Love Sc4mmer

Hi pembaca IIUM Confession. Nama aku Eva. Tujuan aku buat artikel ni untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada semua yang membaca, terutama sekali golongan wanita.

Sebelum tu aku nak bagitau yang cerita ni adalah benar dan sahih dari pengalaman seorang kenalan aku Wani, yang telah pon kena scam duit dari lelaki yang dikenali sebagai Zam.

Perkenalan bermula di Tinder pada pertengahan 2021. Dan aku harap semua mengambil pengajaran dengan cerita aku ni.

Tak kesah lah korang kenal lelaki atau perempuan samada di Tinder ke, Tiljannah ke, atau di mana-mana sosial media atau sebarang dating app. Tolong buat background check dulu. Do more research pasal individu tu.

Ceritanya begini. Wani telah sign up account tinder atas tujuan untuk tambah kenalan. Atas nasihat kawan-kawan yang lain jugak konon nya usaha untuk bertemu jodoh.

Dia ada kenal beberapa lelaki di tinder dan ada yang masih kekal berkawan baik hingga kini. Wani ni berstatus janda dan ada sorang anak.

Masa Wani view beberapa profile, ada yang swip left, dan ada yang swipe right. Wani ternampak satu profile yang menarik perhatian beliau (The doctor).

Setelah view beberapa gambar di profile tersebut, Wani swipe right. Dalam beberapa minit profile mereka match!

Wani dapat mesej dari The doctor dan beri intro dirinya sebagai Zam. Setelah beberapa mesej di jawab, Zam memberi no fon dan kongsi profile telegram kepada Wani untuk meneruskan perbualan di situ.

Wani tidak mengesyaki apa2 sebab dia pon ada kenal dengan beberapa orang di Tinder.

Sepanjang perbualan Wani dengan Zam di Telegram, Zam agak ramah bercerita pasal diri beliau.

Warganegara Brunei, status duda anak satu, bekerja di Melbourne, berpendidikan Master dan memiliki rumah di Singapore dan agak sibuk dengan pekerjaan beliau.

Zam kini buat loccum di hospital swasta kat Melaka dan beberapa hospital di sekitar KL dan Selangor. Zam ajak Wani berjumpa untuk meyakinkan Wani pasal beliau.

Setelah bebrapa minggu kenal, Wani pon berjumpa dengan Zam di HUKM. Pada waktu tu Zam memberitahu yang dia ada job kat HUKM.

First time jumpa, Zam berani pegang tangan Wani sambil memuji2 Wani cantik. Wani agak terkesima dan cair dengan perbuatan dan pujian Zam.

Perjumpaan mereka tidak terhenti disitu sahaja, mereka kerap berjumpa sehingga terlanjur.

Zam mengajak Wani untuk berkahwin dan mengikut beliau untuk menetap di Melbourne. Zam memberitahu yang dia sepatotnya balik Melbourne awal tahun 2022.

Atas beberapa isu, dia terpaksa tunda untuk balik ke Melbourne bulan December 2022. Memandangkan Zam yang agak sibuk dengan kerja nya dan kerap buat loccum sana sini.

Zam jugak bercerita yang dia tak cukup duit untuk balik ke Melbourne dan buat beberapa cerita sedih. Wani yang dah mula rasa sayang, turut berasa simpati kat Zam si buaya ni.

Wani memberi pinjam kepada Zam dengan sejumlah wang yang agak besar (beribu). Zam berjanji akan bayar balik selepas dia balik Melbourne. Bila duit dah bagi, Zam dah mula menjauhkan diri dengan memberi alasan sibuk kerja.

Wani mulai rasa tak sedap hati. Yelah dah bagi duit pastu jantan tu cuba untuk menjauhkan diri.

Wani cuba untuk contact Zam, tapi kena marah sebab dikatanya Wani menganggu dia waktu kerja. Wani mula tersedar yang dia dah terperangkap dengan cinta Scammer.

Jadi Wani menceritakan semua nya pada aku. Aku pujuk Wani untuk buat laporan polis. Tapi Wani tak nak dan cuba jugak untuk contact si Zam scammer. Wani masih lagi mengharap Zam untuk bertanggungjawab.

Kat sini aku dah nampak bodoh nya si Wani ni. Dari cerita yang aku dapat dari Wani, aku boleh agak modus operandi Zam. Jalan cerita hampir sama dengan documentary Tinder Swindler di Netflix!

Selepas perbuatan Zam dah kantoi, Zam slow talk dengan Wani berjanji akan bayar balik duit yang Wani pinjamkan. Tapi dengan syarat untuk tidak buat laporan polis sebab takut kehilangan pekerjaan dan ada beberapa tanggungan.

Zam sebenarnye dah berkahwin dan mempunya 4 orang anak hasil 3 perkahwinan dia dgn bekas isteri pertama, bekas isteri kedua dan isteri keempat (masih suami isteri yang sah). Perkahwinan dengan bekas isteri ketiga tak ada anak.

Wani terdiam bila dapat tahu Zam ni dah berkawin dan bukan duda. Tapi pada awal nya dia mengaku duda mengata bekas isteri dia curang!

Zam jugak menipu pekerjaan beliau sebagai doctor. Dia bukan doctor, tapi Senior Perfusionist di hospital Melaka yang konon nya dia buat loccum disitu.

Cerita Melbourne dia tu semua menipu. Zam jugak mengaku ada scam beberapa perempuan dan having sex. Siapa mangsa2 dia pon Wani tak tahu sebab Zam tak cerita lebih. Aku nasihatkan Wani untuk buat HIV test.

Zam dah start bayar sikit2 hutang dia pada Wani. Wani dah berhenti contact Zam sebab no fon yang yang Zam guna untuk contact Wani pon dah tak aktif.

Zam bagitau handphone dia hilang. Aku tak tahu lah cerita si Zam ni betul ke tidak. Kini Zam contact Wani pon guna phone hospital tempat dia bekerja.

Wani berharap Zam dapat settle kan hutang tu. Keadaan Wani sekarang ni masih berada di fasa down. Sebab tak pernah terjadi macam ni sepanjang dia jumpa atau kenal dengan sesiapa.

Puas aku mengajak Wani untuk buat laporan polis, tapi dia masih lagi rasa kesian pada Zam.

Dia sepatotnya kesian pada diri sendiri. Memang salah Wani pon. kenapa lah mudah sangat terpedaya dengan janji manis! Lidah manusia ni lembut tak bertulang, apa yang dijanjikan belum tentu pon dia tunai.

Doakan aku berjaya untuk bawak Wani buat laporan polis. Dan berharap mangsa2 Zam yang lain dapat baca artikel aku ni dan buat laporan polis jugak.

Aku minta kerjasama pada semua, tolong berhati2. Kalau kenal dengan sesiapa sampai dah minta duit dengan buat cerita sedih atau share masalah dorang tu, jangan mudah2 bagi duit dan serah diri tu.

Jadikan pengajaran pada kita semua.

– Eva (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit