Love Scammer II

Untuk part I, (https://iiumc.com/love-scammer-3/).

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Terima kasih admin sudi siarkan confession pertama dan kedua aku, ini adalah sambungan dari part 1 dan akan menjadi confession yang terakhir.

Aku baca komen-komen kau semua, tapi aku kecewa cuma ada sorang je yang komen seperti yang aku harapkan iaitu “expert money laundering”.

Dan ya aku rasa scammer ni memang expert sebab dia ada capability untuk create dua website bagi menjayakan penipuan ini dan dia berjaya membuat surat rasmi dari IMF beserta cop mohor IMF.

Dia punya cara penipuan ni pada aku lain dari cerita love scammer yang aku pernah baca sebab dia bukan minta kau duit directly, dia cuma perlu pastikan kau terlibat dengan aktiviti pembelian barang dia.

Aku setuju je dengan kau punya komen yang kata aku bodoh, aku desperado, aku naif. Aku totally terima, tapi aku harap sangat kau dapat fokus dengan hal scammer yang aku cerita, tu je. Please share cerita ni supaya ramai lagi yang alert.

Masa aku tahu aku kena scam tu, mestilah aku ada rasa down. Aku berfikir mungkin adalah kot salah aku dalam mencari rezeki jadi Allah tarik balik nikmat rezeki yang ada dalam tangan aku ni.

Tapi rupanya Allah bagi aku rezeki lagi besar, aku dapat surat naik pangkat yang aku tunggu lebih dari setahun hanya selepas dua hari aku tahu aku kena scam. Alhamdulillah syukur.

Ada komen tanya aku kerja apa sebab aku chill je duit hilang (tapi sebenarnya takda chill pon ya hahahaha), aku kerja di salah satu MNC dalam bahagian marketing. Alhamdulillah.

Rezeki setiap individu berlainan, aku doakan Allah pon murahkan rezeki untuk kau yang bertanya tu ya.

Ada jugak yang kata RM14k tu banyak sebenarnya, aku ingatkan amaun tu sikit je kalau bandingkan dengan love scammer lain berhabis sampai ratus ribu.

Maafkanlah aku, aku takda niat nak berlagak atau apa, aku memang fikir amaun tu sikit lepas baca cerita love scammer yang lain.

Dah nak dekat sebulan ni aku perhatikan scammer ni dan dia semakin gigih create banyak akaun di islamic dating apps yang namanya *J kaler pink tu.

Jadi aku buat kesimpulan tentang modus operandi dia setakat bulan Sept 2023 ni (mungkin akan berkembang dari semasa ke semasa mengikut capability scammer tersebut, hahahaha). Dan aku tak tahu kalau scammer ni aktif kat islamic dating apps lain atau tidak ya.

Modus operandi scammer di *J apps kaler pink:

– si scammer akan guna gambar yang diblurkan

– umur : lingkungan 37 – 44 tahun

– berbangsa melayu

– anak tunggal

– pekerjaan : jurutera awam/jurutera perancangan/jurutera pembinaan bangunan (ini bersesuaian dengan website pembelian bahan binaan yang dia create)

– pendidikan : master degree/bachelor degree

– asal : Kuala Lumpur/ Sabah

– menetap : Kuala Lumpur

– ciri-ciri umur pasangan di cari : 25- 70 (memang dia letak range yang besar macam ni supaya dapat tangkapan yang ramai kot. Hahahaha)

– nama scammer : U*** A** M******* (nama ayah dia M*******)

– scammer akan perkenalkan diri dengan menggunakan bahasa melayu dan kemudian berbahasa english selepas dia cakap yang dia menetap di London

– scammer akan cakap dia dibesarkan oleh pakcik dia di London selepas mak ayah dia meninggal

– scammer sempat duduk Malaysia masa kecik

Modus operandi di Whatsapp :

– scammer guna profile picture bendera Malaysia

– no tel : +44 7*** 6***72

– no tel uncle dia : +44 7**** 4***88 (nama uncle dia Mr Adam)

– gambar yang dia bagi aku beberapa keping menunjukkan dia adalah seorang yang botak, bertelinga capang, gigi panjang, berjambang nipis, mata ada eye bag, selalu pakai topi.

Tapi scammer ni guna gambar orang yang memang handsome weh hahahahaha

– scammer seorang bujang tak pernah kahwin

– scammer akan active berWhats App pada waktu malam waktu Malaysia (maybe sebab aku cuma dapat reply dia waktu ni je kot)

– kerja dia melibatkan construction road/bangunan

– bila tanya dari mana dia tahu pasal *J apps kaler pink tu, dia cakap sorang childhood friend dia dari Malaysia jumpa wife dia dari apps tersebut dan dia cuba jugak la join

Modus operandi penipuan :

– scammer gunakan waktu weekend semasa aktiviti penipuan ni berlaku, dia cakap dia perlu settlekan projek di Istanbul ni segera (mungkin sebab dia perhatikan cara aku reply dia hanya aktif waktu malam dan weekend je)

– semuanya berpunca dari internet scammer problem untuk order barang kerja & buat bayaran

– website yang di create untuk beli barang construction : https://o*******l.com/

– website bank yang di create untuk bayaran melalui akaun scammer (bukan akaun kau ya) : https://m************k.com/

– kau yang akan orderkan barang untuk scammer di website yang di create tersebut

– kau yang akan buat bayaran dari akaun scammer, scammer akan bagi pincode, password semua.

– bila akaun scammer dibekukan oleh bank tersebut disebabkan unidentified IP address (ini adalah sebab kau yang buat bayaran), kau perlu buat bayaran bagi unfreeze akaun scammer.

Masa nilah bermula guna duit kau untuk unfreeze akaun dia.

– kau perlu buat bayaran ke akaun JP Morgan chase

– kau akan terlibat sepenuhnya dalam aktiviti pembelian barang-barang construction scammer disebabkan masalah internet dia

– kau jugak yang akan deal dengan website bank yang dicreate tu, si scammer atau team dia yang akan deal dengan kau dari website bank tu sebenarnya

Tapi sebenarnya ada benda yang aku terfikir pasal gambar lelaki handsome yang digunakan ni:

– gambar yang digunakan semuanya gambar selfie

– scammer guna gambar laki ni di FB juga (scammer create akaun di FB agak banyak juga) dan gambar tu semuanya berlainan event.

Maksud aku banyak betul scammer dapat dan simpan gambar laki ni

– memang laki handsome suka selfie banyak-banyak dan share gambar dekat medsoc ke?

Sampai scammer dengan mudahnya dapat gunakan gambar dia

– atau munkinkah laki handsome ni la scammer sebenar? Hahahhaha

Aku harap sangat perkongsian aku ni dapat membantu kawan-kawan aku yang baca ni, dapat bantu sorang pon aku dah bersyukur sangat.

Aku tahu nak cari duit tak mudah, aku takut ada yang sampai nak bunuh diri kalau kena scam.

Aku dah tak join *J apps kaler pink tu disebabkan aku sakit hati bila nampak profile scammer ni makin bertambah dan aku semakin takda masa, sekarang aku kene join banyak projek.

Aku pon dah tak percaya pencarian jodoh di mana-mana dating apps, ini kali pertama dan terakhir aku join. Doakan aku jumpa jodoh yang baik ya.

Dan aku doakan juga takda lagi orang yang bodoh macam aku jadi mangsa. Eh tapi kalau takda orang bodoh macam aku, takkanlah scammer makin berleluasa kan ?hahahhaha

Tolonglah jadikan kisah ni pengajaran kepada kawan-kawan yang baca ni.

Terima kasih pada yang sudi share confession aku ni semoga kita sama-sama dapat beri manfaat pada orang lain.

Akhir kata maafkanlah aku sekiranya confession ni buat orang lain rasa rendah diri (ada komen kata dia takda duit sampai RM14k), aku tak berniat untuk merendahkan atau mengguris perasaan orang lain.

Aku percaya bukan aku sorang je kene scam dengan cara ni, aku harap ada sistur lain bole share jugak pengalaman dia.

Terima kasih uolsss… Muahhhhh..

– Airis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit