Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Nama aku Airis (nama samaran semestinya), berumur 30an, berasal dari KL, masih single demi mengejar kerjaya, aku juga seorang yang workaholic. Alhamdulillah Allah beri rezeki yang baik dari segi pekerjaan dan gaji.
Dalam confession ni, aku ada la reveal beberapa detail dalam ni, macam nama website, nama bank, nama laki jahanam tu, please la admin jangan buang, aku nak tolong kawan-kawan yang baca confession aku ni supaya tak kena tipu mcm aku, tolong la admin.
Cerita bermula dengan aku baru break up dengan ex bf sekitar dua bulan yang lepas dan ex bf aku sangatlah baik ya, aku pon baik gak.
Hahahaha serius kami putus bukan sebab curang atau apa, cuma tak berjodoh dan aku sgt sayangkan dia dan dia pon sayangkan aku. Ni kira aku kecewa sangatla ni.
Bagi mengisi hati aku yang sunyi dan kononnya tak nak ingat dah kat ex BF aku, aku joinla satu islamic dating apps bernama *J (logo kaler pink, cari la sendiri.. Hahaha). Btw, apps tu mahal gak pada aku la, aku pon tak tahu dating apps lain harga macam mana.
Ok aku pon masukkan detail dan gambar, hari pertama log in dah ada ramai yang kirim salam. Aku kenal la dengan sorang lelaki ni, tapi gambar dia blur, ok la borak sikit-sikit dia terus mintak no tel.
Aku pon share la, alahai baru 1st step dah buat keputusan bodoh yang amat, anggap je la aku memang bodoh sepanjang aku bercerita ni ya, aku terima.
Kami kenal lebih kurang 2-3 minggu dan berikut adalah butiran si jahanam tu:
– umur 43 tahun, berbangsa melayu.
– kerja sebagai civil engineer (mainly in road construction).
– nama U**** A** M******* (nama FB)
– handsome, berjambang, tinggi, sado.
– duduk London sejak kecil.. Puihhhh.
– tak pandai cakap melayu, boleh faham sikit je melayu.
– dia ada Video Call dan Call aku sepanjang 2-3 minggu perkenalan.
– pakcik dia jaga dia dari kecik sejak mak ayah dia meninggal.
– plan nak balik Malaysia for good sebab rindu Malaysia la, nak share experience dalam bidang yang dia expert masa balik Msia la, nak start up family la, bla bla bla
Aku tak beriya sangat kenal dia sebab aku masih broken dengan ex BF aku, just layan je la isi masa. Aku pon ada cakap dekat dia carik perempuan lain sebab aku rasa dia terlalu handsome untuk aku, walaupon aku cantik la jugak.
Kah kah kah.. Tapi serius aku cantik gak ok. Kononnya dia cakap dia dah dewasa dan bukan sejenis yang nak main-main, dia memang serius.
Ok sampailah kemuncak cerita dia kata dia dah tender resignation dan haritu adalah hari terakhir dia kat London. Dia nak balik Malaysia, tapi kena pergi Istanbul dulu untuk settle kan projek kecik (ni macam kerja sendiri bukan under company).
Dia pon gebang la tengah settle kan kemas rumah, panggil property agent untuk settlekan hal rumah dia, kononnya tak tidur lebih 24 jam sebab kena packing dan mengemas sebab tender resignation tu baru approve. Siap semua benda dia pon berangkatlah ke Istanbul,
Jeng jeng jeng.. Sampai Istanbul dia cakap internet dia problem, tapi dia masih boleh Whatsapp aku. Owh dia pun ada cakap dia cuba mintak wifi dari hotel tempat dia menginap, tapi sama jugak.
Berikut antara permulaan penipuan yang berlaku:
– dia nak order barang- barang construction tapi tak boleh, jadi dia suruh aku buatkan.
– memang dia ajar satu persatu, barang-barang pon dia dah listkan.
(200 drilling pipe, 5,000 50MM Steel Per M, 3,000 BackSaw, 10,000 Corkscrew, 100 Caulking Gun, 50 Line Painting Machine Gas, 30 Scaffolding, 200 Interior Scaffolding Erectofast 30 × 72, 10 Heat Gun, 3000 M.S Round Bar 3000).
– sampai part nak bayar, dia kata dia buat sendiri, lepas setengah jam baru dia cakap tak boleh sebab masalah internet, so dia cakap dia percayakan aku untuk transfer bayaran tersebut.
– masa tu aku tengok duit dia ada sejuta lebih, tetapi itu tidak menggelapkan mata aku ya, itu duit dia bukan duit aku.
– maka selesailah hari pertama sesi order barang.
– dia pon thank you, appreciate la hape sume.
Keesokan pagi, barang sampai ke site dia bekerja dan dia share gambar barang-barang tu dalam pukul 10.40 waktu Turkey. Pada malamnya, dia cakap barang tak cukup lagi dan minta aku order kan lagi.
Sebagai seorang yang baik hati, maka aku pun mulakan tugas aku, kali ini barang tak banyak macam hari pertama, so bermula lah nak buat bayaran. Masa ni, aku tak boleh nak masuk dalam akaun bank dia, cuak sangat, aku buat salah apa ni.
Aku pon bagitahu dia, lepastu kami decide tanya dengan bank tersebut (aku yang tanya sebab aku punya internet ok), bank cakap sebab ada unidentified IP address yang buat transaksi, jadi bank tak boleh release payment.
Penat gak nak taip eh, aku buat point je la:
– kena bayar usd2,000 untuk release one off payment (dia takda bank lain, katanya duit dia dalam tu sumenya, jadi aku kena tolong dia, ni aku bayar ke bank tersebut bukan kepada laki tersebut).
– dia takda duit makan sepanjang di Istanbul sebab duit dalam bank.
– kena balik London untuk settlekan isu bank, duit tiket flight aku bagi dia pinjam.
– total aku pinjamkan dia adalah RM14,700 (tak banyak seperti kebanyakan scammer lain).
– dia bersumpah dengan nama Allah yang dia akan pulangkan kembali duit aku selepas semuanya selesai.
Sesampainya dia di London, eh panjang betul cerita aku ni, lantakla.. Dia cakap dia terpaksa merayu pada property agent untuk bagi dia bermalam beberapa hari sebab dia tak dapat jumpa pakcik dia.
Dia pergi bank untuk settlekan isu akaun bank dia yang kena beku ni, dan bank suruh dia balik dan tunggu email.
Dapat email kata dari IMF (International Monetary Fund) dia kena bayar lagi USD 3,000 sebab dah masuk dalam kes money laundering bagai. Masa dia dah sampai UK, aku dah rasa suspicious sangat dan aku dah tak bagi dia duit pon.
Aku buat point ya apa findings aku:
– aku mintak dia amik gambar tiket balik ke London dari Istanbul (aku cari no flight dalam tiket tu takda pon dalam system airline turkey).
– masa dia kat airport aku buat Video Call dia dan aku nak tengok dia betul kat airport tak, yes dia memang dekat airport, masa ni masih curiga jugak sebab sekejap sangat dapat Video Call.
– aku search google map alamat kat site Istanbul yang dia mintak hantar barang, tapi alamat tu tak match.
– aku search pasal bank akaun dia, pon tak jumpa apa-apa. Aku sampai pegi wikipedia listing bank in England ngko, memang tak da jadah haram nama bank tu.
– lepastu kan aku ade ss dia punya akaun masa transfer kan, aku simpan lagi la ss tu.
Bila aku amati, aku rasa akaun dia terlalu clean, dia tak da loan, pastu features graft dalam akaun dia pon takda indicator, cuma nampak graft semata. Memang clean betul ya bank kat obearseas ni.. mmmmm.
– aku jumpa akaun dia dalam dating apps tu, lebih dari 10 akaun ya, memang muka dia, kalau yang blur pon aku tahu dia sebab gambar yang dia share dekat aku sama.(Ini adalah kemahiran perempuan, sila jangan ragui, kah kah kah)
Lepastu detail dia dalam akaun dating apps tu pon sama, umur 43, kerja civil engineer, menetap di KL
– aku pergi website International Monetary Fund (IMF), nak tahu tujuan kewujudan IMF ni dan nak gali lagi la. Dan aku jumpa memang ade scammer guna nama IMF ni, tapi untuk tujuan berbeza, tapi lantakla sana still ada scammer guna nama IMF.. hahahhaha.
– masa bank jadah haram tu mintak transfer usd2,000 tu, dia suh transfer ke bank jp morgan chase, kenapa bukan transfer ke akaun jadah haram tu sendiri?
– ada salah satu gambar dalam akaun dating apps tu, gambar laki ni pakai id, aku nampak logo kerajaan malaysia, seolah-olah dia ni kerja government,
Aku suspect scammer ni memang guna gambar orang lain dan aku rasa laki yang handsome ni adalah doktor. Aku rasa la, tapi memang handsome la.. Kah kah kah.
– aku jumpa banyak akaun nama laki ni dekat FB, memang muka lelaki handsome ni tapi macam aku cakap mungkin laki ni dipergunakan muka dia kot.
– yang Video Call tu, memang muka lelaki handsome ni gak tapi aku ade cari pasal scammer yang boleh guna gambar orang lain tapi sekejap je bole appear muka dia, lepas tu line internet break. Tapi bila call OK pulak line tu.
– berhari-hari juga aku buat research aku ni, tapi masa ni aku dah start menjauh dari scammer ni, bila dia Whatsapp aku reply lambat, bila dia call aku tak jawab.
Point-point aku di atas aku dah tujukan kepada si scammer ni dan dia tak menjawab waima satu soalan pon, aku pon tak de la tahu point aku kat atas tu logic atau tak, aku bedal je la ikut apa aku jumpe dan aku fikir, mungkin findings aku tu salah mungkin jugak betul.
Tapi sampai sekarang laki scammer ni masih tak block nombor aku dan aku pon tak nak block dia, sebab aku nak tunjuk stories-stories aku kat dia..
Hahahahhaha ada satu stories ni aku saja nak buat dia cuak, aku cakap aku dah lodge report ke PDRM & aku siap pergi ke BNM sebab melibatkan isu international bank la kononnya,
Dia baca stories aku tu dan dia bagi salam “assalamualaikum honey” dan aku diam sampai sekarang. Cuma sekadar nak buat dia fikir aku tak bodo sangat la.. Konon la.. Hahahaha.
Aku cuma berharap kawan-kawan yang baca ni sila lah berhati-hati ya sebab scammer sekarang ni sangatlah bijak, dia tak perlu pon mintak duit dari kita, tapi dia cuma mintak kita involve dalam hal dia dan sekaligus kita rasa bersalah dan kena tolong dia.
Dan scammer aku ni masih aktif di islamic dating apps kaler pink tersebut yer, kalini guna gambar orang lain pulak (jangan ragui kepakaran wanita ya. hahaha).
Amaun aku kene tipu tak la banyak sangat, tapi aku takut ada kawan-kawan kat luar sana yang tertipu dengan scammer yang sama ni..
Tolonglah share cerita aku ni kat kawan-kawan korg ya.. Akhir kata aku mintak maaf sebab panjang sangat menulis, niat aku cuma nak membantu.. cewahhh.. Hahahha..
Terima kasih kawan-kawan sudi baca dan doakanlah saya jumpa jodoh yang baik ya, muahhhhhh.
P/s : Nanti kalau ada update lagi pasal scammer ni, aku share ya.
– Airis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit