Tiber. Macamla kita ni kampung sangat tak pernah naik flight abroad? Banyak masa ya layan saya sampai maki hamun bagai.

Bila saya cakap nak pergi KLIA ambil barang tu sendiri, dia cabar saya datang tapi…

Agent : The fee still same doesn’t change at all I’m incharge and you pissed me off already. Because at first when I gave you the account details I wanted you to deposit 1500 or 2000 because you told me you had no idea about it.

But now you seem all bold and proud so yeah I’m waiting. I’m waiting get your 3500 ready and add a delaying fee too for delaying.

Ada ke establish courier company yang deal dengan customer macam ni? Mungkin dia kurang revision. Bila saya senyap dan tak reply dia spam.

Agent : Madam, you can pay half and after you receive your goods tomorrow morning you pay the balance with your cash.

Eh, boleh pulak cakap elok-elok. Sebab nak duit? Tadi cakap nak confiscate barang tu, silakanlah, kenapa nak kejar aku lagi.

Lepas tu saya tak reply apa-apa dah dan dia pun dah diam. Tapi korang, selang sehari iaitu hari ke 7 dia muncul lagi!

Agent : Madam. Should we continue with the delivery to your address? Mr Rayyan has paid half the fee. Yes or no madam??? Madam. Reply me now

Eh, kenapa ya cari saya lagi? Tiber pulak Rayyan dah bayarkan, haritu merajuk unfriend bagai. Pastu, kata nak sita barang tu, kenapa ada lagi? Pastu saya terus block.

Mission unaccomplished.

Ya Allah, macam-macam saya fikir lepas kejadian ni. Bayangkan RM3500 dia dapat dari seorang mangsa dalam masa 5 hari. Kalau 5 orang? RM17500. Kalau 10 orang? RM34500!

Oh ya, saya perasan waktu aktif mereka berdua sama iaitu dari jam 6 pagi hingga 10 pagi dan 6 petang hingga 10 malam. Waktu lain, tak online dan 1 tick. Mungkin ni office hour diorang kot haha.

Moga Allah selamatkan kawan-kawan semua dari love scam atau sebarang scam. Share cerita ni dekat family dan kawan-kawan, terutamanya yang single.

Takut mudah terbuai dalam love scam ni. Kesian weh, dah la single, perasaan dipermainkan, duit kena scam lagi. Allahh.

Saya pula? Allah bagi peringatan yang sangat bermakna.

Saya sangka Allah hadirkan saya jodoh, rupanya Allah nak ajar saya supaya jangan mudah percaya orang dan selalu minta petunjukNya.

Saya sangka Allah nak beri saya rezeki yang tak disangka-sangka, rupanya Allah nak ajar saya supaya lebih bersyukur dengan rezeki yang sedia ada.

Saya sangka Allah nak mengubati kesedihan saya dengan sedikit kegembiraan, rupanya Allah nak ajar saya bahawa kesedihan itu juga adalah tanda kasih sayang Allah.

Saya sangka Allah makbulkan doa saya, rupanya Allah nak ajar saya bahawa tak semua yang saya inginkan itu baik untuk saya. Arghh I’m crying.

Begitulah kasih sayang Allah. Banyak kali Allah ulang dalam Al Quran, “tidakkah kamu berfikir?”. Semua perkara yang terjadi, pasti ada kasih sayang Allah padanya, kita saja yang tak berfikir.

Korang nak tahu tak? Hingga saat saya menaip tulisan ini, saya masih tertanya, macam mana kalau saya yang terlalu buruk sangka dan dia memang orang yang betul-betul baik dan jujur.

Hebat betul scammer mengaburi mata, hati, akal dan fikiran.

Entahlah. Apa pendapat korang lepas baca? Boleh tak bagi saya kata-kata penenang hati untuk saya tak fikir lagi hmm. Penatnya jiwa raga.

Okay korang, itu saja daripada saya! Doakan saya dapat jodoh yang baik. Terima kasih baca sampai habis, take care! Assalamualaikum!

– Ara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. So, jangan nak hidup dalam fantasi sangat ingat ada orang entah mana mana tiba tiba nak berkenalan nak baik baik dengan kita atau konon nak tolong kita bagi kerja senang senang dapat duit. everything, sus!

  2. hi sis, tolong la lepas ni kene berjaga-jaga nak approve friend request lebih-lebih lagi yg profile pic bukan orang local. kalau fikir logik pun sis, orang yg ada rupa, berkerjaya takkan cari orang marhaen macam kita. MO diorang semua sama je sis profile pic mesti pakai baju pilot, kononnya ada mix melayu tapi duduk luar negara. saya doakan sis ditemukan jodoh yang baik ya.

  3. penah weih kene circa 2013 mcm tu..kata UK tp suara n accent sah2 laa ko dr NIgeria sana…die call aku angkat aku tye time kat ‘Manchester’ die tak jawab, musim apa..die tak jawab..alih2 anta barang lepas kenal sehari…ambik gamba, siap ada duit, aku cakap, pehal ko ngok sgt anta duit..bila dh sampai MY awek die menyamar jd agent deliver; aku bg die cam ni jek “oi scammer, polis dh tau ni, kejap lagi ko turun lunch kt puchong nun, hati2, sbb polis tgh tunggu ko”..terus die x msg dh, no pon terus die deactivate…bila ko nk scam, tp akak yg ko nk scam ni broke dan keje dkt cybersecurity firm..mmg babai

  4. I ve face similar scam..tp bezany i dah byr 3K,then he came w another 20K,sbb kte nk release custom denda sbb dlm package tu ada duit foreign currency mlebihi had yg dibenarkan kastam.bila dah mcmtu i da start quiry..end of story i found out yg courier agent n so called ‘ur friend’ tu org yg sama.so kantoii..i save sbb xsmpt byr another 20k,tp da lebur 3k..siap buat report polis bagai..peg polis tu kte love scam tu mmg modus operandi mrk.so sis xplu rasa ralat apa bgai

  5. terima kasih atas perkongsian sis nie tapi sedihnya ada je lagi yg kena love scam nie..harap confession nie jadi tauladan untuk semua sentiasa berhati hati jangan cepat percaya orang sgat..

  6. makcik sy pernah kena , tp bezanya scammer tu guna gambar kawan makcik sy yang mmg duduk oversea , dia add dkt fb , chatting bagai then dia pun start la buat benda yang sama mcm scammer ni..nasib baik makcik sy bagitahu sy , so makcik sy selamat tak bank in duit.dasyat ye zaman skrg..kepada girls yg single , hati2 ya..
    tapi last nak tanya , scammer ni nama apa ?? sekejap DAUS . sekejap RAYYAN..hahaha

  7. Actually love scam ni mcm² modus operandi taw. I pun pernah berkawan dgn with this one ‘guy’ Korea. Perghh hahahahah. Takleh belah bila ingat balik 🤣🤣

    Account follower biasa². Nama ig handle pun nampak tak ada any suspicion. Yes I dulu jenis main game dgn org luar negara. So treat dia cam kwn² game je. First ea… dia akan bagi you love bomb, sgt care, seminggu lebih akan ckp ‘we have some chemistry’ camtu. Kalau lambat reply dia cam push kita why? Why? Suka hati aku la hang jgn macam². Tapi tak nafikan ‘understanding’ dia tu yg akan dia guna utk pancing kita. Pastu kita perempuan ni jenis ckp byk. Hahahah lagi la dia layan.

    Bila kenal² lagi dia ckp dia currently duduk UK, kerja rig engineer. Dia ingat kita impress kot. So I Google binatang ape la tu ea… rupanya mcm kerja pelantar. Umur muda lagi… hahaha member ni sounds too good to be truth. Until oneday I godek² baca byk terjumpa pasal rig ‘love’ scam.

    I bersyukur, I akan kaki cepat². I tipu dia balik I ada bf. Tapi dia pancing lagi nak jadi kwn rapat. Amboiii hahahah….

    Last² dia create satu scene dia duty kat pelantar and ada problem. Dari situ I dah boleh sense scam dia bermula. Sbb I byk baca love scam oil rig scam ni kat google. Paling tak logik kata Internet tak OK kat situ tapi nak call kita. Btw I tak bagi no wasap ke apa. Kitaorg byk chat kat kakao talk. Apo lagi… kita pun play victim. tipu dia yg kita nak setia dgn bf kita. Tak maw kawan dgn dia lebih². And terus block. Phewww….

    Itu lah cerita love scam tipu².. dalam alam maya. Lesson to learn is have boundaries. jgn cepat percaya something yg sounds and look too good to be truth hahahaha… kaki kencing je semua tu. Jgn bagi anything personal di alam maya ni especially hati awak para waniter termasuk saya hahahah… itu saja.

    Apapun alhamdulilah Allah selamatkan confesser 😄

  8. Ingat satu ayat ni je adek2. Tak ada benda yg free kt dunia ni..nak masok toilet pn kena bayar. Korang fikir2 laaa…mana ada org nk bg gift kaw2 just to become good friends in a short period of time..jgn Desperado sngt nk cari jodoh oversea, bf depan mata pun ramai yg scammers…dh bnyk sngt MO love scam ni, tp masih ramai juga yg terjerat,…semoga Allah peliahara kita dr fitnah dunia akhir zaman ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *